Salam…
>> Kecoh satu Malaysia apabila BN kalah dalam pilihanraya kecil di Kuala Terengganu , 17 haribulan aritu…Ramai yang tak puas hati dan mulalah bedah siasat dijalankan bagi mengkaji atau mencari punca kekalahan tu…Papepun, MB menulis ni bukanlah nak kupas balik apa yang berlaku kat Kuala Terengganu tu..MB xberminat pun coz tu hal politik luar, so biarlah orang luar yang settlekan…sekarang ni MB dalam Kampus, so baik MB focus pada isu kampus dan study..lagi berbaloi…Cuma tadi semasa membaca berita utusan online, MB tertarik dengan 1 artikel yang mengupas kandungan sebuah buku yang dihasilkan oleh Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Buku tu berjudul ‘Politik Baru - Mematangkan Demokrasi Malaysia’.
>> Kat sini MB tertarik dengan term ‘politik baru’…apa tu politik baru dan apa kepentingannya….?? Adakah politik sekarang dah xrelevan?? Tu lah antara persoalan2 yang timbul kat kepala MB tadi….Ntah la…MB pun bukan reti sangat bab2 politik nih…tapi, menurut Datuk Saifuddin Abdullah, politik baru adalah satu pemikiran tentang amalan politik yang merangkumi dua komponen utama. Pertama, integriti politik dan kedua, governans baru.
Politik secara ideal membahagiakan semua orang, atau sekurang-kurangnya tidak melaga-lagakan sesiapa. Ia menjanjikan sebuah negara ibarat sebuah taman yang nyaman. Akan tetapi oleh sebab politik juga melibatkan kelicikan dan muslihat, maka ia tidak semestinya menghasilkan taman yang nyaman itu. Justeru terdapat keperluan yang mendesak untuk mengadakan pemikiran semula tentang amalan politik.
>> Satu pendekatan kritikal untuk menggerakkan politik baru itu adalah dengan menghayati konsep integriti politik.Dalam konteks amalan politik baru, integriti politik bermakna politik perjuangan. Sebagai perjuangan ia perlu mempunyai rukun tertentu. Pada Datuk Saifuddin, terdapat tiga rukun politik perjuangan - idealisme, aktivisme dan intelektualisme.Dari sudut kepimpinan pula, integriti politik bermakna pemimpin memerlukan tiga ciri kepimpinan iaitu berwawasan, menguasai apa-apa yang dilakukannya dan mampu membina jaringan kerjasama.
>> Komponen kedua dalam politik baru iaitu governans baru merujuk kerangka pengurusan negara yang lebih segar daripada apa yang ada sekarang. Pengurusan negara sekarang terlalu berorientasikan kerajaan/politik sedangkan dengan perubahan masa, satu kerangka baru diperlukan. Dalam kerangka baru yang digelar governans baru ini ketiga-tiga sektor pembangunan negara iaitu kerajaan/politik, perniagaan dan masyrakat sivil terlibat secara interface sebagai rakan pembangunan dalam kedudukan yang saksama.
>> Politik baru adalah landasan untuk memikir, merancang dan merangka dasar dan program pembangunan negara yang lebih berorientasikan rakyat. Rakyat memerlukan ruang dan peluang untuk menyuarakan rungutan, pandangan dan gagasan mereka tentang kehidupan dan masa depan mereka, Politik baru menjanjikan perubahan ini.
>> MB rase barisan MPPUSM yang baru untuk sidang ni boleh la jadikan buku ni sebagai rujukan untuk mantapkan lagi peranan dan kepimpinan mereka..yang baik kita ambil yang xsesuai kita abaikan..jangan sampai taksub sudah…
Wassalam…
Monday, January 19, 2009
Politik Baru..??
Bicara Cik Fadz at 1/19/2009 06:14:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
politik baru ni pun menuntut MPPUSM supaya bergerak dalam satu ruang politik yang matang.. mungkin ada benar nya juga kalau firaun hdp dalam dunia hari ini.. dia tetap akan mempertahankan bahawa dirinya hebat kerana berjaya membina piramid tanpa menggunakan teknologi.. tapi kita terlepas 1 perkara bahawa ia terbukti dan diakui kerana piramid adalah salah satu keajaiban dunia.. gunakan keintelektualan mahasiswa apex dalam memacu gerakan mahasiswa yang selari dengan aspirasi universiti dan aspirasi kerajaan.. bina identiti tersendiri tanpa tidak mengabaikan apa yang telah orang lain lakukan sebelum kita.. setiap dari yang terdahulu masih perlu sebagai rujukan buat kita menilai langkah yang akan kita atur..
apa yg aku merepek? sesungguhnya aku x leh tdo !!!!! argh ~
hurm...MB setuju dgn sdr.ariff....kita bkn manusia yg perfect..oleh itu, kita harus belajar n terus belajar..generasi baru wajar meneruskan kegemilangan pemimpin terdahulu dgn cara baru n pendekatan baru..pglaman mereka yg lama wajar dijadikan sbg panduan agar tidak tersilap lgkah...insyaallah..
Post a Comment