Assalamualaikum....
Lame sungguh Cik Fadz xmenulis..rasa janggal lak..dh hampir setahun...hurm, cepat betul masa berlalu..rindu pulak...
Nway, utk pengetahuan semua, Cik Fadz sekarang dah keje dah..sebagai Pegawai Farmasi (Pelatih) kat Hospital Tengku Ampuan Afzan...dah dekat setahun gak la...
Pengalaman keje setakat ni best..bertambah la ilmu di dada..
Pabila Cik Fadz bace balik post2 sebelum ni, rasa sebak je dada..Alhamdulillah ya Allah, aku diberi peluang untuk merasai kejayaanku atas nikmat dan ihsanMu...dan sekarang Cik Fadz dah sedar kenapa cik Fadz telah merasai kegagalan dalam beberapa hal sekarang, kerana Cik Fadz xbersyukur bersungguh-sungguh dulu dan kurang ihklas dalam pekerjaan..selalu merungut dan mudah bosan...selalu mengikut nafsu dan hasutan syaitan, sudah semakin menjauhiMU...
Subhanallah..ya Allah..ampunkan kekhilafanku ini...
Ya Allah, bersihkanlah hatiku ini...
Semoga Allah sentiasa memberkati Cik Fadz...Amiiin!
sekian.
Wednesday, October 31, 2012
MUHASABAH DIRI SETELAH SETAHUN BERLALU
Bicara Cik Fadz at 10/31/2012 11:55:00 PM 1 comments
Sunday, June 5, 2011
Ekspedisi ke Langkawi sempena Wani's Wedding..
Assalamualaikum…
Agak lama cik fadz xmengupdate laman blog nih..huhuu.. Almaklumla, kadang2 xsempat (badget bx ler sgt..huhu).
Nway, topic kali ni ialah perjalanan cik fadz merentasi Lautan ke Pulau Mahsuri a.k.a Langkawi. Ding dong… Btw, trip ni sgt la ‘survival’ sebab cik fadz xbeli tiket direct dr penang ke Langkawi tp cik fadz ‘main lompat-lompat’ bas. Hahaa..
Perjalanan ke Langkawi bermula seawal 7 pagi : Bukit Gambir – Jeti – Butterworth- Alor Setar (Pekan Rabu) – Kuala Kedah – Langkawi. Cik Fadz ditemani oleh Cik Mas yang xpenah join ekspedisi sebegini so, kesian kat beliau sebab terpaksa menahan kepenatan badan yg teramat. Huhuu.
Pada hari Ahad bersamaan 5 Jun, bersiaplah kami untuk pulang ke tempat masing2. Wani dan suaminya telah menghantar kami ke Port Langkawi. Disitulah Cik fadz dan Mas berpisah dengan Qid and Yana kerana kami menuju ke lokasi yang berbeza iaitu; Cik fadz + Mas ke kuala kedah dan mereka ke Kuala Perlis.
Perjalanan pulang kami sangatlah memenatkan gara2 banyak masa diabeskan denga menunggu ketibaan Bas dan Feri. Perjalan pulang kami adalah seperti berikut: Langkawi- Kuala Kedah- Pekan Rabu- Shahab Perdana- Butterworth- Jeti – Bukit Gambir. Walaupun kepenatan, tapi Cik Fadz berasa sangat2 happy dan bersyukur di atas penikahan wani itu.
Terima kasih sesangat kepada wani sekeleuarga kerana melayan kami dengan baiknya. Semoga Allah sentiasa mngurniakan nikmat bahagia kepada kalian sehingga ke akhir hayat. =)
Bicara Cik Fadz at 6/05/2011 11:43:00 PM 0 comments
Friday, April 22, 2011
...GUAVA + EXAM...
Bicara Cik Fadz at 4/22/2011 02:46:00 PM 1 comments
Wednesday, February 16, 2011
MalulidurRasul
Salam Maulidur Rasul..(Isnin, 12 Rabiulawal,Tahun Gajah)
Bicara Cik Fadz at 2/16/2011 05:01:00 PM 0 comments
Tuesday, February 15, 2011
KISAH TAHUN GAJAH
>> Maka Raja Abrahah pun membangun sebuah tempat ibadah (gereja) yang sangat indah. Konon tempat ibadah itu dihiasi dengan emas dan permata. Selesai tempat ibadah itu dibangunkan, orang ramai tetap tidak tertarik untuk berziarah ke tempat ibadah buatannya. Raja Abrahah merasa hairan, apa istimewanya Kaabah ini? Hanya sebuah bagunan bersegi empat yang kuno. Konon tempat itu adalah tempat ibadah tertua sejak zaman Nabi Adam as.
>> Maka Raja Abrahah pun memutuskan untuk menghancurkan Kaabah. Raja Abrahah lalu mengumpulkan tenteranya yang kuat-kuat. Tentera ini terdiri daripada tentara bergajah yang merupakan tentera yang terkuat saat itu. Maka, berangkatlah pasukan gajah ini dipimpin oleh Raja Abrahah menuju ke Mekah untuk menghancurkan Kaabah.
>> Ketika pasukan bergajah telah berada di sempadan kota Mekah, penduduk yang ketakutan datang kepada Abdul Muthalib (datuk Rasulullah S.A.W). “Wahai Abdul Muthalib, Raja Abrahah beserta pasukan gajahnya hendak menghancurkan Kaabah, apa yang akan engkau lakukan?” Mendengar pertanyaan itu, Abdul Muthalib menjawab, “Aku adalah pemelihara kambing-kambingku, rumah ini ada pemeliharanya.” Lalu Abdul Muthalib menyuruh mereka mengosongkan Kota Mekah. Abdul Muthalib pun membawa ternakannya ke gunung-gunung di sekitar Kota Mekah. Para penduduk merasa hairan dengan keputusan Abdul Muthalib. Sekalipun demikian, kerana Abdul Muthalib adalah orang yang paling dipercayai mereka, para penduduk pun mengikuti segala perintahnya.
>> Pasukan tentera bergajah pun memasuki kota Mekah yang kosong. Ketika hendak menghancurkan Kaabah dan kota Mekah, mereka diserang oleh sepasukan burung yang disebut sebagai burung 'Ababil'. Kawanan burung ini menjatuhkan batu-batu kerikil yang sangat panas. Batu kerikil yang sangat panas ini disebut dengan 'sijil' (sijjil). Kata orang, batu kerikil ini adalah kerikil dari neraka.
>> Sijil ini membuat Raja Abrahah beserta pasukan bergajahnya hancur seperti daun dimakan ulat. Menurut salah satu tafsir, pasukan gajah ini terkena penyakit lepra yang sangat parah sehingga mati di sana. Menurut tafsir lain, pasukan gajah ini hancur oleh kerikil sijil yang dilemparkan oleh kawanan burung Ababil ini.
>> Pada tahun itulah Nabi Muhammad saw lahir. Ini adalah salah satu mukjizat yang diturunkan Allah swt kepada Nabi saw dan kepada datuknya Abdul Muthalib. Datuk Nabi, yaitu Abdul Muthalib adalah penjaga Kabah yang mengikuti agama Ibrahim yang lurus. Pemeliharaan dan penjagaan Kaabah seterusnya diserahkan kepada putranya yaitu Abu Thalib. Pemeliharaan dan penjagaan Nabi Muhammad juga turut diserahkan kepada Abu Thalib setelah Abdul Muthalib meninggal.
Bicara Cik Fadz at 2/15/2011 05:29:00 PM 0 comments
Monday, January 24, 2011
..Interview Owh Interview..!!
Salam..
-Kasut bertutup penuh but not sportshoes k..
-Rambut kalau panjang, kene tie dalam “bun”
-makeup yang profesional dan meyakinkan (tipis2 sudah..bak kata dr.Syed, 'mekap tebal2 ingat nak gi interview modelling ka???'..hahaha )
-blazer sekiranya bersesuaian
Bicara Cik Fadz at 1/24/2011 01:15:00 AM 0 comments
Friday, January 7, 2011
Saman 8 juta..
Hurm...
Nway, berita ni dikira da lapuk actually..ye la, berlaku tahun lepas..31/12/2010. Hurm..kes HUSM kena saman 8 juta sebab kecuaian kakitangannya semasa menjalankan tugasan. Nsb bek kawan 1 skul upload video tu dlm Facebook, so br la sy dapat tahu.. Nway, kesian sgt2 kt keluarga mangsa dan simpati gak la kt HUSM, ye la..hospital kampus kami gak tuh..mestila sedikit sebanyak terasa gak impak tuh..
Sentuh pasal medical errors, ia merupakan sesuatu yang diluar jangkaan yg kita xdapat elak tp we can minimize it. Well, sebagai manusia biasa, kita akur akan kelemahan masing2..cuma, kadang2 nasib je tidak menyebelahi..dat's why, tragedi ni berlaku...
KOTA BHARU 30 Dis. - Seorang pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini mengemukakan saman RM8 juta terhadap Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan seorang doktornya kerana didakwa cuai sehingga menyebabkan isterinya meninggal dunia, tiga bulan lalu.
Dalam saman tersebut, Musa Abdul Kadir, 47, mendakwa isterinya, Aummil Khairy Abdul Razak, 44, meninggal dunia pada 21 September lalu akibat sakit teruk selepas menjalani tiga kali pembedahan mengeluarkan kain kapas yang tertinggal dalam rahimnya.
Writ saman itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Rosnelim Yusoff & Co. di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 10.30 pagi ini.
Selain Musa selaku plaintif pertama, empat lagi plaintif terdiri daripada empat anaknya iaitu Nurnabihah, 7; Noor Muhamad Firdaus, 6; Nur Nabilah, 4; dan anak bongsunya yang berusia empat bulan, Noor Muhamad Faiq.
Pihak Plaintif menamakan pegawai perubatan di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi HUSM, Dr. K. Bheena Vyshali; HUSM dan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai defendan pertama sehingga ketiga.
Musa turut hadir di mahkamah hari ini dengan ditemani peguamnya, Mohd. Syukran Mohd. Noordin.
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif pertama mendakwa, isterinya dimasukkan ke wad bersalin hospital itu dan melahirkan bayi lelaki secara pembedahan oleh defendan pertama pada 17 Ogos lalu.
Selepas pembedahan tersebut, beliau mendakwa, isterinya masih merasai kesakitan yang amat sangat dalam perutnya selama beberapa hari secara berterusan sehinggalah beberapa doktor membuat pemeriksaan susulan pada 22 Ogos lalu.
Katanya, kumpulan doktor itu memberitahu bahawa satu pembedahan susulan perlu dibuat kerana mengesyaki terdapat kain kapas dalam rahim Allahyarham yang tertinggal semasa pembedahan untuk melahirkan bayi itu.
Dakwa Musa, beliau mengetahui mengenai kain kapas tersebut selepas dimaklumkan oleh defendan kedua melalui doktor yang melakukan ujian X-Ray ke atas isterinya.
Pada hari yang sama, pembedahan kedua dilakukan untuk mengeluarkan kain kapas tetapi ia semakin serius sehingga menyebabkan Aummil Khairy tidak dapat membuang air kecil atau besar.
Menurutnya lagi, Aummil Khairy kemudian telah koma dan ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan alat bantuan pernafasan.
Musa mendakwa, beberapa hari kemudian, isterinya telah dibawa untuk pemeriksaan imbasan (scan) ke atas perutnya selepas dipercayai ia semakin membengkak sebelum dimaklumkan pembedahan ketiga perlu dilakukan.
Pembedahan ketiga dilakukan pada 8 September lalu dan pakar perubatan yang menjalankan pembedahan itu memaklumkan terdapatnya jangkitan kuman serta kebocoran usus perut Allahyarham yang serius dan berada dalam keadaan kritikal.
Allahyarham meninggal dunia pada 21 September lalu akibat jangkitan kuman dan komplikasi kegagalan fungsi organ dalaman yang amat serius.
Tambahnya, akibat kecuaian pihak defendan, beliau bersama anak-anak menanggung kesedihan, terkejut, kehilangan orang yang tersayang dan mengalami kesusahan yang amat sangat sehingga sekarang.
Pihak plaintif memohon ganti rugi am RM5 juta, ganti rugi khas, ganti rugi teladan RM2 juta dan ganti rugi teruk RM1 juta.
* Harapan saya, kejadian ini tidak berulang lagi..dan kpd sume kakitangan yang mencurahkan bakti dlm ilmu kesihatan ini, sama2 la kita muhasabah diri dengan kejadian ini dan berjanji utk komited dgn tugas kita..=)
Bicara Cik Fadz at 1/07/2011 12:49:00 AM 2 comments
Saturday, January 1, 2011
1.1.11
Arini da 1.1.11..wahhh, da masuk tahun baru dah.. ( hurm, suke ke??) Bermula detik ini, bertambah lagi la umur Cik Fadz nih.. Ala, dh nk masuk 23 thn upenya. Hurm..azam baru?? ntah ler.. yg pasti nak wat yg terbaik dis semester. Okeh, utk pgtahuan korg sume, ni sem last aku kt USM nih. Xsabar rasanya nak grad. Bila di tenung2, di telek2.. 2010 ni meninggalkan 1001 kenangan manis+ pahit. Hurm..yang pasti, ia sudah berlalu.. memori2 yg membuatkan aku trauma dulu aku dah xnak ingat..( selagi xde mereka yg gatal2 mengungkit).
Hurm, sbg pelajar Tahun Akhir Pusat Pengajian Sains Farmasi USM, aku berasa sangat2 bersyukur sebab masih diberikan peluang untuk menebus masa2 lalu.. (Opss, itu kenangan pahit, usah diungkit-ungkit k..)
Alkisahnya, semester baru aku bermula pada 30hb Dis 2010..smpai2 je, ada taklimat untuk pelajr2 Final year kul 10am-12.30pm, pastu kuliah stat kul 2pm-7pm..pastu continue malam lak dar kul 8-10pm. Nasib bek lecture abes awal, kul 9.30pm da bleh balik..
Wahh, disebabkan ak br smpai kt USM dat day, byk la perkara2 yg aku missed..( err..xjugak actually, lab je yg missed 1). Hu2x..
Untuk pgtahuan korg2, dis sem aku sngt bz tau..jadual kelas mostly dr pagi smpai malam..yg xleh blah ialah, kelima-lima hari ( stat Isnin smpai Jumaat), ak ada kelas malam smpai kul 10pm. Fuyoo..mantap2x.. sape nkbangga dgn aku, sila angkat tangan..huahaa..
p/s: Selamat Pengantin Baru untuk mereka2 yang kawen pada tarikh ni..nnt aku nk booking 11.11.11 lak..err, smpat ke agak2..?? hi3x..
Bicara Cik Fadz at 1/01/2011 04:43:00 PM 1 comments
Thursday, November 4, 2010
...MimPi OH miMpi...
hurm..malam ni stay up cket.. study Therapeutic Drug Monitoring. Yeah..subjek ni byk kire2x..masalahnya aku xtau la nk study cmne utk exam nih..notes mcm cket, tp dr td..br abes 1 topic revise..hu3x..
Okeh..al-kisah kenapa aku bertekad nak stay-up malam ni ialah gara-gara tido aku mlm semalam dikacau oleh mimpi yang aku xsuka. Ada ke patut mimpi kena attacked dgn ikan pirahna?? Siap main lawan2 sembunyi2 lagi. Nama pun mimpi kan..tp yg aku xsuka tuh..mimpi tu telah memakan waktu tido aku...menyebabkan, even aku dh tido dlm jangkamasa yg sepatutnya tp tido aku stil xcukup. I have to cover my sleep if not, i will keep sleepy a whole day. Kesannya td, aku tido dalam kuantiti yang lebih dan aku kenalah berjaga malam ni untuk cover topik2 yg sepatutnya aku study pagi td. Hu2x.. ( saya masih kanak2..perlukan tido yg cukup Buu..)
Ntah pape kan...??!! apa itu mimpi sebenarnya..hurm.. xde definisi konkrit..ni definisi yg aku jumpa kat wikipedia Indonesia:
'Mimpi adalah pengalaman bawah sadar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, pikiran, perasaan dan indra-indra lain dalam tidur. Kejadian dalam mimpi biasanya mustahil terjadi dalam dunia nyata, dan di luar kuasa pemimpi. Pemimpi juga dapat merasakan emosi ketika bermimpi, misalnya emosi takut dalam mimpi buruk. Ilmu yang mempelajari mimpi disebut oneirologi.'
- Ada yang berpendapat bahawa mimpi merupakan mainan tidur, ada yang menganggap mimpi adalah mainan syaitan dan ada mimpi yang dianggap sebagai satu perkara yang akan berlaku.( aku menganggap mimpi aku semalam adalah gangguan syaitan>>> erm..lupe bce doa tido kot smlm tp mcm dh bce..Ya Allah, lindungilah hambaMu ini.)
Kenapa manusia bermimpi?? Saintis tidak dapat memberi kepastian. Ada berpendapat ia merupakan proses fisiologi badan manusia seperti bernafas dan bergerak. Ada berpendapat bahawa ia adalah proses manifestasi minda di bawah sedar. Ada juga yang berpendapat bahawa inilah masanya otak menyusun memori, membuang mana yang tidak perlu dan merekod mana yang perlu. ( kalo la mimpi lulus periksa dgn jayanya..kan best..!!)
Berikut ialah beberapa fakta menarik mengenai mimpi........( ni pun aku kebas kat blog sorang makhluk Allah ni..smga Allah merahmatinya sebab aku amek informasi dia..=) )
1: Orang buta juga bermimpi, tapi mereka tidak melihat visual, cuma bermimpi tentang suara, sentuhan dan emosi yang mereka rasakan..(mcm penah ku dgr psl ni..hurm...)
2: 90 peratus mimpi akan dilupakan setelah 5minit terjaga dari tidur, anda akan melupukan 50 peratus mimpi yang dilalui, 10 minit kemudian, 90 peratus jalan cerita mimpi anda akan lenyap..(ye ke?? tp asal aku masih ingat hmpir 40% contents mimpi tuh..??)
3: Rangsagan luar jugak mempengaruhi mimpi, ia disebut Dream Incorporation. Mungkin kadang-kadang kita bermimpi mendengar lagu dari radio atau suara yang keluar dari TV. Pernahkah anda alaminya...? ( betul2x, penah gak mengalaminya..hu2x..)
4: Hanya bermimpi apa yang anda ketahui. Kadang-kadang kita tak tahu atau tak kenal orang yang wujud dalam mimpi kita tu. Tapi yang sebenarnya, objek tersebut bukan diciptakan oleh otak tapi kita pernah lihat cuma kita jer yang tak ingat. ( Eaa??? xpenah tahu pown..)
5: Mimpi warna dan hitam putih. Mengikut kajian, 12 peratus orang normal mengalami mimpi hitan dan putih. Maksudnya tak ada warnalah...... Yang selebihnya bermipi berwarna penuh......(yg fakta ni aku xbpe paham).
huhuhu..itulah serba sedikit pasal mimpi nih.
So, hopefully korang dapat mimpi yang best2x..jgn la dpt mimpi merepek cam aku nih. Tp kalo itu petanda dr Yang Esa, aku mohon dipermudahkan untuk menafsirnya sebab aku ni mmg no idea psl ikan yg satu nih. Semoga Dia jauhkanku dr segala keburukan dan malapetaka. Amiinn..!!
*Petua orang tua2, basuh kaki sebelum tido. Dan amalan yg sepatutnya bg yg Muslim, bacalah doa sebelum tidur..ni peringatan utk diri sy jua..
WSLM...
Okeh..let's continue study...Gambatte..!!!
Bicara Cik Fadz at 11/04/2010 02:27:00 AM 3 comments