Assalamualaikum & Salam Aspirasi..
Monday, October 26, 2009
Pimpin Siswa IS : Merentasi Jurang Perbezaan
>> Petang tadi selamatlah MB sampai ke bilik MB di Saujana setelah 3 hari 2 malam berkampung di Kem Cinta Alam Kelimat sebagai fasilitator untuk program Pimpin Siswa Fasa 2 yang melibatkan International Students a.k.a IS. Fuhh, xsangka tugas sebagai fasilitator ini juga amat memenatkan..nak kata join sume aktiviti dorang..xjugak..just bagi instructions je pun..papepun, MB rasa mgkin penat bercakap dalam BI kot..huhuu.. Almaklumlaa, sepanjang duk kt sana, speaking jer..grammar tu betul ke x..blkg citer..huhuhu…
>> Tidak dinafikan, sebelum bersemuka dengan mereka..MB agak cuak sebenarnya..Yelah, xpenah2 selama ni MB ‘dare to communicate with the foreign students directly for a long period’. Kalo setakat terserempak dgn dorg kat tepi jalan dan dorg tnya pasal ‘direction’ nak gi satu satu tempat tu slalu gak ler..tp yg ni..huhuhu..3 hari beb. Mesti banyak masalah akan timbul nanti..masalah komunikasi, culture and habits, pakaian..dan macam2lah...
>> Papepun, setelah 3 hari di sana, MB dapt rasakan bahawa telaah MB agak silap sebenarnya.
Yup, pada awalnya memang kami menghadapi masalah2 seperti di atas tetapi masuk hari ke-2, masing2 sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan termasuklah para peserta..jenuh gak la nak ‘explain’ kat dorang pasal ‘rules and instructions’ pada mulanya.. Yelah, even kami sume cakap BI tetapi dorg bukan sumenya paham BI ‘and able to speak in English fluently’. Nasib bek ada Wong, Kanneth, Abg Che Mat and Puteri Elfa, dapat gak la dorg ‘translate’ ke dalam bahasa Mandarin.. Lupe lak nak gitau, kebanyakan peserta yang join program ni adalah dari China..hanya 2 org je dari US dan sorang dari Zambia.. so, bahasa Mandarin pun agak penting gak la kat sini..huhuhu..
>> Walaupun menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran..tetapi kami sume berjaya gak menghabiskan sume aktiviti yang terdapat dalam modul seperti yang dirancangkan..Alhamdulillah, xder la masalah besar yang berlaku ‘except’ para peserta kena gigit pacat dan serangga2 kecil hutan yang tak merbahaya.. Kadang2 kelakar ada, kesian pun ada..yelah, mana la pernah dorang tengok pacat secara ‘live’..Bile sorang kene, abes kecoh 1 kem..huhuhu.. Tapi MB ‘salute’ dorang, dorang sangat ‘energetic’ dan saling bekerjasama sesama dorang..xpayah diajar pun sume tu..dorang secara sukarela akan bantu kengkawan dorang yang dalam kesusahan… Tercapai gak la objektif kami untuk dorang..
>> MB paling kesian tgk dorang tme survival cooking…berpeluh2…muka masing2 kemerah2merahan..terkial2 nak potong ayam..ada yang xpenah pegang ayam pun..nak pasang api lagi la…abes sume daun dorg kutip..adoii… mane la api tu nak idup..huhuhu.. Pada awalnya, suasana agak tegang r, yelah masing2 penat dan nak mengamuk jer..risau gak MB tgk dorang tapi2 lama2 dorang dah pandai control emosi dorang..masing2 bagi sepenuh komitmen dorg.. wlpn cara masak dorang lain tapi agak sedap gak sebenarnya..huhuhu…Paling best, Group yang MB pantau tu menang game ni..huhuhu.. Cayalah…
>> 1 jer MB heran..dorang ni xreti penat ker..yelah, sempat lagi lawan bola dengan fesi sebelum tido… huhu…
>>Papepun, MB amat gembira coz dapat gak join pimpin siswa ni.. sebelum ni, asyik cancel jer…huhu.. Walaupun, kena handle IS, tapi banyak values yang MB dapat sepanjang kem ni.. Sekarang MB lebih ‘confident’ nak ‘speaking English’ kat depan sume orang dan lebih faham akan sejarah, budaya dan perangai ( habits ) ‘students’ dari negara2 len… ‘I’m glad to have dis experiences’..
‘Thanx a lot’ kepada Abg Jaya coz pilih MB untuk jadi salah sorang fesi untuk C.A.K....hehehee
Bicara Cik Fadz at 10/26/2009 02:53:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment