Sunday, June 5, 2011

Ekspedisi ke Langkawi sempena Wani's Wedding..



Assalamualaikum…

Agak lama cik fadz xmengupdate laman blog nih..huhuu.. Almaklumla, kadang2 xsempat (badget bx ler sgt..huhu).

Nway, topic kali ni ialah perjalanan cik fadz merentasi Lautan ke Pulau Mahsuri a.k.a Langkawi. Ding dong… Btw, trip ni sgt la ‘survival’ sebab cik fadz xbeli tiket direct dr penang ke Langkawi tp cik fadz ‘main lompat-lompat’ bas. Hahaa..

Perjalanan ke Langkawi bermula seawal 7 pagi : Bukit Gambir – Jeti – Butterworth- Alor Setar (Pekan Rabu) – Kuala Kedah – Langkawi. Cik Fadz ditemani oleh Cik Mas yang xpenah join ekspedisi sebegini so, kesian kat beliau sebab terpaksa menahan kepenatan badan yg teramat. Huhuu.






Sempat lagi bce newspaper smbil tunggu turn nek feri dr Kuala Kedah...

Ekspedisi kami ni mengambil masa lebih kurang 5-6jam. Sampai je kat Jeti LAngkawi, kami menumpang kereta sewa rakan yang lain : Faris, Julia, Qid dan Yana yg kebetulan turut turun ke Langkawi untuk sama-sama memeriahkan majlis kahwin sahabat kami a.k.a teman jogging cik fadz iaitu Wani.

Tapi kami tidak terus ke rumah Wani, sebaliknya kami bersiar-siar dahulu ke beberapa tempat menarik di Langkawi disebabkan kami kesuntukan masa untuk bersiar-siar keesokan harinya. Lokasi yg sempat kami lawati ialah Beras Terbakar dan Cable Car kat Gunung Cincang. Pengalaman menaiki cable car di situ utk pertama kalinya sgt mengujakan kami. Julia walaupun ketakutan kerana gayat sanggup menguatkan semangat demi menjejakkan kaki ke puncak gunung tersebut. Rintangan cuaca seperti hujan dan kabus tidak mematahkan semangat kami untuk terus menunggu dan menunggu peluang menaiki kereta kabel tersebut.




Yeah.tiket 'cabel car' ku..




Malamnya kami ke rumah wani, tu pun siap makan buah langsat lagi..(sesat daa) gara2 xjumpa rumah kwn kami tuh. NAsib baik kami sampai sebelum pengantin lelaki sampai kalo x..segan gak ler.. Majlis akad nikah diadakan dalam kul 9.30pm cmtu. Memang kami teruja habis la..Wani kelihatan sangat cantik dalam busana serba putih. Majlis akad nikah berjalan dengan jayanya dan dengan sekali lafaz dari pengantin lelaki, Wani akhirnya sah bergelar sebagai isteri kepada suaminya, Syahrizat. Wah, sangat romantic kedus-dua mempelai.





Keesokannya, majlis persandingan pula berlangsung. Kami pun turut menyibukkan diri dalam melayan tetamu yang hadir ke majlis itu. Walaupun penat, tetapi kami tetap tersenyum riang. Setelah tetamu pulang, tibalah giliran kami pula untuk bergambar dengan pengantin. Penat woo tunggu turn.

Selepas tu, kami ikut lak pengantin gi amek gambar di tepi pantai. Walaweh, syok abes. Memang cik fadz teruja sesangat. Sampai je kat pantai, kami lak yg excited ambek gambar. Huhuhu..Sori ler Wani eh, kami ni pantang nmpk pantai.Hihihi..

Fewiiitttttttt........

4 Dara pantai..

Badget model la konon..


Malam lak, kami keluar shopping coklat sebagai cenderahati untuk family. Beratus jugak la cik fadz abes gara2 coklat tuh. Well, cik fadz mmg pantang nmpak coklat pown. Huhuhu..Setelah beli minyak gamat, kain pelikat dan batik, kami pun pulang ke kediaman Wani. Kami tidur di sana untuk kali terakhir sebelum bertolak pulang keesokan harinya.

Pada hari Ahad bersamaan 5 Jun, bersiaplah kami untuk pulang ke tempat masing2. Wani dan suaminya telah menghantar kami ke Port Langkawi. Disitulah Cik fadz dan Mas berpisah dengan Qid and Yana kerana kami menuju ke lokasi yang berbeza iaitu; Cik fadz + Mas ke kuala kedah dan mereka ke Kuala Perlis.

Perjalanan pulang kami sangatlah memenatkan gara2 banyak masa diabeskan denga menunggu ketibaan Bas dan Feri. Perjalan pulang kami adalah seperti berikut: Langkawi- Kuala Kedah- Pekan Rabu- Shahab Perdana- Butterworth- Jeti – Bukit Gambir. Walaupun kepenatan, tapi Cik Fadz berasa sangat2 happy dan bersyukur di atas penikahan wani itu.

Terima kasih sesangat kepada wani sekeleuarga kerana melayan kami dengan baiknya. Semoga Allah sentiasa mngurniakan nikmat bahagia kepada kalian sehingga ke akhir hayat. =)

Friday, April 22, 2011

...GUAVA + EXAM...

Salam..

Yeah..hari ni merupakan hari ke-4 aku menghadapi peperiksaan…
Penat+pening+dah tak betul…huhu..


Paper exam pagi tadi lak Good Manufacturing Practices (GMP) = 4 unit.
Paper exam xde la susah sangat soklannye..cuma part nak menjawab jer pening cket..ye la..notes dia banyak kot..kelam-kabut study, dah la semalam pun ada paper gak..huhu..

Bile tiba exam jer, mesti jadual tido aku otomatik ‘opposite’.
Pahamkah korang maksud opposite di sini??
Ya…siang jadi malam..malam jadi siang… huhu..nak buat cmne, ‘setting point’ lari sikit maybe sebab kesan depression exam kot..huhu.. dan untukku arini, aku xtido lagi sebenarnya sebab dari semalam pulun bace GMP, naseb bek exam tadi aku kategorikan sebagai ok la..standard menggoreng aku..hihii…

Topik untuk post kali ni ialah khasiat Jambu batu.
Oppss…apa kaitan???




Huhuhu.kaitannya ialah, sejak dari minggu studyweek, hamper setiap hari aku akan makan buah jambu nih..ntah ler, konon2 sebab untuk vitamin C la…lagipun, study sambil kunyah jambu ni lagi berkhasiat dari aku merepek makan-makanan yang ntah apa2 tuh..huhuu…okeh..jeng..jeng..

Khasiat Jambu Batu or GUAVA:

> Buah ni kaya dengan vitamin C dan anti-oksida komponen terutama Quercetin.
> Quercetin ni merupakan ‘powerful’ antioksida yang dapat meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan DNA kita.
> Kombinasi dengan vitamin C, ia dapat meningkatkan sistem imun tubuh serta mengurangkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung. Ia turut dapat mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah.
> Quercetin juga mempunyai anti-radang yang turut membantu sistem imun tubuh melawan kesan alergi dan kegatalan.
> Ia juga turut dapat mengelakkan kejadian sembelit dan kanser kolon.


p/s: Kunyah buah2 camni gak ada orang kata elok untuk rahang dan perkembangan otak. =)
SEKIAN..

Wednesday, February 16, 2011

MalulidurRasul

Salam Maulidur Rasul..(Isnin, 12 Rabiulawal,Tahun Gajah)


'Sollalah hu ala muhammad..solallah hu alaiwasallam..sollalah hu ala muhammad..sollalah hu ala wasallam..

Ya Nabi salam a'laika..Ya Rasul salam a'alaika..Ya Habibi salam a'alaika..solawatullah a'alaika...'

Masih ingat atau pernah dengarkah kita akan kalimat di atas. Puji-pujian ke atas Rasul junjungan..Kekasih Allah yg dicintai dan terpelihara..insan suci yang menjadi ketua seluruh ummat di akhir zaman...
(Teringat dulu mse skolah rendah atau menengah, tiap kali sambutan MaulidurRasul diadakan, kami semua akan berarak sambil bawa banner atau sepanduk keliling kawasan sekolah xpun berkumpul dalam dewan sambil berselawat ramai2x..rindu pula pada masa itu..)

'UMMATI..UMMATI..UMMATI..'
Pernahkah kita mendengar ungkapan ini...cerita demi cerita..kisah demi kisah disampaikan dari generasi ke generasi berhubung hari terakhir Rasullah.. Ya, sampai ke akhir nyawa baginda.. baginda tetap mengingati umatnya..betapa dalam kasih baginda kepada umat Islam..melangkau kasihnya pada diri sendiri..

Subhanallah..Maha Suci Allah.. betapa agung kekasihMu Ya Allah..
betapa kerdil diriku sbg hambaMU dan umat Muhammad...

Aku pernah terbaca sebuah kisah..

Rasulullah sentiasa merindui saudaranya yang jauh...pabila ditanya oleh sahabat; siapakah mereka? Baginda berkata; saudara ku itu sangat jauh..iaitu umatku yang belum dilahirkan ke dunia. Sahabat bertanya lagi; bukankah kami juga umatmu wahai Rasulullah?? Rasullah menjawab; Kamu semua adalah sahabatku dan mereka saudaraku. Kalian memeluk Islam semasa aku masih hidup walhal mereka memeluk Islam selepasku. Sesungguhnya mereka beriman tanpa melihatku dan ganjaran pahala yg besar menanti mereka. Aku merindui untuk melihat mereka...

Betapa Rasullullah merindui kita umat akhir zaman...kita sememangnya umat terpilih..
Oleh itu, marilah sama2 kita berselawat ke atas baginda sebagai tanda ingatan dan kerinduan kita juga kepada baginda..

Tuesday, February 15, 2011

KISAH TAHUN GAJAH

>> Mekah adalah sebuah tempat yang selalu dikunjungi oleh para peziarah dari berbagai tempat. Pada saat itu ada seorang raja yang sangat berkuasa yaitu Raja Abrahah. Raja Abrahah ini merasa hairan kerana banyak orang yang pergi berziarah ke Mekah. Maka diketahui-nyalah bahawa di Mekah itu ada sebuah bangunan yang disebut sebagai Kaabah. Timbullah keinginan Raja Abrahah agar para peziarah itu datang untuk berziarah ke negerinya pula.

>> Maka Raja Abrahah pun membangun sebuah tempat ibadah (gereja) yang sangat indah. Konon tempat ibadah itu dihiasi dengan emas dan permata. Selesai tempat ibadah itu dibangunkan, orang ramai tetap tidak tertarik untuk berziarah ke tempat ibadah buatannya. Raja Abrahah merasa hairan, apa istimewanya Kaabah ini? Hanya sebuah bagunan bersegi empat yang kuno. Konon tempat itu adalah tempat ibadah tertua sejak zaman Nabi Adam as.

>> Maka Raja Abrahah pun memutuskan untuk menghancurkan Kaabah. Raja Abrahah lalu mengumpulkan tenteranya yang kuat-kuat. Tentera ini terdiri daripada tentara bergajah yang merupakan tentera yang terkuat saat itu. Maka, berangkatlah pasukan gajah ini dipimpin oleh Raja Abrahah menuju ke Mekah untuk menghancurkan Kaabah.

>> Ketika pasukan bergajah telah berada di sempadan kota Mekah, penduduk yang ketakutan datang kepada Abdul Muthalib (datuk Rasulullah S.A.W). “Wahai Abdul Muthalib, Raja Abrahah beserta pasukan gajahnya hendak menghancurkan Kaabah, apa yang akan engkau lakukan?” Mendengar pertanyaan itu, Abdul Muthalib menjawab, “Aku adalah pemelihara kambing-kambingku, rumah ini ada pemeliharanya.” Lalu Abdul Muthalib menyuruh mereka mengosongkan Kota Mekah. Abdul Muthalib pun membawa ternakannya ke gunung-gunung di sekitar Kota Mekah. Para penduduk merasa hairan dengan keputusan Abdul Muthalib. Sekalipun demikian, kerana Abdul Muthalib adalah orang yang paling dipercayai mereka, para penduduk pun mengikuti segala perintahnya.

>> Pasukan tentera bergajah pun memasuki kota Mekah yang kosong. Ketika hendak menghancurkan Kaabah dan kota Mekah, mereka diserang oleh sepasukan burung yang disebut sebagai burung 'Ababil'. Kawanan burung ini menjatuhkan batu-batu kerikil yang sangat panas. Batu kerikil yang sangat panas ini disebut dengan 'sijil' (sijjil). Kata orang, batu kerikil ini adalah kerikil dari neraka.

>> Sijil ini membuat Raja Abrahah beserta pasukan bergajahnya hancur seperti daun dimakan ulat. Menurut salah satu tafsir, pasukan gajah ini terkena penyakit lepra yang sangat parah sehingga mati di sana. Menurut tafsir lain, pasukan gajah ini hancur oleh kerikil sijil yang dilemparkan oleh kawanan burung Ababil ini.

>> Pada tahun itulah Nabi Muhammad saw lahir. Ini adalah salah satu mukjizat yang diturunkan Allah swt kepada Nabi saw dan kepada datuknya Abdul Muthalib. Datuk Nabi, yaitu Abdul Muthalib adalah penjaga Kabah yang mengikuti agama Ibrahim yang lurus. Pemeliharaan dan penjagaan Kaabah seterusnya diserahkan kepada putranya yaitu Abu Thalib. Pemeliharaan dan penjagaan Nabi Muhammad juga turut diserahkan kepada Abu Thalib setelah Abdul Muthalib meninggal.

Monday, January 24, 2011

..Interview Owh Interview..!!

Salam..


Malam makin lewat (actually dh pagi dh pun) tp dah jadi habit lak, xtido lagi selagi jam xtunjuk pukul 2am.

Hurm..2-3 hari ni, kecoh kat wall facebook (merujuk kpd wall kwn2 skul Farmasi) pasal Interview SPA. Sume mcm berlumba lak sape post status plg byk..aku pn xterkecuali..tp hanya mmapu post 1 je iaitu..'Interview SPA da dekat....I xkesah kna posting kt mne2 pown...ON jer...hu3x..'.

Pastu aku dh xtau nak wat status apa dah sebab kawan2 aku lagi laju bab2 update status nih.. Nway, citer psl Interview,cnfirm ramai xsenang duduk, senak perot la, tachycardia la, Nausea Vomiting sume ada la..aku pn xterkecuali jugak r..tp makin byk tido lak..(err..tu kire simptoms gak ke??

Tadi ada gak la view website KKM ( Kementerian Kesihatan Malaysia), Website Farmasi, USM dan sebagainya..ni sume gara2 nak update info la. Satgi xpasal2 lawan sengih kerang busuk dgn interviewer kang. Huhuhu...

Persiapan Interview??

Hurm..setakat ni dah prepare dah..(>50%)

- Resume + Gambar = siap
- Salinan surat beranak= siap ( sepatutnya kna bwk yg asal skali, tp dek umah jauh..dikecualikan..-org SPA tu yg ckp, so dh ada guarantee..heehee)
- salinan IC= esok br fotostat
- sijil2 lain = dah masuk fail.. (cnfirm interviewer tu terkejut tgk sijil aku..byk yg xberkaitan farmasi le..siap jd MPP lg..hu3x..mcm xberkaitan jer..aiyo)

******Apalagi ek???

Hurm..Owh..penampilan..!!

Antara syarat penampilan ialah: (fokus wanita jer sbb i'm a lady)

-Perempuan hendaklah berpakaian kemas, kalau bertudung, hendaklah nampak berkeyakinan dan comfortable
-Kalau tidak bertudung hendaklah memakai sut skirt panjang atau pendek (bawah sikit dari lutut satu inchi)..Don’t ever wear pants!!
-Kasut bertutup penuh but not sportshoes k..
-Rambut kalau panjang, kene tie dalam “bun”
-makeup yang profesional dan meyakinkan (tipis2 sudah..bak kata dr.Syed, 'mekap tebal2 ingat nak gi interview modelling ka???'..hahaha )
-blazer sekiranya bersesuaian

Apalagi ek??

yupp..get ready dgn soklan2 spot..
contonhya:

1. Kenapa pilih farmasi?? (b'coz i don want be a doc)
2. Peranan Farmasi?? (drug info, screesning presc.,monitoring, kaunseling, enforcement etc)
3. Kenapa saya harus memilih anda?? Kelebihan anda??
4. Pilihan posting??
5. Ceritakan tentang USM. Berikan pandangan.
6. Siapakan Menteri Kesihatan Malaysia? Pengarah Kanan Jabatan Farmasi? Pengarah Kesihatan?? VC USM?? TNC-TNC USM?? Dekan dan Timbalan Dekan??
7. Jika anda ......etc ( WHY..WHY..LOVE...-xpsl2 )

Wahh..banyak gak tuh soklannya..tp tu la, senior kata, ada susah..ada senang..bese lah, adat interview. HuHuHu..

So, hopefully i can face it. Hurm..
Ya Allah, moga segala urusanku dipermudahkan. Amiinn..!!

Bersedia untuk berjuang..!!!

Wslm..


Friday, January 7, 2011

Saman 8 juta..

Hurm...

Nway, berita ni dikira da lapuk actually..ye la, berlaku tahun lepas..31/12/2010. Hurm..kes HUSM kena saman 8 juta sebab kecuaian kakitangannya semasa menjalankan tugasan. Nsb bek kawan 1 skul upload video tu dlm Facebook, so br la sy dapat tahu.. Nway, kesian sgt2 kt keluarga mangsa dan simpati gak la kt HUSM, ye la..hospital kampus kami gak tuh..mestila sedikit sebanyak terasa gak impak tuh..

Sentuh pasal medical errors, ia merupakan sesuatu yang diluar jangkaan yg kita xdapat elak tp we can minimize it. Well, sebagai manusia biasa, kita akur akan kelemahan masing2..cuma, kadang2 nasib je tidak menyebelahi..dat's why, tragedi ni berlaku...

KOTA BHARU 30 Dis. - Seorang pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini mengemukakan saman RM8 juta terhadap Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan seorang doktornya kerana didakwa cuai sehingga menyebabkan isterinya meninggal dunia, tiga bulan lalu.

Dalam saman tersebut, Musa Abdul Kadir, 47, mendakwa isterinya, Aummil Khairy Abdul Razak, 44, meninggal dunia pada 21 September lalu akibat sakit teruk selepas menjalani tiga kali pembedahan mengeluarkan kain kapas yang tertinggal dalam rahimnya.

Writ saman itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Rosnelim Yusoff & Co. di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 10.30 pagi ini.

Selain Musa selaku plaintif pertama, empat lagi plaintif terdiri daripada empat anaknya iaitu Nurnabihah, 7; Noor Muhamad Firdaus, 6; Nur Nabilah, 4; dan anak bongsunya yang berusia empat bulan, Noor Muhamad Faiq.

Pihak Plaintif menamakan pegawai perubatan di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi HUSM, Dr. K. Bheena Vyshali; HUSM dan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai defendan pertama sehingga ketiga.

Musa turut hadir di mahkamah hari ini dengan ditemani peguamnya, Mohd. Syukran Mohd. Noordin.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif pertama mendakwa, isterinya dimasukkan ke wad bersalin hospital itu dan melahirkan bayi lelaki secara pembedahan oleh defendan pertama pada 17 Ogos lalu.

Selepas pembedahan tersebut, beliau mendakwa, isterinya masih merasai kesakitan yang amat sangat dalam perutnya selama beberapa hari secara berterusan sehinggalah beberapa doktor membuat pemeriksaan susulan pada 22 Ogos lalu.

Katanya, kumpulan doktor itu memberitahu bahawa satu pembedahan susulan perlu dibuat kerana mengesyaki terdapat kain kapas dalam rahim Allahyarham yang tertinggal semasa pembedahan untuk melahirkan bayi itu.

Dakwa Musa, beliau mengetahui mengenai kain kapas tersebut selepas dimaklumkan oleh defendan kedua melalui doktor yang melakukan ujian X-Ray ke atas isterinya.

Pada hari yang sama, pembedahan kedua dilakukan untuk mengeluarkan kain kapas tetapi ia semakin serius sehingga menyebabkan Aummil Khairy tidak dapat membuang air kecil atau besar.

Menurutnya lagi, Aummil Khairy kemudian telah koma dan ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan alat bantuan pernafasan.

Musa mendakwa, beberapa hari kemudian, isterinya telah dibawa untuk pemeriksaan imbasan (scan) ke atas perutnya selepas dipercayai ia semakin membengkak sebelum dimaklumkan pembedahan ketiga perlu dilakukan.

Pembedahan ketiga dilakukan pada 8 September lalu dan pakar perubatan yang menjalankan pembedahan itu memaklumkan terdapatnya jangkitan kuman serta kebocoran usus perut Allahyarham yang serius dan berada dalam keadaan kritikal.

Allahyarham meninggal dunia pada 21 September lalu akibat jangkitan kuman dan komplikasi kegagalan fungsi organ dalaman yang amat serius.

Tambahnya, akibat kecuaian pihak defendan, beliau bersama anak-anak menanggung kesedihan, terkejut, kehilangan orang yang tersayang dan mengalami kesusahan yang amat sangat sehingga sekarang.

Pihak plaintif memohon ganti rugi am RM5 juta, ganti rugi khas, ganti rugi teladan RM2 juta dan ganti rugi teruk RM1 juta.


* Harapan saya, kejadian ini tidak berulang lagi..dan kpd sume kakitangan yang mencurahkan bakti dlm ilmu kesihatan ini, sama2 la kita muhasabah diri dengan kejadian ini dan berjanji utk komited dgn tugas kita..=)

Saturday, January 1, 2011

1.1.11

Assalamualaikum...

Arini da 1.1.11..wahhh, da masuk tahun baru dah.. ( hurm, suke ke??) Bermula detik ini, bertambah lagi la umur Cik Fadz nih.. Ala, dh nk masuk 23 thn upenya. Hurm..azam baru?? ntah ler.. yg pasti nak wat yg terbaik dis semester. Okeh, utk pgtahuan korg sume, ni sem last aku kt USM nih. Xsabar rasanya nak grad. Bila di tenung2, di telek2.. 2010 ni meninggalkan 1001 kenangan manis+ pahit. Hurm..yang pasti, ia sudah berlalu.. memori2 yg membuatkan aku trauma dulu aku dah xnak ingat..( selagi xde mereka yg gatal2 mengungkit).

Hurm, sbg pelajar Tahun Akhir Pusat Pengajian Sains Farmasi USM, aku berasa sangat2 bersyukur sebab masih diberikan peluang untuk menebus masa2 lalu.. (Opss, itu kenangan pahit, usah diungkit-ungkit k..)

Alkisahnya, semester baru aku bermula pada 30hb Dis 2010..smpai2 je, ada taklimat untuk pelajr2 Final year kul 10am-12.30pm, pastu kuliah stat kul 2pm-7pm..pastu continue malam lak dar kul 8-10pm. Nasib bek lecture abes awal, kul 9.30pm da bleh balik..
Wahh, disebabkan ak br smpai kt USM dat day, byk la perkara2 yg aku missed..( err..xjugak actually, lab je yg missed 1). Hu2x..

Untuk pgtahuan korg2, dis sem aku sngt bz tau..jadual kelas mostly dr pagi smpai malam..yg xleh blah ialah, kelima-lima hari ( stat Isnin smpai Jumaat), ak ada kelas malam smpai kul 10pm. Fuyoo..mantap2x.. sape nkbangga dgn aku, sila angkat tangan..huahaa..

p/s: Selamat Pengantin Baru untuk mereka2 yang kawen pada tarikh ni..nnt aku nk booking 11.11.11 lak..err, smpat ke agak2..?? hi3x..