Maklumat yang terdapat pada bekas ubat mengandungi maklumat penting. Label ubat mungkin berbeza namun maklumat yang didapati adalah seperti di bawah:
1.Nama anda
2.Nama dan kekuatan ubat
3.Arahan cara makan ubat seperti:
*kuantiti dan kekerapan ubat yang perlu diambil
*sebelum, selepas atau bersama makanan
*langkah berjaga-jaga seperti jangan ambil bersama alkohol
Secara amnya, ambil ubat selepas makan. Ini adalah untuk membantu supaya anda tidak lupa untuk mengambil ubat dan mengelakkan kesan ubat pada perut.
Sesetengah ubat, contohnya PENICILLIN perlu diambil semasa perut kosong kerana makanan boleh mengganggu penyerapan.
Sila bertanya dengan ahli farmasi sekiranya terdapat sebarang keraguan.
Arahan dilabel ubat perlu dipatuhi dengan teliti. Contohnya adalah seperti berikut:
1. AMBIL SEBELUM MAKAN
Ambil ubat satu jam sebelum makan dan TIDAK dua minit sebelum makan, atau dua jam selepas makan. Sesetengah ubat perlu diserap dengan cepat supaya dapat bertindak dengan lebih berkesan. Sekiranya terdapat makanan di dalam perut, maka kesan penyerapan ubat akan berkurangan atau hilang. Namun jika anda terlupa mengambil ubat sebelum makan anda perlu ambil dua jam selepas makan ketika perut kosong.
2.AMBIL SELEPAS MAKAN
Ambil ubat lima hingga sepuluh minit selepas makan untuk mengelakkan kesan gastrik.
3.AMBIL BERSAMA AIR
Ambil ubat bersama segelas air kosong supaya memudahkan ubat sampai ke perut. Jangan mengambil bersama air manis seperti kopi, teh, dan lain-lain minuman kecuali dengan arahan doktor/ ahli farmasi.
4.JANGAN KUNYAH, TELAN UBAT SEPENUHNYA
Sesetengah ubat makan terdapat satu lapisan di atasnya, di mana lapisan ini akan hancur dan ubat dapat diserap sebaik sahaja sampai ke perut. Lapisan ini bertindak sebagai pelindung untuk mengelakkan kesan gastrik dan fungsi lain juga sebagai kawalan terhadap kadar serapan ubat di perut. Oleh itu jika dikunyah lapisan ini akan hancur dan penyerapan ubat yang berkesan tidak dapat dicapai.
5.AMBIL SELEPAS ATAU BERSAMA MAKANAN
Sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan gastrik oleh itu ambil selepas atau bersama makanan.
6.AMBIL UBAT PADA MASA DITETAPKAN DAN SAMPAI
Sekiranya anda ambil antibiotik untuk jangkitan, pastikan anda habis makan ubat tersebut walaupun anda sudah berasa sihat. Ini kerana bakteria masih terdapat di tempat jangkitan dan sekiranya ubat gagal dihabiskan, bakteria tidak akan sepenuhnya mati dan jangkitan boleh berulang. Kesan lain sekiranya ubat tidak habis dimakan ialah ia boleh menyebabkan kesan rintangan. Ini bermaksud bakteria tersebut tidak dapat mati dengan antibiotik yang sama menyebakan antibiotik yang lain perlu digunakan.
7.BOLEH MENYEBABKAN MENGANTUK. JIKA ADA KESANNYA, JANGAN MEMANDU KENDERAAN ATAU MENGENDALIKAN MESIN.
Sesetengah ubat boleh menyebabkan mengantuk. Minta nasihat ahli farmasi sekiranya terdapat sebarang keraguan.
8.JANGAN AMBIL UBAT DALAM GELAP WALAUPUN ANDA PASTI DIMANA LETAKNYA.
0 comments:
Post a Comment