Monday, October 26, 2009

Pimpin Siswa IS : Merentasi Jurang Perbezaan

Assalamualaikum & Salam Aspirasi..

>> Petang tadi selamatlah MB sampai ke bilik MB di Saujana setelah 3 hari 2 malam berkampung di Kem Cinta Alam Kelimat sebagai fasilitator untuk program Pimpin Siswa Fasa 2 yang melibatkan International Students a.k.a IS. Fuhh, xsangka tugas sebagai fasilitator ini juga amat memenatkan..nak kata join sume aktiviti dorang..xjugak..just bagi instructions je pun..papepun, MB rasa mgkin penat bercakap dalam BI kot..huhuu.. Almaklumlaa, sepanjang duk kt sana, speaking jer..grammar tu betul ke x..blkg citer..huhuhu…
>> Tidak dinafikan, sebelum bersemuka dengan mereka..MB agak cuak sebenarnya..Yelah, xpenah2 selama ni MB ‘dare to communicate with the foreign students directly for a long period’. Kalo setakat terserempak dgn dorg kat tepi jalan dan dorg tnya pasal ‘direction’ nak gi satu satu tempat tu slalu gak ler..tp yg ni..huhuhu..3 hari beb. Mesti banyak masalah akan timbul nanti..masalah komunikasi, culture and habits, pakaian..dan macam2lah...
>> Papepun, setelah 3 hari di sana, MB dapt rasakan bahawa telaah MB agak silap sebenarnya.
Yup, pada awalnya memang kami menghadapi masalah2 seperti di atas tetapi masuk hari ke-2, masing2 sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan termasuklah para peserta..jenuh gak la nak ‘explain’ kat dorang pasal ‘rules and instructions’ pada mulanya.. Yelah, even kami sume cakap BI tetapi dorg bukan sumenya paham BI ‘and able to speak in English fluently’. Nasib bek ada Wong, Kanneth, Abg Che Mat and Puteri Elfa, dapat gak la dorg ‘translate’ ke dalam bahasa Mandarin.. Lupe lak nak gitau, kebanyakan peserta yang join program ni adalah dari China..hanya 2 org je dari US dan sorang dari Zambia.. so, bahasa Mandarin pun agak penting gak la kat sini..huhuhu..
>> Walaupun menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran..tetapi kami sume berjaya gak menghabiskan sume aktiviti yang terdapat dalam modul seperti yang dirancangkan..Alhamdulillah, xder la masalah besar yang berlaku ‘except’ para peserta kena gigit pacat dan serangga2 kecil hutan yang tak merbahaya.. Kadang2 kelakar ada, kesian pun ada..yelah, mana la pernah dorang tengok pacat secara ‘live’..Bile sorang kene, abes kecoh 1 kem..huhuhu.. Tapi MB ‘salute’ dorang, dorang sangat ‘energetic’ dan saling bekerjasama sesama dorang..xpayah diajar pun sume tu..dorang secara sukarela akan bantu kengkawan dorang yang dalam kesusahan… Tercapai gak la objektif kami untuk dorang..
>> MB paling kesian tgk dorang tme survival cooking…berpeluh2…muka masing2 kemerah2merahan..terkial2 nak potong ayam..ada yang xpenah pegang ayam pun..nak pasang api lagi la…abes sume daun dorg kutip..adoii… mane la api tu nak idup..huhuhu.. Pada awalnya, suasana agak tegang r, yelah masing2 penat dan nak mengamuk jer..risau gak MB tgk dorang tapi2 lama2 dorang dah pandai control emosi dorang..masing2 bagi sepenuh komitmen dorg.. wlpn cara masak dorang lain tapi agak sedap gak sebenarnya..huhuhu…Paling best, Group yang MB pantau tu menang game ni..huhuhu.. Cayalah…
>> 1 jer MB heran..dorang ni xreti penat ker..yelah, sempat lagi lawan bola dengan fesi sebelum tido… huhu…
>>Papepun, MB amat gembira coz dapat gak join pimpin siswa ni.. sebelum ni, asyik cancel jer…huhu.. Walaupun, kena handle IS, tapi banyak values yang MB dapat sepanjang kem ni.. Sekarang MB lebih ‘confident’ nak ‘speaking English’ kat depan sume orang dan lebih faham akan sejarah, budaya dan perangai ( habits ) ‘students’ dari negara2 len… ‘I’m glad to have dis experiences’..
‘Thanx a lot’ kepada Abg Jaya coz pilih MB untuk jadi salah sorang fesi untuk C.A.K....hehehee

NO MORE SD Forever..!!

Assalamualaikum & Salam Aspirasi..

>> Pada 22hb Oktober 2009, post-mortem convex'09 diadakan.. Besenya post-mortem diadakan setelah tamatnya sesuatu program untuk menilai balik baik buruk pengurusan yang dijalankan semasa berlangsungnya program tersebut.
>> Hurm, dipendekkan citer..akhirnya kami sebulat suara untuk membubarkan Portfolio Pembangunan Lestari (SD).. Wahh, mesti anak buah MB kecewa bile dengar berita ni..huhuhu.. Well, sorry guys..I hav to make dis decision in order to improve the next CONVEX Performences. Keputusan ini terpaksa dibuat setelah kami semua mengkaji baik-buruk / kekuatan-kelemahan dan kepentingan peranan SD serta membandingkannya dengan Convex2 yang lepas. Bukanlah bermaksud, pabila portfolio ni dibubarkan, nilai kelestarian dalam convex akan terus dilupuskan. Cuma MB berpandangan bahawa, nilai kelestarian itu sangat subjektif dan perlu wujud dengan kesedaran yang utuh dalam diri seseorang. Tanggungjawab yang besar dan berat ini tidak seharusnya dipikul oleh 1 portfolio sahaja, ia wajar turut dipikul bersama oleh portfolio lain.
>> Jadi, bagi memastikan portfolio lain tidak lepas tangan akan nilai ini, so , MT SD'09 setuju portfolio SD dibubarkan dan tanggungjawab SD akan dipikul bersama oleh portfolio lain. Maksudnya, portfolio lain juga kena bertanggungjawab menjaga dan menerapkan nilai kelestarian dalam setiap aktiviti dorang dengan pantauan yang strict daripada MT teratas CONVEX. Kami percaya keputusan ini mampu membentuk team convex yang lebih efisien dan tegas dalam melaksanakan polisi yang sudah dibentuk. MB harap xkan timbul lagi isu xpuas hati dan sakit hati tentang perlaksanaan polisi Convex setiapkali berlangsungnya Ekspo Konvokesyen coz masing2 bertanggungjawab menjaga dan melaksanakan polisi tersebut yang telah dipersetujui semua.
>> Thanx guys to all your supports. I'm very appreciated it and i'm proud to know all of u and i also knew dat, i'm already hurt you guys by making dis decision... I'm really sorry=(..
p/s : I can't believe it..I'm the first and the last Manager of SD forever... Kenangan terindah dalam hidupku..
Adalah sgt menyakitkan hati sebenarnya bila polisi yang dibuat bersama hanya dilaksanakan oleh oleh sesetengah pihak sahaja manakala 1 pihak yang lain mengkhianati polisi tersebut.. Yang melaksana dikeji manakala yang mengkhianati dipuji.... Apakah gelaran yang sesuai untuk mereka ya..???

Wednesday, October 21, 2009

...MOTIVASI LAST MINIT STUDY...

>> Pada 21 Oktober 2009, Rabu akan diadakan program motivasi ‘ Pecutan terakhir peperiksaan : Tips last minit study ‘ bertempat di DKG pada pukul 8mlm. Program ini merupakan anjuran MPPUSM dengan bantuan rakan2 PPSL yang len .
>> Objektif program ini adalah untuk menyediakan tips2 last minit stdy disamping berkongsi cara study yang betul tatkala menghadapi situasi genting peperiksaan. Kami dibarisan MPPUSM peka bahawa ramai antara pelajar2 USM yang masih tercari-cari panduan atau cara belajar yang betul malah ada yang terpaksa belajar last minit disebabkan aktif berpesatuan tetapi adakah cara yang mereka praktikkan adalah benar2 berkesan?. Jadi, kami menyediakan 2 orang panel yang bakal berkongsi dengan anda akan cara menghadapi peperiksaan dan cara mengulangkaji pada saat2 terakhir perjuangan sebelum memasuki dewan peperiksaan. Program ni dibuat khas untuk pelajar2 1st year amnya dan juga senior2 2nd, 3rd, dan 4th year yang masih tercari-cari panduan belajar yang betul dan efisien.
>> So, datanglah ramai2 ye..

..2 JAM TANPA KENDERAAN...

Assalamualaikum...
Salam Aspirasi 1Malaysia…

>>> Agak lama blog MB dibiarkan sunyi tanpa input terbaru..bukanlah tiada isu yang cuba dikupas atau dikongsi tetapi dek kesuntukan masa yang mencantas setiap idea pemikiran MB yang baru bertunas untuk diterjemahkan..maka MB kalah dengan percaturan dan kesibukan masa, maka terpaksalah membiarkan blog ini sunyi sementara menanti waktu yang sesuai....

>>> Hari ni 20 Oktober 2009, pertama kali dalam sejarah USM..kempen 2 jam tanpa kenderaan dilaksanakan..Kemppen ini dilaksanakan pada pukul 2.30pm-4.30pm. Pada pandangan MB, kempen ini berjaya mendapat sokongan kebanyakan pelajar USM termasuk warga pentadbirnya..Kesan kempen ini dapat dilihat dengan jelas dengan pengurangan jumlah kenderaan bermotor yang memasuki kawasan USM.

>>> Kempen ini tidak lain bertujuan untuk mengurangkan pencemaran karbon monoksida dalam atmosfera BUMI. Mungkin ramai yang mempertikaikan usaha ini, tapi bagi MB, ia merupakan 1 usaha yang murni yang cuba dibawa MPPUSM bagi mengurangkan pencemaran udara dalam kawasan USM dan bertindak sebagai peneraju usaha ini untuk dicontohi masyarakat setempat.

>>> MB yakin, walaupun kempen ini dilaksanakn dalam jangkamasa yang singkat tapi kesannya, ia mampu mengurangkan pemcemaran carbon yang banyak dalam masa sehari. Dan MB amat menyokong usaha TNC HEPP sekiranya beliau membenarkan kempen ini dilaksanakan secara berterusan setiap minggu. Hal ini penting bagi meningkatkan kesedaran warga kampus akan kepentingan alam sekitar terhadap kehidupan sejagat. MB mengucapkan tahniah kepada semua warga USM yang turut menjayakan kempen ini dan menyokong kami.

P/s : Sekalung tahniah atas kejayaan wakil pelajar USM dalam pertandingan rekacipta dan inovasi peringkat dunia, kesinambungan dari kejayaan NRIC 2009 dalam memenangi beberapa anugerah ciptaan terbaik mengalahkan university ternama di persada dunia. USM bangga dengan usaha dan kejayaan kalian.