Tuesday, August 11, 2009

...Hari Ini Untuk Esok...


Assalamualaikum & Salam Aspirasi..

Hidup ini satu persinggahan..

8 Ogos- Portfolio Pembangunan Lestari Convex’09 telah mengadakan satu aktiviti Gotong-Royong lestari ‘Hari Ini Untuk Esok’ di Sekolah Kebangsaan Balik Pulau, Pulau Pinang. Selain aktiviti gotong-royong, kami juga mengadakan aktiviti tanam Pokok-pokok yang ditaja oleh Bahagian Korporat dan Lestari USM dan slot ceramah Kelestarian yang disampaikan oleh Cik Mahfuzah, Pegawai Penyelidik kelestarian BHEPP… Program ini diadakan bagi menerapkan nilai-nilai kelestarian dan juga menanamkan konsep kelestarian kepada para pelajar SK Balik Pulau, Ibubapa serta Guru-guru yang hadir.



Beginilah wajah baru taman herba sekolah setelah dikemaskan kami


Pelajar-pelajar sedang khusyuk mendengar ceramah kelestarian yang disampaikan oleh Kak Mahfuzah



Kebun sayur turut menjadi mangsa gotong-royong..

0 comments: