Malam kian lewat..malam ni tampak tenang...1 hari dah berlalu...Alhamdulillah..diri MB masih sihat dalam meneruskan kehidupan ini walaupun sengal2 di badan masih terasa tapi ok r...
>>Pagi tadi, MB bersama wakil2 persatuan/kelab yang terdapat di USM ni dijemput untuk menghadiri 1 sesi dialog bersama Timbalan Menteri KPT, Dato' Saifuddin Abdullah...Sebenarnya, ini kali ke-2 MB bersua muka dengan beliau..Mula2 dulu masa MB menghadiri konvensyen MPP peringkat kebangsaan di UTHM, Johor..
>>Majlis ni tampak ringkas dan sempoi bagi MB..'Well', YB Dato' memang begitu orangnya...sempoi tapi berkaliber..MB respek YB Dato'..Bagi MB, beliau merupakan pemimpin yang berprinsip dan sangat menghormati suara2 mahasiswa..Bukan selalu kita melihat ciri2 sedemikian dalam kelompok pemimpin kita baik dalam / luar Universiti..MB bersetuju dengan pandangan YB Dato' pabila beliau menyuarakan pandangan beliau berhubung isu2 berkaitan mahasiswa..beliau brpendapat bahawa suara dan pandangan Mahasiswa tidak wajar disekat kerana kadang2, pemikiran golongan muda ini amat membantu dalam menguruskan pentadbiran baik di dalam atau di luar Universiti.. dan MB amat bersetuju dengan YB Dato' pabila beliau menganggap Mahasiswa sebagai rakan kepimpinan dalam KPT. Tetiba je rasa sangat bangga pabila martabat mahasiswa dianggap sedemikian rupa oleh TM KPT..ini dikira 1 bonus oleh kami dalam melaksanakan tanggungjawab kami sebagai pemimpin pelajar...
>> Sebaik sahaja sesi dialog dimulakan, 1 demi 1 persoalan diutarakan kepada beliau oleh wakil pelajar.. MB xmaulah mengupas balik isu2 yang cuba dibangkitkan kerana bagi MB, itu merupakan hak mahasiswa untuk mereka suarakan pandangan dan persoalan mereka...
Cuma 1 je persoalan MB, mampukah mahasiswa menggunakan kebebasan suara yang diberikan oleh TM KPT sepenuhnya?? Maksud MB kat sini, ye r..TM KPT dah bagi 'greenlight' untuk mahasiswa bersuara dan menyatakan pandangan atau cadangan 'direct' kepada beliau, jadi dah bersedia ke mahasiswa ke arah tu??
>>Mungkin ramai yang akan kata, "Alah..just bg pandangan/ pendapat..kacang je tuh..mesti senang urusan ak satg, senang nak minta tu dan ini.." huhuhu..Papepun, pada pandangan MB, kita selalu bercakap tentang kebebasan bersuara bagi mahasiswa tapi adakah mahasiswa kini benar2 mengerti akan kebebasan/ hak bersuara yang mereka perjuangkan itu?? Dan kebebasan/ hak bersuara yang bagaimana yang dimaksudkan/ sesuai dengan mahasiswa??
>> Hurm..ntah mengapa MB dapat rasakan yang sebilangan besar mahasiswa kini masih lagi belum memahami erti kebebasan bersuara yang dimaksudkan...dan bagi mereka yang memahami pula, mereka belum benar2 mampu melontarkan idea2 mereka secara bernas dan kritis.. kebanyakan mahasiswa yang lantang bersuara kini pada hemat MB hanya pandai berkata-kata berdasarkan ideologi pemimpin atau tokoh2 idola mereka dan hanya sebilangan kecil sahaja yang mampu berfikir dan berkata-kata berdasarkan ideologi dan pegangan mereka sendiri.. Kesannya, mereka sering dipergunakan dalam agenda politik luar tanpa mereka sedari..huhuhu..
>>Well, tu hanya pandangan MB je..even MB pun 'failed' dalam 'critical thinking' nih...cuma apa yang penting bagi MB, cukuplah kalau kita dapat berfikir secara logik dan rasional dalam perbuatan kita.
>> Kebebasan hak bersuara yang dipertikaikan dalam AuKU pada hemat MB tidak pernah mematikan suara2/ cadangan mahasiswa USM dalam memperjuangkan kebajikan pelajar kampus..TNC HEPP dan VC sendiri amat terbuka dalam isu berhubung hal-ehwal dan kebajikan pelajar malah mereka sentiasa berkongsi pendapat dan turun padang dalam menyelami minda muda..mungkin kadang-kala berlaku sedikit 'overlapping' tapi 'at least', suara2 pelajar masih didengari dan diambil berat..malah pada MB, AUKU xpernah membebankan mahasiswa USM..
>> Papepun, tu hanya pandangan MB..lain orang lain pandangan..mungkin MB ini tidak selantang mereka dalam menyuarakan pendapat atau xseaktif mereka dalam 'student movement' di luar kampus..so, MB xterasa sangat kesannya..huhuhu..papepun, 'depend' r kan?? betul x??
Wassalam...
p/s : Kita bebas, terbang laksana burung..terikat hanya di tali cinta... ( cam kenal je rangkap lagu ni..huhuhu..)
0 comments:
Post a Comment