Saturday, February 14, 2009

Aduhaiii..Perakk..!!

Assalamualaikum...

Apa la nak jadi dgn negeri Perak sekarang ni ekk???
Huru-hara betul… mula2 dengan isu lompat parti, pastu isu derhaka pada Sultan lak… Ish2..ntah lah..MB xpaham betul dgn fenomena kt negeri Perak skrg nih..

>> Klo sebelum ni kita begitu lantang memperjuangkan keamanan dunia di Bumi Gaza dengan membantah serangan Israel terhadap Palestin sehingga sanggup memboikot barangan keluaran Israel dan Amerika,tapi tengok lah, alih2 negeri dalam Malaysia sendiri yang xaman..so, cmne la suara kita nk didengari pihak antarabangsa kalo keamanan kat Negara sendiri pun xdpt dipertahankan…cmne masyarakat antarabangsa nak hormat kita kalo cmni lagaknye…MB xnak r kupas panjang psl isu politik luar nih..rse nya sume org tau apa yang berlaku kat perak tuh… namun, MB sangat terkilan dengan apa yang berlaku kat sana, xsangka sikap masyarakat kita dah makin teruk..dah xdapat membezakan antara tuan dan lawan..sume pakat duk gile kuasa sampai sanggup derhaka kat sultan sendiri..Ya Allah..ke mana lah menghilangnya sikap rasional dan professional dorang tuh..ini ke sikap pemimpin masyarakat kita hari ni??

>> MB sangat tersentuh apabila membaca statement khas dalam akhbar hari ni yang dikeluarkan oleh baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin berkenaan pergolakan politik di Perak tu.. Ternyata baginda berasa sangat kecewa dengan apa yang berlaku dan MB rase, DYMM Sultan Azlan Shah di Perak lagilah kecewa coz 1st time rakyat sendiri mencabar kewibawaan baginda secara terang-terangan dan kurang ajar..xtaulah kalo mereka tu terlalu taksub dengan kuasa sehingga menjadi jahil tentang undang2 /perlembagaan Negara yang menerangkan tentang peranan institusi beraja kat Malaysia ni …tapi apa yang MB tahu, Sultan Azlan Shah adalah merupakan tokoh ilmuwan yang cemerlang dan mempunyai banyak pengalaman dalam perkhidmatan perundangan dan kehakiman negara, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara.






>> Jadi MB fikir, setiap keputusan yang dibuat baginda mempunyai kerasionalan yang tinggi lebih2 lagi, Sultan Sharafuddin sendiri ada mengakui bahawa kebanyakan tindakan baginda Sultan Perak adalah bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta musyawarah bersama pakar dalam isu yang bersabit. Jadi MB harap, mereka2 yang terlibat dengan isu ni..wat lah pertimbangan yang sewajarnya sebelum ambil tindakan..jangan pula kita mnyesal di kemudian hari..

>> Ingatlah, jangan terikut sangat dengan permainan politik, adalah lebih elok kalo kita duk semeja dan sama2 bincang cmne nak atasi kegawatan ekonomi semasa nih.. Kegawatan ekonomi yang semakin meruncing di peringkat global dan serantau ni menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian..xusahlah kita saling bermusuh dan bertelagah dalam dunia politik nih..x ke mana pn… kalo asyik bertelagah je, sampai bile pun negara kita xkan berkembang maju…. Satgi orang ke bulan 10 kali, kita lak,..duk berebut pandang –memandang bulan dengan si Pungguk…Huhuhu..semoga keamanan di Perak dapat dikembalikan…Amiinn..!!

wassalam...

2 comments:

ariffss ™ said...

MB je la yg jd "MB" di Perak.. hehehe.. Nice layout.. da tere eh.. :)

Anonymous said...

huhuhu..trimas2.sggup jd burung hantu semata-mata tukar layout...huhuhu..papepun, xder r setere guru yg mgajar MB wat blog ni mse mula2 dulu..cma skrg nih xreti psl edit banner..guru mne ek nk dirujuk??