Saturday, December 6, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha.....



Assalamualaikum…w.b.t

Salam Aidiladha diucapkan kepada semua warga USM. Semoga Aidiladha tahun ini membawa seribu pengertian kepada kita semua…Disamping kita meraikan hari yang Mulia ini, janganlah kita lupa akan saudara kita yang tidak bernasib baik terutama di negeri-negeri di Pantai Timur Malaysia yang dilanda banjir…semoga mereka sentiasa dalam keadaan selamat dan dlindungi Allah S.W.T.

Apabila sebut je Aidiladha, terus terlintas difikiran kita akan ibadah korban yang merupakan ibadah sunat yang besar pahalanya. Mereka yang mampu wajay mengadakan ibadah korban ini lalu disedekahkan sedikit kepada fakir miskin dan diagihkan sama ratakepada muslim yang lain. Disamping dapat membantu mereka yang susah, ia juga dapat mengeratkan silaturrahim sesama kita dan dikurniakan ganjaran pahala yang besar.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah S.W.T pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah S.W.T sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Berdasarkan hadis di atas, sesungguhnya apa yang yang dituntut dalam ibadat korban ialah keredaan dan kelapangan hati kita dalam melakukan ibadah tersebut dan bukanlah semata-mata kerana terpaksa, terikut-ikut atau menunjuk-nunjuk jumlah korban yang dilakukan. Apa yang sampai kepada Allah S.W.T nanti bukanlah daging, atau binatang korban tetapi ketakwaan yang mendorong kita melakukan ibadah korban tersebut…

Namun begitu, korban yang dimaksudkan bukan sahaja untuk binatang malah melibatkan juga pengorbanan emosi dan rohani. Sebagai mahasiswa USM yang mempunyai pegangan Islam dan Iman,marilah sama-sama kita menghayati bulan yang mulia ini. Jauhkan lah persengketaan lampau dan marilah kita bersatu kembali…janganlah kita terlalu mngikut nafsu untuk berkuasa sehingga mengabaikan tali persaudaraan Islam kita yang suci ini. Ketamakan tidak mampu menjana mahasiswa yang intelektual dan cemerlang malah ia akan menyumbang kepada perpecahan dan merosakkan jalinan ukhuwah yang terbina. Berfikiran terbukalah dalam merencanakan kehidupan kita dan janganlah seskali kita mengkhianati saudara kita demi kepentingan diri-sendiri. Bersatulah wahai sahabatku…sesungguhnya masa depan yang cerah sentiasa menanti kita jika kita bersatu dan berkongsi….

Salam Aidiladha sekali lagi….dan marilah sama-samalah kita memartabatkan USM di mata dunia…

Wassalam….

0 comments: