Sunday, September 6, 2009

52 tahun...1 MALAYSIA..


Assalamualaikum dan salam Aspirasi..

ASPIRASI 1 MALAYSIA…

31 Ogos sudah berlalu…genaplah 52 tahun Malaysia merdeka.. Pelbagai peristiwa ditempuh..pahit, manis, tawar…silih berganti dalam mempertahankan kemerdekaan tanah air agar terus berkekalan.. Namun begitu, sejauh mana permata kebebasan ini dapat dipertahankan?

>> Seringkali MB berfikir..dapatkah MB nikmati nikmat kebebasan ini lagi pada hari2 yang mendatang.. Apa yang akan berlaku pada MB, kawan2 MB, sanak saudara MB sekiranya tiba2 Malaysia dilanda badai… Badai alam bisa kutempuh tapi badai persengketaan, bagaimana harus kutempuh..kawan lawan seolah-olah menjadi satu..kuasa menjadi rebutan..semua ingin mendominasi takhta hingga rakyat sengsara..

>> Perang psikologi usah dibicara..kekeliruan makin bertambah..jika dulunya hanya secalit luka tapi kini kian bernanah menjadi wabak..virus ideology yang pelbagai fahaman semakin ligat bermutasi tanpa menunggu sinaran ‘infra-red’.. Masing2 rakus mempermainkan fakta sehingga kebenaran tenggelam disebalik bicara pembohongan.. Siapa yang harus dipersalahkan??

>> MB mendokong Aspirasi 1 Malaysia..bkn fahaman politik yg MB pertahankan tetapi konsep penerimaan yang MB sokong… MB mengimpikan masyarakat Malaysia yang boleh menerima dan memahami sesama bangsa…Melayu memahami budaya dan keunikan Cina dan India tanpa prejudis akan ketaatsetiaan mereka terhadap Sultan dan Negara, Cina dan India memahami budaya dan keunikan Melayu tanpa rasa tidak puashati terhadap kuasa Sultan dan keistimewaan Orang Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu.. Ya, memang kami mempunyai hak dan keistimewaan tapi hak dan keistimewaan kaum2 lain juga turut dipelihara dalam perlembagaan... Kami tidak memonopoli hak kaum lain. Setiap kaum mempunyai hak masing yang termaktub dalam perlembagaan..Apa salahnya kita menghormati hak masing2..terimalah masing2 seadanya…Hormatilah perlembagaan kita..Buangkan segala perasaan benci dalam hati..Janganlah kita menjadi boneka permainan politik yang hanya berani menyalakan api perpecahan tetapi tidak berdaya memadamkannya denga air kedamaian..

Jom renung2kannya…

1 MALAYSIA 1 IMPIAN BERSAMA…