Salam Aspirasi…
>> Agak lama MB membiarkan blog ini kesunyian tanpa wacana baru…walaupun hati MB meronta-rona mahu menitipkan sesuatu tapi apakan daya, kesuntukan waktu seolah-olah merantai segalanya..
>> Kehidupan MB tatkala ini tersangat lah sibuk sehingga kadang-kala menuntut kesabaran dan semangat yang lebih untuk MB terus bertahan dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang mendatang.
>> Pelbagai tekanan menjengah kehidupan kampus MB..sejak jadi MPPUSM ni, kehidupan kampus MB sebagai seorang pelajar agak kelam-kabut tapi MB xmenyesal pilih jalan ni, mungkin ini suratan takdir MB..konflik demi konflik tercipta, hari demi hari kian rumit..konflik dengan rumet, konflik dengan rakan sekuliah, konflik dengan rakan setugas dan konflik dengan orang sekeliling… mungkin ini hanya perasaan MB sahaja yang mewujudkan konflik di alam maya walhal realitinya bukan demikian…tapi itulah, bila jiwa tertekan maka minda akan bijak mentafsirkan yang bukan-bukan…tatkala MB hampir kalah dengan emosi, syukurlah Allah memberikan bantuan, mengurniakan nikmat yang tak terhingga..satu panggilan dari seorang sahabat lama sudah cukup memulihkan kembali jiwa dan semangat MB..terima kasih sahabat..kau menjernihkan kembali warna keruh yang cuba mencemari semangat dan perjuangan ku… MB harap kita diberi kesempatan waktu untuk berjumpa lagi di masa akan datang…
>> Akhir kata, Selamat Hari Lahir ya Sahabat!!
0 comments:
Post a Comment