Assalamualaikum…
Agak lama cik fadz xmengupdate laman blog nih..huhuu.. Almaklumla, kadang2 xsempat (badget bx ler sgt..huhu).
Nway, topic kali ni ialah perjalanan cik fadz merentasi Lautan ke Pulau Mahsuri a.k.a Langkawi. Ding dong… Btw, trip ni sgt la ‘survival’ sebab cik fadz xbeli tiket direct dr penang ke Langkawi tp cik fadz ‘main lompat-lompat’ bas. Hahaa..
Perjalanan ke Langkawi bermula seawal 7 pagi : Bukit Gambir – Jeti – Butterworth- Alor Setar (Pekan Rabu) – Kuala Kedah – Langkawi. Cik Fadz ditemani oleh Cik Mas yang xpenah join ekspedisi sebegini so, kesian kat beliau sebab terpaksa menahan kepenatan badan yg teramat. Huhuu.
Sempat lagi bce newspaper smbil tunggu turn nek feri dr Kuala Kedah...
Ekspedisi kami ni mengambil masa lebih kurang 5-6jam. Sampai je kat Jeti LAngkawi, kami menumpang kereta sewa rakan yang lain : Faris, Julia, Qid dan Yana yg kebetulan turut turun ke Langkawi untuk sama-sama memeriahkan majlis kahwin sahabat kami a.k.a teman jogging cik fadz iaitu Wani.
Tapi kami tidak terus ke rumah Wani, sebaliknya kami bersiar-siar dahulu ke beberapa tempat menarik di Langkawi disebabkan kami kesuntukan masa untuk bersiar-siar keesokan harinya. Lokasi yg sempat kami lawati ialah Beras Terbakar dan Cable Car kat Gunung Cincang. Pengalaman menaiki cable car di situ utk pertama kalinya sgt mengujakan kami. Julia walaupun ketakutan kerana gayat sanggup menguatkan semangat demi menjejakkan kaki ke puncak gunung tersebut. Rintangan cuaca seperti hujan dan kabus tidak mematahkan semangat kami untuk terus menunggu dan menunggu peluang menaiki kereta kabel tersebut.
Yeah.tiket 'cabel car' ku..
Malamnya kami ke rumah wani, tu pun siap makan buah langsat lagi..(sesat daa) gara2 xjumpa rumah kwn kami tuh. NAsib baik kami sampai sebelum pengantin lelaki sampai kalo x..segan gak ler.. Majlis akad nikah diadakan dalam kul 9.30pm cmtu. Memang kami teruja habis la..Wani kelihatan sangat cantik dalam busana serba putih. Majlis akad nikah berjalan dengan jayanya dan dengan sekali lafaz dari pengantin lelaki, Wani akhirnya sah bergelar sebagai isteri kepada suaminya, Syahrizat. Wah, sangat romantic kedus-dua mempelai.
Keesokannya, majlis persandingan pula berlangsung. Kami pun turut menyibukkan diri dalam melayan tetamu yang hadir ke majlis itu. Walaupun penat, tetapi kami tetap tersenyum riang. Setelah tetamu pulang, tibalah giliran kami pula untuk bergambar dengan pengantin. Penat woo tunggu turn.
Selepas tu, kami ikut lak pengantin gi amek gambar di tepi pantai. Walaweh, syok abes. Memang cik fadz teruja sesangat. Sampai je kat pantai, kami lak yg excited ambek gambar. Huhuhu..Sori ler Wani eh, kami ni pantang nmpk pantai.Hihihi..
Fewiiitttttttt........
4 Dara pantai..
Badget model la konon..
Malam lak, kami keluar shopping coklat sebagai cenderahati untuk family. Beratus jugak la cik fadz abes gara2 coklat tuh. Well, cik fadz mmg pantang nmpak coklat pown. Huhuhu..Setelah beli minyak gamat, kain pelikat dan batik, kami pun pulang ke kediaman Wani. Kami tidur di sana untuk kali terakhir sebelum bertolak pulang keesokan harinya.
Pada hari Ahad bersamaan 5 Jun, bersiaplah kami untuk pulang ke tempat masing2. Wani dan suaminya telah menghantar kami ke Port Langkawi. Disitulah Cik fadz dan Mas berpisah dengan Qid and Yana kerana kami menuju ke lokasi yang berbeza iaitu; Cik fadz + Mas ke kuala kedah dan mereka ke Kuala Perlis.
Perjalanan pulang kami sangatlah memenatkan gara2 banyak masa diabeskan denga menunggu ketibaan Bas dan Feri. Perjalan pulang kami adalah seperti berikut: Langkawi- Kuala Kedah- Pekan Rabu- Shahab Perdana- Butterworth- Jeti – Bukit Gambir. Walaupun kepenatan, tapi Cik Fadz berasa sangat2 happy dan bersyukur di atas penikahan wani itu.
Terima kasih sesangat kepada wani sekeleuarga kerana melayan kami dengan baiknya. Semoga Allah sentiasa mngurniakan nikmat bahagia kepada kalian sehingga ke akhir hayat. =)
0 comments:
Post a Comment