Sunday, October 31, 2010

Monolog Trauma Diri

salam..

Hurm..perlukah aku mengeluh untuk berkali-kali pada saat ini?? Saat ini datang lagi..
Aduhhh..saat yang mencipta ketraumaan dalam hidupku.. Hurm..kenapa aku agak benci ble saat ini berulang?? wlpn tahun len2x tp bg ku tetap sma..

Arghh..sangat xsuke.. aku ingin membantu tapi ada getir dihatiku. Bukan sedikit..tp cukup menggusarkan. Yeahh...sepatutnya aku tidak berfikiran begitu tp entahlah..aku tak bisa nyahnya dari kotak ingatan ku. Aku xsanggup menghadapi kepincangan lagi. Jenuh sungguh aku bangkit mencipta kembali diriku..menampal mana yang koyak..menguatkan mana yang rapuh...mencari kekuatan diri untuk bangkit setelah hancur terhenyak bukanlah sesuatu yang mudah.. Aku rela mempertaruhkan nyawa demi peluang yg satu ini..dan menggadaikan peluang yang satu ini adalah diluar kerelaanku..

Tidak memahami??? Usah memahami...kerana hanya aku yang memahami di sini. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Aku dalam kekeliruan lagi. Sungguh aku berasa sangat terganggu, berilah ketenangan kpd ku Ya Rabbi. Kenapa saat ini masih menghantuiku?? apakah aku tidak bisa lepas darinya...

Aku hanya ingin menjadi diriku yang baru... Aku ingin berbakti...tp dgn caraku.. Aku tidak mahu menangguhkan peluang yang sudah kukejari sekian lama.. Kerana peluang itu merupakan titik permulaan baktiku yang lebih besar.. Aku tidak mahu tersasar kali ini..cukuplah sekali.. Dan yang sekali itu sangat memeritkan. Ya..aku benci keperitan itu sama seperti aku membenci diriku yang lalu. Kekhilafan itu mmg memakanku lumat. Ia membuatkan aku dipandang lemah tiada daya. Aku benci eksperesi mereka. Mereka pandang rendah aku..aku sakit dgn perasaan itu. Betul..korang takkan faham. Sebab korang bukan diposisiku. Aku hampir mengecewakan mereka yang ku sayang. Tidak ku sanggup lagi...

Ples..aku ingin memilih kali ini...!! Tolong fahami aku.. Tolong jauhi aku kali ini. Aku ingin berada di dalam duniaku. Merencana detik kewajaran diri..Jangan selubungi aku lagi. Kerana aku sudah trauma dan tiada keyakinan diri... Aku sudah membentuk titik fokus ku..jadi hanya itulah yang akan ku kejari. Tiada lain...ingat itu kamu.

wassalam....

0 comments: