Tuesday, June 22, 2010

Kompetensi Graduan Satu KPI Universiti..

Yup...Universiti cenderung untuk melahirkan graduan yang kompeten dan unggul untuk memenuhi keperluan negara. Namun begitu, sejauh mana graduan kita mampu menjadi kompetitor yang produktif sekiranya teras pendidikan di Malaysia masih berorientasikan peperiksaan dan pointer akademik yang merangkumi kebanyakan peperiksaan teori masih menjadi penentu kejayaan seseorang graduan. Ini memang realiti...untuk melangkah ke alam pekerjaan, kunci utama seseoarang graduan adalah pointer mestilah melepasi hadnya....kalau tak..'just say good bye' dan balik rumah tanamlah pokok anggur banyak2..

Dilema dan keliru...bagi mereka bijak menyeimbangkan kehendak akademik dan kemahiran..ini bukanlah isu yang besar untuk diperbincangkan apatah lagi pabila kursus yang diambil seiring dengan persatuan yang disertai..namun bagaimana pula dengan mereka yang kurang bijak dalam membahagikan masa?? Berada dalam situasi sistem peperiksaan yang memerlukan ingatan dan hafalan yang tinggi terhadap teori yang dipelajari memaksa seorang pelajar kadang-kala berputus-asa untuk menyertai aktiviti berpesatuan secara aktif. Ya..pabila membabitkan kursus2 kritikal...lagilah...ia seperti tidak direstui...

Ya..ia seolah-olah tidak direstui..cth: anda mengambil jurusan perubatan..fokus anda adalah menghafal dan memahami semua nota2 yang diajarkan..dan sekiranya anda bergiat-aktif dan komited dlm politik kampus atau aktiviti berpesatuan, anda seperti mencipta nahas dan bersedialah untuk gagal dalam peperiksaan dan akibat2 yang lain sehingga menyebabkan anda merasakan diri tidak berguna untuk disandarkan harapan atau tanggungjawab...

MB sungguh keliru....kehendak hati untuk aktif berpesatuan kerana MB merasakan MB mempunyai kelebihan di situ tetapi akal rasional menghalang pabila result peperiksaan jatuh merudum sepanjang pembabitan MB dalam aktiviti persatuan disebabkan kesibukan yag terlampau..adilkah ini semua?? Akal logik mengatakan bahawa MB perlukan pembaharuan, kurangkan aktiviti luar dan maksimakan pelajaran teori..tolonglah mantapkan pointer anda demi cita2 dan impian anda...Keaktifan berpesatuan tidak menjamin kejayaan anda...apa yang penting ialah kejar impian dan berbakti kpd masyarakat kelak...Ya..itu realiti.. Namun, sungguh malang pabila langkah mengurangkan penglibatan dalam aktiviti itu menyinggung perasaan rakan2 sepersatuan..Huhh..memang menimblkan rasa serba-salah...

Berapa ramai pelajar2 yang aktif terpaksa extend demi memperbaiki pointer?? walaupun berkualiti tinggi namun masih dipandang rendah dek result akademik yang seadanya. Sungguh tidak adil..kenapa aktiviti luar kuliah tidak turut serta dalam pengiraan pointer akademik?? Jika ia dipraktikkan, nescaya, ramai graduan kompeten dapat dihasilkan oleh universiti malah kualiti graduan juga lebih terjamin dan seimbang. Negara tidak akan menghadapi masalah pekerja yang lesu dan kurang produktif..

Hurm.. well.. realiti2 tetap realiti.. So, kesimpulannya..bersederhanalah dalam keduanya... Utamakan yang perlu diutamakan dan jagalah yang mana penting.. Fikirlah untuk kebaikan diri demi membantu masyarakat di masa depan..


p/s: Pesanan utk diri, xguna aktif kalo xmencapai sasaran...kejarlah impian untuk masyarakat...Itu lebih penting sekarang untuk masa hadapan...

0 comments: