Assalamualaikum dan salam Aspirasi…
>> Esok, Barack Hussein Obama akan mengangkat sumpah sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke-44. Tarikh 20 Januari 2009 itu akan menyaksikan seorang lelaki berdarah campuran Kenya-AS menjadi keturunan kulit hitam pertama menduduki White House. Moto Yes We Can yang dilaungkan oleh kem Obama sepanjang kempen untuk menumbangkan calon Republikan, mengandungi janji positif untuk membawa perubahan kepada AS. Perubahan yang macam mane, haa..inilah yang kita xtahu sekarang nih.. Yang pasti, perubahan tu bukanlah just melibatkan polisi dalaman malah turut mencakupi dasar luar AS merangkumi dasar ketenteraan, ekonomi san sosial.
>> Esok juga merupakan hari ke-25 operasi ketenteraan rejim Zionis Israel di Genting Gaza. Pengeboman berterusan dengan penggunaan segala macam senjata pemusnah termasuk bom berangkai dan senjata kimia fosforus itu sehingga kini meragut nyawa lebih 1,200 penduduk Palestin. Dan sehingga kini juga, Obama masih bersikap membisu. Alasannya, beliau tidak mahu membayangi Bush dalam isu tersebut.
>> "Hanya ada seorang Presiden AS pada satu-satu masa" ialah ungkapan ulangan oleh Obama untuk menggambarkan beliau seorang yang tidak suka campur tangan dalam urusan pentadbiran Bush. Katanya, beliau hanya akan bertindak selepas sah menjadi Presiden AS.
Bagaimanapun, xsemua pihak menerima bulat-bulat kenyataan itu. Ramai gak yang pandang sinis, ye r..Amerika –Israel tu dah lame ada hubungan istimewa.. Sebagai sekutu kuat rejim Yahudi itu, ramai yang skeptikal Obama mampu mempengaruhi Kongres untuk "bertindak" ke atas Israel walaupun selepas tarikh keramat 20 Januari ini. Namun, apa sahaja percaturan yang bakal dilaksanakannya, cabaran besar menanti di depan Obama.
>> Hakikat itu diakui oleh Profesor Madya Dr. Rashila Ramli dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Katanya, cabaran besar daripada segi ekonomi dan ketenteraan menanti Obama sebaik sahaja beliau mengambil alih tugas pentadbiran daripada Bush. Menurutnya lagi, bagi menangani isu-isu dalaman dan luaran, Obama memerlukan pendekatan berbeza dan lebih bercorak membina dan memulihkan. Itu adalah pendekatan terbaik untuk dilakukan oleh Obama bagi memulihkan imej AS. Beliau menambah, adalah menjadi satu kemenangan besar kepada Obama secara individu sekiranya beliau mampu memujuk rejim Israel itu untuk mengadakan gencatan senjata dan seterusnya rundingan damai dengan Palestin.
>> Papepun, sama seperti apa yang dikatakan oleh Presiden Venezuela, Hugo Chavez dan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, jangan terlalu menaruh harapan tinggi pada Obama. Kedua-dua pemimpin yang lantang bersuara menentang dasar luar AS, terutamanya apa yang dilaksanakan sewaktu pentabdiran Bush itu menegaskan, semua pihak perlu rasional dan jangan terlalu mengharap keajaiban yang boleh diberikan oleh Obama. Isu Asia Barat dengan kekalutan di Gaza merupakan ujian pertama untuk melihat bagaimana Obama menangani dasar luar negara kuasa besar itu sebagai presiden.
>> Namun seperti yang diuar-uarkan sebelum ini, "jangan terlalu mengharapkan keajaiban Obama". Apa yang penting, semua umat Islam haruslah terus berdoa agar keamanan dapat juga bertapak di bumi Palestin.
Wassalam…
Monday, January 19, 2009
Jangan terlalu mengharapkan keajaiban OBAMA...
Bicara Cik Fadz at 1/19/2009 06:33:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
cik MB.. doa saja tidak mencukupi dalam memelihara kesejahteraan bumi Palestin.. Hari ni pun kita masih mengharapkan Tesco sebagai sumber utama perolehan barang-barang keperluan.. MC D sebagai makanan segera dan Colgate sebagai pencuci gigi.. Selagi kuasa eko masih disalurkan kepada Israel selagi itu la Islam ditindas.. Pak-pak Arab pun ddk tgk je pun.. PBB pun duk desak aje.. yang best smer nak tnggu Obama.. Sedangkan Israel dengan gah meneruskan agenda dan strategi perang.. Yang paling seronok mahasiswa Malaysia hari ini melihat Obama simbol kepada perubahan dunia.. x ke pelik dunia skg nih?? hari ni mkn sosej tesco ea? huhuhu
waduhh2..terkena gak tu... well, MB akui..bkn sume brg israel kita bleh boikot sekaligus. Dis becoz ada certain brg dah jadi keperluan dlm idup kita tp kita msh bleh berusaha mengurangknnya...scr slow2...and dlm mase yg sama,mncari alternatif lain yang bkn produk israel..tp realitinya, brapa kerat je brg keluaran/produk yg bkn dr israel..klo btul2 mau jayakan boikot tu 100%, MB cdgkn tutup je sume kedai2 yg related dgn israel n amerika..br pngguna lg b'smgt nk boikot...tp MB tau, usul ni agk mustahil, so, kita boikotlah ap yg mampu...yg pnting usaha dan doa....sbg mahasiswa, kmi xmampu nk g berperang kt sane.. tp insyaallah, klo bljr bersungguh2, kmi mampu merebut dan menguasai kembali ekonomi dunia di mase hadapan...israel tu bijak, jd kita lawan la cara intelektual gak..br mcm buku dgn ruas..
*aduhh..cm merepek cket...
kadang-kadang memboikot bukan kaedah yang terbaik.. bape lama pun kita nak boikot.. sok lusa mkn jgk mcd.. g jgk tesco kan.. perkaraa utama memperkasakan ilmu utk menjadi kuasa besar dalam eko, sosio dan pol..
tatau ye ke tak statement.. kwn yg bg.. dia kata nabi x penah menyuruh kita boikot kalau kita dalam tertekan.. sebaliknya berusaha mendahului musuh..
kesatuan dan kesepaduan semua umt islam terutama dlm kampus yg memainkan peranan ke arah tu.. tp ada sesetengah mempolitikkan daya usaha yg d buat.. ada ke psl jum bil yg dtg kat msjd ms demo palestin pn d pertikai.. kan x senonoh mahasiswa usm ni.. kata memperjuangkan islam.. usaha murni pn leh d politikkan..
ape laie YB MB.. bile laie mahasiswa apex nak mencapai 3rd world mentaliti.. YB MB kan MPP APEX U !!!
kerja kerja kerja !!! hehehe
hurm..well..adatlah tu..manusia xpnh puas ati antara 1 sama lain..sntiasa mncari kesilapan org len utk kepentingan diri sndri...mahasiswa pn xlekang dr politik..mmg idup kita ni politik...papepn, spt kata Datuk Saifuddin Abdullah dlm 'Buku politik baru',politik ni secara idealnya membahagiakan semua orang dan x melaga-lagakan sesiapa. Ia menjanjikan sebuah negara ibarat sebuah taman yang nyaman. Akan tetapi oleh sebab politik juga melibatkan kelicikan dan muslihat, maka ia tidak semestinya menghasilkan taman yang nyaman itu. Jadi, kt usm pn cmtu gak..kesatuan dan kesepaduan total adalah sukar dicapai sekiranya msg2 m'punyai idealism dan perjuangan yg berbeza..sukar terima kelebihan dan kelemahan sesama sndri dan sntiasa berprasangka...walhal kita sebenarnya berasal dari orang yang sama..well, dat's life...
lg 1, perlu ke kita capai 3rd world mentaliti klo pemimpin 3rd world mntaliti skrg pn buntu psl pnyelesaian isu palestin n israel tu...MB fikir mgkin kita wajar setapak ke 4th atau 5th stage...n sbg mahasiswa apex,transformasi mentaliti mahasiswa usm terhadap kefahaman apex tu lg pnting berbanding world mentaliti...klo kelestarian universiti dihayati, nescaya, mahasiswa apex usm dpt bergerak lebih jauh..mnyelami dasar blue ocean strategy mgkin...
p/s : hurm...ok x ok..
Post a Comment