Assalamualaikum…
Salam Aspirasi untuk semua mahasiswa bersatu…
MB nak mengucapkan Selamat menyambut Awal Muharam (1430 Hijrah) kepada semua pembaca blog MB..
>> Teringat lak lagu nasyid yang MB slalu dengar mase kecik2 dulu…memang best sangat.. kalo tak silap nilah liriknya:
1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu, mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman…!!
>> MB rase heran sangat, apsal lagu camni dah makin kurang ek disiarkan…padahal lagu ni membawa banyak mesej yang sangat berguna kepada umat Islam…kalo tanye remaja sekarang tentang lagu ni..hurm, MB rase tak sampai 50% pun tahu apatah lagi menghafal liriknya..tapi kalo tanya lagu Datuk Siti Nurhaliza yang terbaru, ramai je yang bleh ingat n siap hafal… sayang tul..ye r, bagi MB, nilah satu2 lagu yang dapat kaitkan kita dengan peristiwa hijrah dalam islam secara dekat..liriknya mudah je…xpayah pening kepala nak pikir pun dan jalan penceritaan yang sangat ringkas tapi mempunyai maksud yang sangat mendalam…sejarah tentang peristiwa hijrah diceritakan 1 persatu walaupun secara ringkas…bagaimana pengorbanan kedua-dua pihak Ansar dan Muhajirin berlaku…Muhajirin sanggup meninggalkan harta-benda kekayaan semata-mata mahu berhijrah dengan Nabi Muhammad SAW dan demi menegakkan kebenaran Islam..begitu juga pihak Ansar yang sanggup menerima Muhajirin dengan tangan terbuka untuk tinggal bersama…disediakan tmpt tinggal, dihadiahkan isteri bagi yang tiada isteri….begitu besar pengorbanan ini… ni secara ringkas la MB hurai..
>> Tapi sayang, manyarakat hari ini terlalu alpa dengan duniawi sehingga episode ini hanya menjadi kenangan semata-mata, tidak diambil iktibar dan pengertian untuk mengaplikasikan semangat perjuangan dalam kehidupan…
>> Namun begitu, MB harap tema Ma’al hijrah tahun ini iaitu ‘Menjana Ummah Gemilang ‘ mampu menitip kembali semangat perjuangan seluruh umat islam untuk terus cemerlang dan gemilang dalam kehidupan mereka..
Semoga perpaduan kita terus utuh selamanya…!!!
Wassalam…
Sunday, December 28, 2008
Ma'al Hijrah 1430...
Bicara Cik Fadz at 12/28/2008 06:28:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
terima ksh kak fadz...salam maal hijrah...
Post a Comment