Pengajaran peristiwa Hijrah
1. Hijrah memberi pengajaran dari aspek sosial atau pergaulan hidup di mana hubungan antara penduduk Madinah ketika mana hijrahnya nabi bersama muhajirin semakin rapat antara mereka terutama sesama Islam dengan usaha di dalam mempersaudarakan mereka dan juga termeterainya piagam Madinah. Tiada lagi permusuhan yang teruk disebabkan bangsa dan keturunan disamping hubungan baik antara muslimin dan bukan Islam juga berjalan baik. Ini sebagai satu praktikaliti kepada kita umat Islam sebagai kesatuan ummah, untuk berhadapan dengan musuh baik secara zahir dan tidak zahir.
2. Hijrah menyemarakkan lagi suasana ukhuwah di samping mengukuhkan struktur Ekonomi atau hubungan manusia secara material. Ianya berkembang baik dengan menyingkirkan amalan riba, korupsi dan amalan yang menindas serta kepentingan diri sendiri setelah wujudnya sistem ekonomi Islam yang menjamin kestabilan dan keadilan. Dengan ini dari aspek sejarah, Islam telah memuliakan penduduk Madinah yang dianggap lemah dan miskin oleh penduduk Mekah sebelum ini kerana kebanyakan mereka hanya mengharap kepada hasil pertanian sahaja.
3. Hijrah memberi pengajaran dalam merubah sosio budaya umat Islam. Ini dapat dilihat melalui muamalah dikalangan orang-orang ansar dan muhajirin. Perubahan daripada satu keadaan jahiliah kepada hidayah yang terang menerangi iman mereka sehingga menjadikan mereka ummah yang terbilang dan gemilang di mata masyarakat masa itu. Seterusnya membuktikan kemampuan umat Islam pada masa itu berjaya membina empayar pertama di bumi Madinah.
Sunday, December 28, 2008
Sejenak Renungan Bersama...
Bicara Cik Fadz at 12/28/2008 06:26:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Salam Maal Hijrah 1430..
Post a Comment