Saturday, June 6, 2009

...USM dihatiku...



Assalamualaikum dan salam Aspirasi.........


Aspirasi Universiti...USM dihatiku...

>> Kecoh..memang kecoh 2-3 hari ni pabila USM secara tidak sengaja telah melakukan kesilapan kecil berhubung kemasukan pelajar sidang 2009-2010..isunya timbul pabila USM tersilap paparkan senarai nama pelajar yang betul2 berjaya memasuki USM sidang hadapan. Sebanyak 22,000 telah mengemukakan permohonan kemasukan dan daripada jumlah itu, seramai 8,173 telah disenarai pendek dan hanya 3,599 adalah layak dan ditawarkan tempat mengikut merit yang dilaksanakan oleh USM. Ini bermakna hanya 3,599 pelajar yang sepatutnya menerima tawaran tersebut tetapi disebabkan oleh apa yang berlaku, mereka yang layak secara pra-jaya telahpun juga ditawarkan dalam sistem web USM. Walaubagaimanapun, kesilapan teknikal tersebut kini telah dibetulkan oleh pengurusan USM. MB sebenarnya bersimpati dengan pihak pengurusan universiti dan berharap agar mereka tabah menghadapi dugaan ni..

>> Pada MB, isu ni bukanlah 1 isu yang besar pun berbanding isu2 yang dihadapi universiti lain tapi disebabkan status Apex yang dimiliki, menyebabkan isu kecil sebesar zarah pun dilihat seperti sebesar gajah. Secara jujurnya, MB sangat terkilan dengan semua pihak yang mengecam USM.. seolah2 mereka menghukum kami tanpa menghiraukan penjelasan yang diberi.. 1 je persoalan MB, mereka ni marah disebabkan kesilapan teknikal yang dibuat USM secara tak sengaja ataupun marah dan masih tidak berpuashati terhadap pemberian APEX terhadap USM?? MB masih ingat lagi semasa mula2 USM dapat status Apex..macam2 tohmahan dan rase tidak puas hati disuarakan oleh kebanyakan pihak..ramai yang mempertikaikan kredibiliti kami dan memandang sinis keupayaan kami, so pabila kesilapan kecil berlaku, lantas kami dipersalahkan 100%.

>> Papepun, MB respek pihak pengurusan universiti pabila mereka secara terbuka memohon maaf kepada pihak2 yang terlibat terutama keluarga pelajar yang terlibat..bagi MB, jarang sekali kita melihat organisasi yang sanggup memohon maaf dan mengakui kesilapan mereka terhadap masyarakat umum. Kepada TNC Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, Prof Ahmad Shukri Mustapa Kamal, MB mendoakan agar prof tabah menghadapi dugaan ini..kami, barisan mppUSM sentiasa berdiri dibelakang anda untuk menyokong anda..abaikan semua tohmahan dan desakan yang menggesa perletakan jawatan Prof. Kami tetap menyokong Prof dan pihak Universiti sepenuhnya...

>> Kepada pihak yang terbabit, usahlah memperbesarkan isu ni lagi..MB percaya masalah ni dapat diselesaikan oleh USM secepat mungkin tanpa melibatkan pihak luar.. Kami hormati pandangan anda tapi jangan cuba mengambil kesempatan dengan mencampuri urusan kami..kami tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran orang lain jadi MB harap anda juga tolong jangan melebihi batasan yang ada..hormati privasi kami...

>> MB faham kekecewaan yang dihadapi oleh baki 4574 pelajar yang nama mereka tersenarai pada awalnya..MB harap kalian tabah dan menganggap ini merupakan salah 1 ujian Allah..mungkin rezeki kalian di tempat lain..lagipun, nama kalian tetap akan dipertimbangkan semula ke dalam sistem UPU untuk diproses kemasukannya ke 19 IPTA lain. so, jangan la kecewa sangat..xsemestinya xdapat masuk USM, impian untuk bergelar mahasiswa akan terus terkubur jua..anda masih berpeluang la..

Wassalam...

p/s : semakin tinggi status kita di mata masyarakat, semakin besar dan berat tanggungjawab yang harus dipikul.......

2 comments:

ShafiqAziz said...

salam
bagus artikel ni.
teruskan perjuangan!

MB said...

Trimas2..!!