Thursday, December 4, 2008

Thailand VS Malaysia

Demonstrasi di Thailand

Perhimpunan bersih di Malaysia


Keharmonian Malaysia


Saya begitu tertarik untuk mengupas isu yg berlaku di Thailand pada waktu ini berkenaan demonstrasi puluhan ribu penunjuk perasaan Pakatan Demokrasi Rakyat (PAD) yang menggesa perletakan jawatan Perdana Menteri Somchai Wongsawat dan Kabinetnya yang bermula sejak 26 Ogos 2008 yang lalu. Peristiwa ini begitu membimbangkan saya jika ia turut berlaku di Malaysia kerana demonstrasi sebegini boleh menjurus ke arah perpecahan kaum, kelumpuhan ekonomi disamping mengganggu urusan harian rakyat. Kumpulan perusuh telah merampas beberapa buah lapangan terbang utama Thailand dan turut mnguasai kediaman Perdana Menteri. Mereka menolak gesaan mengadakan pilihan raya dan berkata tidak akan meninggalkan Suvarnabhumi sehingga kerajaan berundur. Adakah kita ingin melihat krisis ini turut berlaku di Malaysia? Nauzubillah…

Apa kaitannya krisis ini dengan Malaysia….

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan dan sering menjadi negara contoh di rantau ini. Namun sejak-sejak akhir ini, kedaulatan dan keamanan negara seolah-olah cuba dicabar oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebagai contoh,isu berkaitan Hindraf dan golongan yang mempersoalkan konsep ketuanan Melayu dalam parlimen. Tambahan pula terdapat segelintir mahasiswa yang secara terang-terangan menolak pentadbiran yang dibawa oleh kerajaan yang memerintah dan ini secara tidak langsung memberikan tekanan kepada negara. Mereka mempunyai persamaan dengan perusuh Thailand yang bertindak hanya menggunakan pendekatan demonstrasi sahaja walhal terdapat banyak lagi pendekatan yang boleh digunakan pakai dalam menzahirkan pandangan dan suara mahasiswa kepada pihak kerajaan.

Adakah hanya pendekatan demonstrasi sahaja yang melambangkan jati diri seseorang yang bergelar mahasiswa? Come on lah kengkawan…itu bukan cara kita..sebagai mahasiswa, seharusnya kita lebih berdiplomasi dalam menyelesaikan sesuatu masalah.Lagipun kerajaan kita sekarang mengamalkan dasar keterbukaan yang memberi peluang kepada mahasiswa untuk mnyuarakan pandangan dan kesulitan mereka. Kita bukan seperti Thailand atau Indonesia yang bersikap tegas dalam menyekat kebebasan bersuara mahasiswanya. Mahasiswa di Malaysia amat beruntung kerana mempunyai platform yang lebih efektif untuk menyalurkan pandangan dan suara mereka. Jadi kenapa harus kita menyokong mereka yang memperjuangkan demonstrasi walhal suara kita masih didengari dan dihargai di meja rundingan.

Mahasiswa yang berintelektual takkan berfikiran ringkas untuk menyelesaikan sesuatu mslh dengan hanya memfokuskan demonstrasi semata-mata tetapi berfikiran realistik dalam menanganinya. Kejayaan di meja rundingan membuktikan kebijaksanaan sebenar mereka dalam menangani sesuatu isu. Kini,perjuangan berdasarkan demonstrasi tidak lagi relevan bagi Negara kita dan jika pendekatan ini masih diguna-pakai, maka ia secara terang-terangan melambangkan kelemahan individu mahasiswa itu sendiri yang kononya berintelektual dalam menangani masalah.


Oleh itu, wahai Sahabat!!…berfikirlah dengan akal yang waras…kita bukan lagi bangsa yang dijajah serta disekat kebebasannya…negara kita negara demokrasi…so, demonstrasi itu dah tak releven lagi kini… Knape kita x myokong diplomasi..yg lebih aman dan efektif. Adakah hanya demonstrasi sahaja yg mncerminkan diri mahasiswa…? Renungilah..…

0 comments: