Monday, December 29, 2008


Apakah penyakit chikungunya??

Ia adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh alpha virus. Virus ini disebarkan melalui nyamuk Aedes ( aegypti & albopictus) .

Virus ini berkembang biak dalam tubuh manusia dan menyerang semua peringkat umur baik kanak-kanak mahupun dewasa. Penyakit ini tidak menyebabkan kematian.

Walaubagaimanapun sehingga sekarang,belum ada lagi ubat khusus untuk merawatnya.
Oleh itu, cara berkesan sekali untuk mengelakkannya adalah dengan mengawal pembiakan nyamuk Aedes yang menjadi pembawa penyakit ini.

Tanda-tanda penyakit chikungunya….

1) Pesakit akan mengalami demam denggi selama 5 hari. Pada kanak-kanak dimulai dengan demam mendadak diikuti dengan kulit kemerah-merahan ( ruam merah ) selama 3 hingga 5 hari. Mata biasanya menjadi merah diikuti tanda-tanda seperti selsema.
2) Pada kanak-kanak yang lebih besar, demam akan diikuti dengan rasa sakit pada otot dan sendi serta terjadi pembesaran kalenjar.
3) Pada orang dewasa, gejala sengal sendi dan otot sangat ketara hingga menimbulkan kelumpuhan sementara kerana rasa sakit ketika berjalan. Kadang-kala timbul rasa mual sehingga muntah.
4) Pada umumnya, demam pada kanak-kanak banyak berlaku selama 3 hari tanpa pendarahan.

Perbezaan antara Demam Denggi dan penyakit Chikungunya

Chikungunya tidak mempunyai pendarahan hebat, renjatan mahupun kematian.
Dengan rehat yang secukupnya serta rawatan asimptomatik, penyakit ini akan sembuh sendiri dalam masa 7 hari.

Cara pencegahan Chikungunya

1) Satu-satunya cara menghindari penyakit ini adalah membasmi nyamuk pembawa iaitu nyamuk Aedes. Nyamuk ini membiak di dalam rumah dan di sekeliling luar rumah.
2) Pastikan kawasan dalam rumah dan sekeliling rumah bebas dari takungan-takungan air jernih yang boleh membiak Aedes.
3) Pastikan anda, melindungi diri daripada gigitan nyamuk aedes dengan :
i. Memakai baju berlengan panjang dan berseluar panjang
ii. Menggunakan ubat “mosquito repellant” ( jenis krim atau pelekat )
iii. Menyembur aerosol dan memasang kelambu sebelum tidur

Cara-cara kawalan di dalam rumah

1) Basuh tempayan dengan memberus sehingga bersih tiap-tiap minggu sebelum mengisi air yang baru.
2) Buang air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok sampai bersih.
3) Tutup semua bekas simpanan air dengan rapat.
4) Masuk garam sebanyak 2 sudu the ke dalam perangkap semut.
5) Masukkan ubat Abate, pembunuh jentik-jentik ke dalam kolah air 3 bulan sekali mengikut sukatan yang betul.

Cara-cara kawalan di luar rumah

1) Tanam semua benda buruk atau bekas yang boleh menakung air hujan seperti botol, tin kosong, plastik-plastik, tayar buruk dan sebaliknya.
2) Bersihkan saluran hujan pada bumbumg rumah seminggu sekali.
3) Tutup lubang saluran udara ( air vent ) di tangki najis dengan jarring untuk mencegah nyamuk masuk.

p/s : Jika anda atau sesiapa dalam keluarga anda menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti demam, pergilah dengan segera ke Klinik Kesihatan atau Hospital yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Takwim Hijrah

Kalendar Islam pertama

Kalendar Islam bagi sandaran umat Islam adalah Takwim Hijrah atau Takwim Islam. Ianya merupakan takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun.

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu. Ini adalah rentetan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

Riwayat juga mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a meminta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Bermula daripada peristiwa berikut saidina Umar memerintahkan satu kalendar / taqwim Islam yang khas diwujudkan untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu. Peristiwa ini juga pencetus kepada penyusunan takwim berdasarkan falak syar’ie.

Sebelum kemunculan kalendar Islam ini di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar taqwim Islam. Walaupun tahun yang dipilih adalah tahun hijrah, ianya mencatatkan peristiwa hijrah berlaku pada bulan yang lain selain muharram namun kalender Islam meletakkan awal bulan kalender hijrah itu sebagai awal Muharram ini kerana kemuliaan yang ada pada bulan ini di sisi orang arab lebih-lebih lagi di sisi Allah.

Kalendar ini juga mengambil peristiwa hijrah Rasullullah s.a.w dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis pula dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Perbandingan kalendar juga telah dibuat oleh Umar,setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik dan bersistematik. Maka dengan itu pengisytiharaan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

Sunday, December 28, 2008

Ma'al Hijrah 1430...


Assalamualaikum…

Salam Aspirasi untuk semua mahasiswa bersatu…
MB nak mengucapkan Selamat menyambut Awal Muharam (1430 Hijrah) kepada semua pembaca blog MB..

>> Teringat lak lagu nasyid yang MB slalu dengar mase kecik2 dulu…memang best sangat.. kalo tak silap nilah liriknya:

1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu, mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman…!!

>> MB rase heran sangat, apsal lagu camni dah makin kurang ek disiarkan…padahal lagu ni membawa banyak mesej yang sangat berguna kepada umat Islam…kalo tanye remaja sekarang tentang lagu ni..hurm, MB rase tak sampai 50% pun tahu apatah lagi menghafal liriknya..tapi kalo tanya lagu Datuk Siti Nurhaliza yang terbaru, ramai je yang bleh ingat n siap hafal… sayang tul..ye r, bagi MB, nilah satu2 lagu yang dapat kaitkan kita dengan peristiwa hijrah dalam islam secara dekat..liriknya mudah je…xpayah pening kepala nak pikir pun dan jalan penceritaan yang sangat ringkas tapi mempunyai maksud yang sangat mendalam…sejarah tentang peristiwa hijrah diceritakan 1 persatu walaupun secara ringkas…bagaimana pengorbanan kedua-dua pihak Ansar dan Muhajirin berlaku…Muhajirin sanggup meninggalkan harta-benda kekayaan semata-mata mahu berhijrah dengan Nabi Muhammad SAW dan demi menegakkan kebenaran Islam..begitu juga pihak Ansar yang sanggup menerima Muhajirin dengan tangan terbuka untuk tinggal bersama…disediakan tmpt tinggal, dihadiahkan isteri bagi yang tiada isteri….begitu besar pengorbanan ini… ni secara ringkas la MB hurai..

>> Tapi sayang, manyarakat hari ini terlalu alpa dengan duniawi sehingga episode ini hanya menjadi kenangan semata-mata, tidak diambil iktibar dan pengertian untuk mengaplikasikan semangat perjuangan dalam kehidupan…

>> Namun begitu, MB harap tema Ma’al hijrah tahun ini iaitu ‘Menjana Ummah Gemilang ‘ mampu menitip kembali semangat perjuangan seluruh umat islam untuk terus cemerlang dan gemilang dalam kehidupan mereka..

Semoga perpaduan kita terus utuh selamanya…!!!

Wassalam…

Sejenak Renungan Bersama...

Pengajaran peristiwa Hijrah

1. Hijrah memberi pengajaran dari aspek sosial atau pergaulan hidup di mana hubungan antara penduduk Madinah ketika mana hijrahnya nabi bersama muhajirin semakin rapat antara mereka terutama sesama Islam dengan usaha di dalam mempersaudarakan mereka dan juga termeterainya piagam Madinah. Tiada lagi permusuhan yang teruk disebabkan bangsa dan keturunan disamping hubungan baik antara muslimin dan bukan Islam juga berjalan baik. Ini sebagai satu praktikaliti kepada kita umat Islam sebagai kesatuan ummah, untuk berhadapan dengan musuh baik secara zahir dan tidak zahir.

2. Hijrah menyemarakkan lagi suasana ukhuwah di samping mengukuhkan struktur Ekonomi atau hubungan manusia secara material. Ianya berkembang baik dengan menyingkirkan amalan riba, korupsi dan amalan yang menindas serta kepentingan diri sendiri setelah wujudnya sistem ekonomi Islam yang menjamin kestabilan dan keadilan. Dengan ini dari aspek sejarah, Islam telah memuliakan penduduk Madinah yang dianggap lemah dan miskin oleh penduduk Mekah sebelum ini kerana kebanyakan mereka hanya mengharap kepada hasil pertanian sahaja.

3. Hijrah memberi pengajaran dalam merubah sosio budaya umat Islam. Ini dapat dilihat melalui muamalah dikalangan orang-orang ansar dan muhajirin. Perubahan daripada satu keadaan jahiliah kepada hidayah yang terang menerangi iman mereka sehingga menjadikan mereka ummah yang terbilang dan gemilang di mata masyarakat masa itu. Seterusnya membuktikan kemampuan umat Islam pada masa itu berjaya membina empayar pertama di bumi Madinah.

Salam Takziah...!!

Salam Takziah diucapkan kepada semua penduduk Negeri Sembilan terutama keluarga diraja di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia, Yang dipertuan Besar Negeri Sembilan , Tunku Jaafar Ibni Almarhum Tunku Abdul Rahman pada pukul 11.45 pagi tadi di Hospital Besar Seremban.. semoga roh baginda tenang dicucuri Rahmat Allah yang Esa… Al-Fatihah…!!

Thursday, December 25, 2008

25 hb..

Assalamualaikum wbt
Salam Aspirasi untuk semua mahasiswa bersatu....!!






hurm.....dikesempatan ini,...MB ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Natal kepada semua sahabat dan pembaca blog yang beragama Kristian khasnya warga USM...
Jgn lupe xchange hadiah dgn MB...huhuhu...
Semoga anda gembira bersama keluarga dan sanak-saudara serta selamat pulang ke USM nnt...

Monday, December 22, 2008

Sem Baru..!!


Salam….

>> Lamer gak xedit blog nih…huhuhu…pagi tadi MB selamat sampai usm…penat memang penat…sampai je USM, bermulalah aktiviti mengangkat kotak2 barang MB dalam stor..baru perasan yang kotak2 MB sume tu ada 10 kotak…Makk Oiii…byknye… Dan esok bermulalah sem baru untuk sume student USM… Bermulalah lagi episod perjalanan hidup MB kat USM ni.. Sem ni merupakan sem ke-4 MB .. Result dah kuar ari jumaat lepas.. ada yg suka dan puas ati dan ada gak yg kecewa t’masuklah MB sendiri.. Ye r…pointer turun..sape xsedih..papepun, MB dah nekad nak usaha lagi dis sem, mungkin rezeki xder kot sem lepas…MB akan cari kelemahan atau kesilapan MB sem lepas dan baiki lagi..mgkin sem lepas strategi studi MB ada kekurangan…so, dis sem, MB akan improve strategi tu…. Akan kubuktikan kemampuan diriku…

>> Pujangga ada mengatakan :

~ Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap..

~ Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan, tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana…

Yeah..GO GO Chayok!!!

Kepada sume pembaca blog MB, Selamat memasuki semester baru esok…

Wassalam…

Thursday, December 18, 2008

Ragut Oh Ragut..!!


> Jenayah ragut makin berleluasa…smkin hari smkin mnjadi-jadi…

> Macam dialu-alukan pulak…Masyaallah…apa nak jadi ni??

> Td MB ada terbaca berita pasal sorang peragut ni yang ugut nak gergaji leher seorang bayi semata-mata mahukan wang dari si ibu…bygkn la perasaan si ibu apabila melihat nyawa bayi kesayangannya berada dihujung sebilah gergaji..Subhanallah….MB xdpt bygkan…gila betul manusia sekarang nih…dh xder nilai kemanusiaan langsung…sume pntingkan diri jer…Duit! Duit! Duit!...sume psl duit…

> Papepn xleh nak salahkan peragut 100% coz mereka pn jadi mangsa keadaan gak..ye r…keadaan hidup yang sntiasa menekan mereka samada dari segi fizikal atau mental…kalo difikir-fikir balik..ni lah antara kesan kemelesetan ekonomi dunia…sume org tetiba jadi materialistik sampai dah xleh beza samada rezeki yang dapat tu dari sumber halal ke atau haram ke.. sume pikir nak ‘survive’ diri-sendiri sampai nilai-nilai kemanusiaan tu dicampak ke tepi….Ya Allah, Selamatkanlah umat-MU ini…..!!!

> Disebabkan pertambahan kes ragut ni, maka ramailah yang mencadangkan agar Kerajaan memperkemaskan lagi undang-undang dan hukuman yang sedia-ada bagi membendung gejala ini. Hmm..betul gak tu….Hukuman yang berat dan setimpal hendaklah dilaksanakan bagi menakutkan peragut. Selain tu, pihak berkuasa tempatan juga perlu memainkan peranan yang penting dalam hal ni...contohnya, meletakkan tanda amaran di tempat awam dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di tempat tertentu… SAFETY 2….

> Namun begitu, sebagai muslim..kita sepatutnya berpegang teguh pada konsep Iman dan Islam. Iman seharusnya menjadi pembendung utama gejala negative seperti ragut ni. Pendidikan iman dan takwa dengan nilai-nilai murni mesti dilakukan secara berterusan dalam segenap lapisan masyarakat bagi membina kembali jati diri dan pegangan hidup mereka.

> Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud,

Iman dapat menghalang bunuh curi. Dan orang mukmin tidak membunuh curi ( tidak membuat tipu daya ).
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

>>> Jadi, renung2kanlah…dan selamat beramal….heheheee…!!!!!

Pemberitahuan..!!



> Sejak 1 Januari 2008, semua produk kosmetik menggunakan Nombor Notifikasi (cth.NOT12345678K) sebagai pengesahan bahawa produk tersebut memenuhi keperluan tempatan dan dibenarkan untuk dipasarkan di Malaysia.

> Untuk maklumat lanjut yang berkaitan, sila lawati laman web berikut:


• Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia www.pharmacy.gov.my
• Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia
www.bpfk.gov.my

Tulen atau Palsu???

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 90 ubat tradisional penguat tenaga lelaki dan wanita, makanan tambahan dan kosmetik keluaran syarikat di Indonesia dilabelkan kerajaan negara itu tidak selamat.
Antara produk ubat tradisional yang mengandungi bahan kimia berbahaya adalah serbuk Sari Bunga Segar Bugar, kapsul Golden Heral, kapsul Ubat Kuat dan Tahan Lama Ratu Madu Plus.
Antara produk makanan tambahan disenaraikan berbahaya pula kapsul Cobra-X, kapsul Urat Perkasa dan Tripoten.
Turut dilabel sebagai produk berbahaya barangan kosmetik seperti Doctor Kayama Whitening Day Cream, Blossom Day Cream dan kosmetik Ibu Sari Krim Siang.
Antara bahan kimia dilabelkan Kerajaan Indonesia sebagai membahayakan kesihatan pengguna itu ialah Fenilbutason, Paracetamol, Sildenafil Sitrat, Teofilin, Tadalafil, Merkuri dan Retinoic Acid…….


Sumber : harian metro, 16 Dec 2008

> Waduh2…kok gitu seh….hurmm…bahaya tul…kalo tak hati-hati mmg naya la badan…papepun, tindakan pembatalan segera bagi menarik produk berkenaan di pasaran sudah pun diambil Kerajaan Indonesia sebagai langkah berjaga-jaga. Maksudnya , barangan tersebut sudah diharamkan pemasarannya dan tak boleh dijual langsung. Tapi,kemungkinan jugak barangan tersebut dah pun menembusi pasaran Malaysia…Ala…biasa r..nak untung punyer pasal..seludup pun seluduplah..bkn kire kalo benda tu bagi kesan buruk kat badan..silap-silap bleh KO free jer….huhuhu…lagipun masyarakat Malaysia ni mmg pantang kalo dengar produk2 dari seberang nih…sume nak try….terutamanya ubat penguat tenaga batin….fuhhh…mmg terhangat di pasaran r….

> Papepun, mawar berduri (MB) tak nak masuk campur r pasal urusan beli-membeli ni…hak msg2 kn…!

> Cuma kat sini MB nak pesan sikit kt pggemar produk2 sebegini…tolong la hati-hati ..jgn pakai tibai jer beli…Antara cara paling mudah nak bezakan produk tulen dan palsu adalah dengan merujuk hologram pada kotak produk tersebut samada sah atau tidak....

Ciri-ciri label hologram yang sah adalah:
• Berbentuk segiempat tepat, saiz 8mm x 16mm
• Permukaan berikut bertulis 'PBKD' dan 'DCA', bergamber bunga raya dan mempunyai nombor serial 10 digit
Nombor serial dapat disahkan/dikenalpasti dengan pemegang pendaftaran produk berkenaan.





>>> Nak info lebih, sila rujuk laman web ni : http://www.knowyourmedicine.gov.my/index.cfm?&menuid=31&parentid=12
So , harap pengguna sekalian berwaspadalah selalu ekk…check dulu sebelum beli….!!

Saturday, December 6, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha.....



Assalamualaikum…w.b.t

Salam Aidiladha diucapkan kepada semua warga USM. Semoga Aidiladha tahun ini membawa seribu pengertian kepada kita semua…Disamping kita meraikan hari yang Mulia ini, janganlah kita lupa akan saudara kita yang tidak bernasib baik terutama di negeri-negeri di Pantai Timur Malaysia yang dilanda banjir…semoga mereka sentiasa dalam keadaan selamat dan dlindungi Allah S.W.T.

Apabila sebut je Aidiladha, terus terlintas difikiran kita akan ibadah korban yang merupakan ibadah sunat yang besar pahalanya. Mereka yang mampu wajay mengadakan ibadah korban ini lalu disedekahkan sedikit kepada fakir miskin dan diagihkan sama ratakepada muslim yang lain. Disamping dapat membantu mereka yang susah, ia juga dapat mengeratkan silaturrahim sesama kita dan dikurniakan ganjaran pahala yang besar.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah S.W.T pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah S.W.T sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Berdasarkan hadis di atas, sesungguhnya apa yang yang dituntut dalam ibadat korban ialah keredaan dan kelapangan hati kita dalam melakukan ibadah tersebut dan bukanlah semata-mata kerana terpaksa, terikut-ikut atau menunjuk-nunjuk jumlah korban yang dilakukan. Apa yang sampai kepada Allah S.W.T nanti bukanlah daging, atau binatang korban tetapi ketakwaan yang mendorong kita melakukan ibadah korban tersebut…

Namun begitu, korban yang dimaksudkan bukan sahaja untuk binatang malah melibatkan juga pengorbanan emosi dan rohani. Sebagai mahasiswa USM yang mempunyai pegangan Islam dan Iman,marilah sama-sama kita menghayati bulan yang mulia ini. Jauhkan lah persengketaan lampau dan marilah kita bersatu kembali…janganlah kita terlalu mngikut nafsu untuk berkuasa sehingga mengabaikan tali persaudaraan Islam kita yang suci ini. Ketamakan tidak mampu menjana mahasiswa yang intelektual dan cemerlang malah ia akan menyumbang kepada perpecahan dan merosakkan jalinan ukhuwah yang terbina. Berfikiran terbukalah dalam merencanakan kehidupan kita dan janganlah seskali kita mengkhianati saudara kita demi kepentingan diri-sendiri. Bersatulah wahai sahabatku…sesungguhnya masa depan yang cerah sentiasa menanti kita jika kita bersatu dan berkongsi….

Salam Aidiladha sekali lagi….dan marilah sama-samalah kita memartabatkan USM di mata dunia…

Wassalam….

Thursday, December 4, 2008

Doa Seorang Insan......


Ya Allah! pada hari dan bulan yang penuh makna ini kami memohan kepada-Mu agar diberkati kemerdekaan negara kami Malaysia yang tercinta. Kekalkanlah kemakmuran, keselamatan dan kedamaian bumi tumpah darah kami ini, hindarilah negara kami dari segala malapetaka dan bencana, kami memohan kepada-Mu, ya Allah supaya diberikan petunjuk agar kami sentiasa hidup dalam keadaan bersatu padu dan tidak mementingkan diri sendiri, hindarilah kami dari perasaan buruk sangka, dengki dan khianat sesama saudara kami, suburkanlah perasaan muhibbah dan semangat toleransi dengan pelbagai rumpun bangsa di tanah air kami, berikanlah kami kekuatan agar dapat mengawal nafsu dari berkata sesuatu yang bakal memecah belahkan kami dan menimbulkan keadaan yang tidak selesa di kalangan rakyat Malaysia amnya dan umat Islam khasnya.

Ya Allah Ya Tuhan kami, berikanlah kami kekuatan jihad untuk rajin berusaha membangunkan agama, bangsa dan negara. Jadikanlah kami umat yang cemerlang dimata dunia dengan kekuatan ekonomi, akhlak dan teknologi, agar kami dapat memperkukuhkan pembangunan negara dan mempertahankan maruah kemerdekaan yang Engkau anugerahkan kepada kami.

Akhirnya Ya Allah kami memohan agar dikekalkan kemerdekaan negara ini. Janganlah diulangi lagi sejarah penjajahan yang akan memenjarakan seluruh jiwa raga kami di bawah telunjuk para penjajah seperti yang pernah dideritai oleh nenek moyang kami terdahulu. AMIN-AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Salam Aidiladha…kepada semua warga USM…

Thailand VS Malaysia

Demonstrasi di Thailand

Perhimpunan bersih di Malaysia


Keharmonian Malaysia


Saya begitu tertarik untuk mengupas isu yg berlaku di Thailand pada waktu ini berkenaan demonstrasi puluhan ribu penunjuk perasaan Pakatan Demokrasi Rakyat (PAD) yang menggesa perletakan jawatan Perdana Menteri Somchai Wongsawat dan Kabinetnya yang bermula sejak 26 Ogos 2008 yang lalu. Peristiwa ini begitu membimbangkan saya jika ia turut berlaku di Malaysia kerana demonstrasi sebegini boleh menjurus ke arah perpecahan kaum, kelumpuhan ekonomi disamping mengganggu urusan harian rakyat. Kumpulan perusuh telah merampas beberapa buah lapangan terbang utama Thailand dan turut mnguasai kediaman Perdana Menteri. Mereka menolak gesaan mengadakan pilihan raya dan berkata tidak akan meninggalkan Suvarnabhumi sehingga kerajaan berundur. Adakah kita ingin melihat krisis ini turut berlaku di Malaysia? Nauzubillah…

Apa kaitannya krisis ini dengan Malaysia….

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan dan sering menjadi negara contoh di rantau ini. Namun sejak-sejak akhir ini, kedaulatan dan keamanan negara seolah-olah cuba dicabar oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebagai contoh,isu berkaitan Hindraf dan golongan yang mempersoalkan konsep ketuanan Melayu dalam parlimen. Tambahan pula terdapat segelintir mahasiswa yang secara terang-terangan menolak pentadbiran yang dibawa oleh kerajaan yang memerintah dan ini secara tidak langsung memberikan tekanan kepada negara. Mereka mempunyai persamaan dengan perusuh Thailand yang bertindak hanya menggunakan pendekatan demonstrasi sahaja walhal terdapat banyak lagi pendekatan yang boleh digunakan pakai dalam menzahirkan pandangan dan suara mahasiswa kepada pihak kerajaan.

Adakah hanya pendekatan demonstrasi sahaja yang melambangkan jati diri seseorang yang bergelar mahasiswa? Come on lah kengkawan…itu bukan cara kita..sebagai mahasiswa, seharusnya kita lebih berdiplomasi dalam menyelesaikan sesuatu masalah.Lagipun kerajaan kita sekarang mengamalkan dasar keterbukaan yang memberi peluang kepada mahasiswa untuk mnyuarakan pandangan dan kesulitan mereka. Kita bukan seperti Thailand atau Indonesia yang bersikap tegas dalam menyekat kebebasan bersuara mahasiswanya. Mahasiswa di Malaysia amat beruntung kerana mempunyai platform yang lebih efektif untuk menyalurkan pandangan dan suara mereka. Jadi kenapa harus kita menyokong mereka yang memperjuangkan demonstrasi walhal suara kita masih didengari dan dihargai di meja rundingan.

Mahasiswa yang berintelektual takkan berfikiran ringkas untuk menyelesaikan sesuatu mslh dengan hanya memfokuskan demonstrasi semata-mata tetapi berfikiran realistik dalam menanganinya. Kejayaan di meja rundingan membuktikan kebijaksanaan sebenar mereka dalam menangani sesuatu isu. Kini,perjuangan berdasarkan demonstrasi tidak lagi relevan bagi Negara kita dan jika pendekatan ini masih diguna-pakai, maka ia secara terang-terangan melambangkan kelemahan individu mahasiswa itu sendiri yang kononya berintelektual dalam menangani masalah.


Oleh itu, wahai Sahabat!!…berfikirlah dengan akal yang waras…kita bukan lagi bangsa yang dijajah serta disekat kebebasannya…negara kita negara demokrasi…so, demonstrasi itu dah tak releven lagi kini… Knape kita x myokong diplomasi..yg lebih aman dan efektif. Adakah hanya demonstrasi sahaja yg mncerminkan diri mahasiswa…? Renungilah..…

Tuesday, December 2, 2008

PERHATIANNN..!!!!

TEKNIK BACAAN LABEL YANG BETUL....


Maklumat yang terdapat pada bekas ubat mengandungi maklumat penting. Label ubat mungkin berbeza namun maklumat yang didapati adalah seperti di bawah:

1.Nama anda
2.Nama dan kekuatan ubat
3.Arahan cara makan ubat seperti:

*kuantiti dan kekerapan ubat yang perlu diambil
*sebelum, selepas atau bersama makanan
*langkah berjaga-jaga seperti jangan ambil bersama alkohol

Secara amnya, ambil ubat selepas makan. Ini adalah untuk membantu supaya anda tidak lupa untuk mengambil ubat dan mengelakkan kesan ubat pada perut.

Sesetengah ubat, contohnya PENICILLIN perlu diambil semasa perut kosong kerana makanan boleh mengganggu penyerapan.

Sila bertanya dengan ahli farmasi sekiranya terdapat sebarang keraguan.


Arahan dilabel ubat perlu dipatuhi dengan teliti. Contohnya adalah seperti berikut:

1. AMBIL SEBELUM MAKAN

Ambil ubat satu jam sebelum makan dan TIDAK dua minit sebelum makan, atau dua jam selepas makan. Sesetengah ubat perlu diserap dengan cepat supaya dapat bertindak dengan lebih berkesan. Sekiranya terdapat makanan di dalam perut, maka kesan penyerapan ubat akan berkurangan atau hilang. Namun jika anda terlupa mengambil ubat sebelum makan anda perlu ambil dua jam selepas makan ketika perut kosong.

2.AMBIL SELEPAS MAKAN

Ambil ubat lima hingga sepuluh minit selepas makan untuk mengelakkan kesan gastrik.

3.AMBIL BERSAMA AIR

Ambil ubat bersama segelas air kosong supaya memudahkan ubat sampai ke perut. Jangan mengambil bersama air manis seperti kopi, teh, dan lain-lain minuman kecuali dengan arahan doktor/ ahli farmasi.

4.JANGAN KUNYAH, TELAN UBAT SEPENUHNYA

Sesetengah ubat makan terdapat satu lapisan di atasnya, di mana lapisan ini akan hancur dan ubat dapat diserap sebaik sahaja sampai ke perut. Lapisan ini bertindak sebagai pelindung untuk mengelakkan kesan gastrik dan fungsi lain juga sebagai kawalan terhadap kadar serapan ubat di perut. Oleh itu jika dikunyah lapisan ini akan hancur dan penyerapan ubat yang berkesan tidak dapat dicapai.

5.AMBIL SELEPAS ATAU BERSAMA MAKANAN

Sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan gastrik oleh itu ambil selepas atau bersama makanan.

6.AMBIL UBAT PADA MASA DITETAPKAN DAN SAMPAI

Sekiranya anda ambil antibiotik untuk jangkitan, pastikan anda habis makan ubat tersebut walaupun anda sudah berasa sihat. Ini kerana bakteria masih terdapat di tempat jangkitan dan sekiranya ubat gagal dihabiskan, bakteria tidak akan sepenuhnya mati dan jangkitan boleh berulang. Kesan lain sekiranya ubat tidak habis dimakan ialah ia boleh menyebabkan kesan rintangan. Ini bermaksud bakteria tersebut tidak dapat mati dengan antibiotik yang sama menyebakan antibiotik yang lain perlu digunakan.

7.BOLEH MENYEBABKAN MENGANTUK. JIKA ADA KESANNYA, JANGAN MEMANDU KENDERAAN ATAU MENGENDALIKAN MESIN.

Sesetengah ubat boleh menyebabkan mengantuk. Minta nasihat ahli farmasi sekiranya terdapat sebarang keraguan.

8.JANGAN AMBIL UBAT DALAM GELAP WALAUPUN ANDA PASTI DIMANA LETAKNYA.

....JoM Kenali UBAT anda.....


Soalan Lazim

.....just click the questions for answers.......

My idol song....

Mahar Cinta

Album : Devotees
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com


Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..

Monday, December 1, 2008

Campus Life.....Nov 2008


Assalamualaikumm...

first time buat blog,,,huhuhu...agak pening gak la..tapi takpe..itulah proses belajar yang harus kuharungi...Bergelar Mahasiswa USM agar mencabar keyakinan diriku sebagai seorang pelajar.. Kehidupan universiti yang kadangkala menuntut pelajarnya untuk membuat keputusan sendiri yang lebih menitikberatkan pertimbangan yang rasional agak memberi tekanan kepada diriku yang sukar membuat keputusan sendiri.. setiap keputusanku dalam kehidupan lalu sebagai pelajar sekolah dan pelajar matrikulasi banyak dipengaruhi oleh pensyarah dan juga ibubapa... Namun kini aku keseorangan di Bumi USM ini bertemankan rakan-rakan seperjuangan yang kadangkala menuntut kita teliti dalam membezakan antara rakan dan lawan... laluan yang sukar menanti diriku.....tabahlah wahai hati...teruskan perjuanganmu dengan namaNya..........