Wednesday, October 21, 2009

..2 JAM TANPA KENDERAAN...

Assalamualaikum...
Salam Aspirasi 1Malaysia…

>>> Agak lama blog MB dibiarkan sunyi tanpa input terbaru..bukanlah tiada isu yang cuba dikupas atau dikongsi tetapi dek kesuntukan masa yang mencantas setiap idea pemikiran MB yang baru bertunas untuk diterjemahkan..maka MB kalah dengan percaturan dan kesibukan masa, maka terpaksalah membiarkan blog ini sunyi sementara menanti waktu yang sesuai....

>>> Hari ni 20 Oktober 2009, pertama kali dalam sejarah USM..kempen 2 jam tanpa kenderaan dilaksanakan..Kemppen ini dilaksanakan pada pukul 2.30pm-4.30pm. Pada pandangan MB, kempen ini berjaya mendapat sokongan kebanyakan pelajar USM termasuk warga pentadbirnya..Kesan kempen ini dapat dilihat dengan jelas dengan pengurangan jumlah kenderaan bermotor yang memasuki kawasan USM.

>>> Kempen ini tidak lain bertujuan untuk mengurangkan pencemaran karbon monoksida dalam atmosfera BUMI. Mungkin ramai yang mempertikaikan usaha ini, tapi bagi MB, ia merupakan 1 usaha yang murni yang cuba dibawa MPPUSM bagi mengurangkan pencemaran udara dalam kawasan USM dan bertindak sebagai peneraju usaha ini untuk dicontohi masyarakat setempat.

>>> MB yakin, walaupun kempen ini dilaksanakn dalam jangkamasa yang singkat tapi kesannya, ia mampu mengurangkan pemcemaran carbon yang banyak dalam masa sehari. Dan MB amat menyokong usaha TNC HEPP sekiranya beliau membenarkan kempen ini dilaksanakan secara berterusan setiap minggu. Hal ini penting bagi meningkatkan kesedaran warga kampus akan kepentingan alam sekitar terhadap kehidupan sejagat. MB mengucapkan tahniah kepada semua warga USM yang turut menjayakan kempen ini dan menyokong kami.

P/s : Sekalung tahniah atas kejayaan wakil pelajar USM dalam pertandingan rekacipta dan inovasi peringkat dunia, kesinambungan dari kejayaan NRIC 2009 dalam memenangi beberapa anugerah ciptaan terbaik mengalahkan university ternama di persada dunia. USM bangga dengan usaha dan kejayaan kalian.

0 comments: