Thursday, December 18, 2008

Tulen atau Palsu???

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 90 ubat tradisional penguat tenaga lelaki dan wanita, makanan tambahan dan kosmetik keluaran syarikat di Indonesia dilabelkan kerajaan negara itu tidak selamat.
Antara produk ubat tradisional yang mengandungi bahan kimia berbahaya adalah serbuk Sari Bunga Segar Bugar, kapsul Golden Heral, kapsul Ubat Kuat dan Tahan Lama Ratu Madu Plus.
Antara produk makanan tambahan disenaraikan berbahaya pula kapsul Cobra-X, kapsul Urat Perkasa dan Tripoten.
Turut dilabel sebagai produk berbahaya barangan kosmetik seperti Doctor Kayama Whitening Day Cream, Blossom Day Cream dan kosmetik Ibu Sari Krim Siang.
Antara bahan kimia dilabelkan Kerajaan Indonesia sebagai membahayakan kesihatan pengguna itu ialah Fenilbutason, Paracetamol, Sildenafil Sitrat, Teofilin, Tadalafil, Merkuri dan Retinoic Acid…….


Sumber : harian metro, 16 Dec 2008

> Waduh2…kok gitu seh….hurmm…bahaya tul…kalo tak hati-hati mmg naya la badan…papepun, tindakan pembatalan segera bagi menarik produk berkenaan di pasaran sudah pun diambil Kerajaan Indonesia sebagai langkah berjaga-jaga. Maksudnya , barangan tersebut sudah diharamkan pemasarannya dan tak boleh dijual langsung. Tapi,kemungkinan jugak barangan tersebut dah pun menembusi pasaran Malaysia…Ala…biasa r..nak untung punyer pasal..seludup pun seluduplah..bkn kire kalo benda tu bagi kesan buruk kat badan..silap-silap bleh KO free jer….huhuhu…lagipun masyarakat Malaysia ni mmg pantang kalo dengar produk2 dari seberang nih…sume nak try….terutamanya ubat penguat tenaga batin….fuhhh…mmg terhangat di pasaran r….

> Papepun, mawar berduri (MB) tak nak masuk campur r pasal urusan beli-membeli ni…hak msg2 kn…!

> Cuma kat sini MB nak pesan sikit kt pggemar produk2 sebegini…tolong la hati-hati ..jgn pakai tibai jer beli…Antara cara paling mudah nak bezakan produk tulen dan palsu adalah dengan merujuk hologram pada kotak produk tersebut samada sah atau tidak....

Ciri-ciri label hologram yang sah adalah:
• Berbentuk segiempat tepat, saiz 8mm x 16mm
• Permukaan berikut bertulis 'PBKD' dan 'DCA', bergamber bunga raya dan mempunyai nombor serial 10 digit
Nombor serial dapat disahkan/dikenalpasti dengan pemegang pendaftaran produk berkenaan.





>>> Nak info lebih, sila rujuk laman web ni : http://www.knowyourmedicine.gov.my/index.cfm?&menuid=31&parentid=12
So , harap pengguna sekalian berwaspadalah selalu ekk…check dulu sebelum beli….!!

0 comments: