Apakah penyakit chikungunya??
Ia adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh alpha virus. Virus ini disebarkan melalui nyamuk Aedes ( aegypti & albopictus) .
Virus ini berkembang biak dalam tubuh manusia dan menyerang semua peringkat umur baik kanak-kanak mahupun dewasa. Penyakit ini tidak menyebabkan kematian.
Walaubagaimanapun sehingga sekarang,belum ada lagi ubat khusus untuk merawatnya.
Oleh itu, cara berkesan sekali untuk mengelakkannya adalah dengan mengawal pembiakan nyamuk Aedes yang menjadi pembawa penyakit ini.
Tanda-tanda penyakit chikungunya….
1) Pesakit akan mengalami demam denggi selama 5 hari. Pada kanak-kanak dimulai dengan demam mendadak diikuti dengan kulit kemerah-merahan ( ruam merah ) selama 3 hingga 5 hari. Mata biasanya menjadi merah diikuti tanda-tanda seperti selsema.
2) Pada kanak-kanak yang lebih besar, demam akan diikuti dengan rasa sakit pada otot dan sendi serta terjadi pembesaran kalenjar.
3) Pada orang dewasa, gejala sengal sendi dan otot sangat ketara hingga menimbulkan kelumpuhan sementara kerana rasa sakit ketika berjalan. Kadang-kala timbul rasa mual sehingga muntah.
4) Pada umumnya, demam pada kanak-kanak banyak berlaku selama 3 hari tanpa pendarahan.
Perbezaan antara Demam Denggi dan penyakit Chikungunya
Chikungunya tidak mempunyai pendarahan hebat, renjatan mahupun kematian.
Dengan rehat yang secukupnya serta rawatan asimptomatik, penyakit ini akan sembuh sendiri dalam masa 7 hari.
Cara pencegahan Chikungunya
1) Satu-satunya cara menghindari penyakit ini adalah membasmi nyamuk pembawa iaitu nyamuk Aedes. Nyamuk ini membiak di dalam rumah dan di sekeliling luar rumah.
2) Pastikan kawasan dalam rumah dan sekeliling rumah bebas dari takungan-takungan air jernih yang boleh membiak Aedes.
3) Pastikan anda, melindungi diri daripada gigitan nyamuk aedes dengan :
i. Memakai baju berlengan panjang dan berseluar panjang
ii. Menggunakan ubat “mosquito repellant” ( jenis krim atau pelekat )
iii. Menyembur aerosol dan memasang kelambu sebelum tidur
Cara-cara kawalan di dalam rumah
1) Basuh tempayan dengan memberus sehingga bersih tiap-tiap minggu sebelum mengisi air yang baru.
2) Buang air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok sampai bersih.
3) Tutup semua bekas simpanan air dengan rapat.
4) Masuk garam sebanyak 2 sudu the ke dalam perangkap semut.
5) Masukkan ubat Abate, pembunuh jentik-jentik ke dalam kolah air 3 bulan sekali mengikut sukatan yang betul.
Cara-cara kawalan di luar rumah
1) Tanam semua benda buruk atau bekas yang boleh menakung air hujan seperti botol, tin kosong, plastik-plastik, tayar buruk dan sebaliknya.
2) Bersihkan saluran hujan pada bumbumg rumah seminggu sekali.
3) Tutup lubang saluran udara ( air vent ) di tangki najis dengan jarring untuk mencegah nyamuk masuk.
p/s : Jika anda atau sesiapa dalam keluarga anda menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti demam, pergilah dengan segera ke Klinik Kesihatan atau Hospital yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan.
Monday, December 29, 2008
Bicara Cik Fadz at 12/29/2008 03:52:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment