Assalamualaikum...
Petang tadi, setiap Imam Muda diberi tugasan untuk mendekati golongan remaja yang bermasalah seperti Mat Rempit dan mereka yang melakukan kesalahan2 jalan raya dalam satu operasi lalu-lintas yang diadakan oleh polis trafik Malaysia. Di sini, setiap pendekatan yang mereka guna akan dinilai samada sesuai dengan situasi atau tidak. MB amat tertarik pabila mendengar komen setiap juri. Ada antara Imam Muda itu sangat bersungguh memberikan tazkirah tetapi malangnya, beliau terlupa bahawa golongan yang mendengar itu adalah mereka2 yang bermasalah dan memerlukan pendekatan yang lebih santai. Namun begitu, terdapat juga beberapa Imam Muda yang berjaya menawan hati golongan berkenaan dengan mengambil pendekatan yang lebih terbuka tetapi halus..ya, inilah yang sepatutnya yang ada dalam diri seorang Imam Muda dalam dunia sekarang..Ilmu penuh di dada belum menjamin keberkesanan dakwah yang disampaikan tanpa diselitkan dengan penyampaian yang baik lagi halus serta sesuai dengan situasi atau keadaan kelompok manusia yang dituju.
Kekadang kita memandang serong akan mereka yang petah berjenaka tetapi fahamilah, kekadang jenaka mereka turut mengandungi unsur dakwah..kekadang kita memandang serong akan kewujudan seorang penyanyi..namun fahamilah lirik nyanyian yang disampaikan mereka, kekadang lirik itu amat meruntun perasaan tatkala memperlihatkan bait2 memuji kebesaran Yang Esa...Kekadang kita turut tertipu akan penampilan seseorang yang kusut walhal dirinya penuh dengan iltizam untuk mendekati dan menyalurkan dakwah secara halus kepada rakan mereka yang lalai dengan urusan duniawi..
Ya, begitulah seterusnya..kehidupan ini memang selalu begitu...
0 comments:
Post a Comment