Friday, February 20, 2009

Aku dalam kenangan....

Assalamualaikum...

Tetiba je hari ni teringat kenangan zaman sekolah dulu..dulu kawan2 sgt rapat tp skrg dh xbersama dh..huhuhu..rindu lak mse kt kg dulu...g sekolah nek basikal sama2, siap lumba2 lg..huhuhu..lalu lak kat sawah padi...mmg indah...huhuhu...ntah cmne, pg ni MB rse nak letak lirik lagu UNIC nih..lme xdgr lagu nih... Papepn, yang pasti, MB amat merindui kenangan lalu..
Kenangan ko dan aku...chewaahh...!!

Sahabat Sejati


Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman maafkanlah diriku

Oh Tuhan tunjukkanku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidakkan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah dikau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Saturday, February 14, 2009

...marilah kita renung kembali Rukun Negara kita..


Aduhaiii..Perakk..!!

Assalamualaikum...

Apa la nak jadi dgn negeri Perak sekarang ni ekk???
Huru-hara betul… mula2 dengan isu lompat parti, pastu isu derhaka pada Sultan lak… Ish2..ntah lah..MB xpaham betul dgn fenomena kt negeri Perak skrg nih..

>> Klo sebelum ni kita begitu lantang memperjuangkan keamanan dunia di Bumi Gaza dengan membantah serangan Israel terhadap Palestin sehingga sanggup memboikot barangan keluaran Israel dan Amerika,tapi tengok lah, alih2 negeri dalam Malaysia sendiri yang xaman..so, cmne la suara kita nk didengari pihak antarabangsa kalo keamanan kat Negara sendiri pun xdpt dipertahankan…cmne masyarakat antarabangsa nak hormat kita kalo cmni lagaknye…MB xnak r kupas panjang psl isu politik luar nih..rse nya sume org tau apa yang berlaku kat perak tuh… namun, MB sangat terkilan dengan apa yang berlaku kat sana, xsangka sikap masyarakat kita dah makin teruk..dah xdapat membezakan antara tuan dan lawan..sume pakat duk gile kuasa sampai sanggup derhaka kat sultan sendiri..Ya Allah..ke mana lah menghilangnya sikap rasional dan professional dorang tuh..ini ke sikap pemimpin masyarakat kita hari ni??

>> MB sangat tersentuh apabila membaca statement khas dalam akhbar hari ni yang dikeluarkan oleh baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin berkenaan pergolakan politik di Perak tu.. Ternyata baginda berasa sangat kecewa dengan apa yang berlaku dan MB rase, DYMM Sultan Azlan Shah di Perak lagilah kecewa coz 1st time rakyat sendiri mencabar kewibawaan baginda secara terang-terangan dan kurang ajar..xtaulah kalo mereka tu terlalu taksub dengan kuasa sehingga menjadi jahil tentang undang2 /perlembagaan Negara yang menerangkan tentang peranan institusi beraja kat Malaysia ni …tapi apa yang MB tahu, Sultan Azlan Shah adalah merupakan tokoh ilmuwan yang cemerlang dan mempunyai banyak pengalaman dalam perkhidmatan perundangan dan kehakiman negara, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara.






>> Jadi MB fikir, setiap keputusan yang dibuat baginda mempunyai kerasionalan yang tinggi lebih2 lagi, Sultan Sharafuddin sendiri ada mengakui bahawa kebanyakan tindakan baginda Sultan Perak adalah bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta musyawarah bersama pakar dalam isu yang bersabit. Jadi MB harap, mereka2 yang terlibat dengan isu ni..wat lah pertimbangan yang sewajarnya sebelum ambil tindakan..jangan pula kita mnyesal di kemudian hari..

>> Ingatlah, jangan terikut sangat dengan permainan politik, adalah lebih elok kalo kita duk semeja dan sama2 bincang cmne nak atasi kegawatan ekonomi semasa nih.. Kegawatan ekonomi yang semakin meruncing di peringkat global dan serantau ni menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian..xusahlah kita saling bermusuh dan bertelagah dalam dunia politik nih..x ke mana pn… kalo asyik bertelagah je, sampai bile pun negara kita xkan berkembang maju…. Satgi orang ke bulan 10 kali, kita lak,..duk berebut pandang –memandang bulan dengan si Pungguk…Huhuhu..semoga keamanan di Perak dapat dikembalikan…Amiinn..!!

wassalam...

Thursday, February 5, 2009

MY new LIFE..!!


Assalamualaikum..

Hahaha..xtau la MB nak tulis ap dlm blog nih..lme gak xupdate..bkn ap, tetiba je otak jd blur..xtau nk citer ap..
Skrg ni pn still cm xcaye yg MB ni dh jadi salah sorg MPPUSM, hahaha..betul ke idup MB nih..ntah pape je..
Papepn, yg pasti, hidup MB kt USM nih jadi makin sibuk..xtau la exam satg cmne..rse cm nk amek kursus pengurusan masa je..huhuhu..
mlm ni je ad 3 perkara MB kena wat...1st, AGM kt skol,,yg ni xleh klo xg..undi tu sgt berharga wlpn 1 undi..2nd, meting Saujana, InsyaAllah, mulai sem ni, Saujana akan jadi perintis kelestarian desasiswa2 len kre jadi desa contoh r kt usm ni..3rd lak,g bantu SEE and the gang psl Sambutan tahun baru Cina kt foyer dk stat esok..papepn, yg last tu MB xsmpt g coz xder transport nk angkut td..
huhuhu..
Papepun..sori sgt2 k MB ucapkan kt sume yg terlibat dgn projek Tahun Baru Cina tu ek..

Oohh..emblica officinalis..HUHUHU.. ni nama Indian herb yg MB kna wat untuk assigment kali ni..penat tul cari info psl herba nih..alih2 dpt tau yg pokok ni jugak dikenali sbg Pokok Melaka..Aiyoo..apa dah..
MB ingatkan pokok ap je...

Waduhh..ntah pape duk merepek nih..mata pn dh ngntuk...hurm,len kali MB akan menulis lagi..InsyaAllah..next post akn byk input len..yg ni saje2 hilangkan bosan n tekanan..huhuhu..gambar yg dipilih ni pn cm best..cm ad mkna disebaliknnye..hahahaha..Papejelah..wassalam..