Monday, January 24, 2011

..Interview Owh Interview..!!

Salam..


Malam makin lewat (actually dh pagi dh pun) tp dah jadi habit lak, xtido lagi selagi jam xtunjuk pukul 2am.

Hurm..2-3 hari ni, kecoh kat wall facebook (merujuk kpd wall kwn2 skul Farmasi) pasal Interview SPA. Sume mcm berlumba lak sape post status plg byk..aku pn xterkecuali..tp hanya mmapu post 1 je iaitu..'Interview SPA da dekat....I xkesah kna posting kt mne2 pown...ON jer...hu3x..'.

Pastu aku dh xtau nak wat status apa dah sebab kawan2 aku lagi laju bab2 update status nih.. Nway, citer psl Interview,cnfirm ramai xsenang duduk, senak perot la, tachycardia la, Nausea Vomiting sume ada la..aku pn xterkecuali jugak r..tp makin byk tido lak..(err..tu kire simptoms gak ke??

Tadi ada gak la view website KKM ( Kementerian Kesihatan Malaysia), Website Farmasi, USM dan sebagainya..ni sume gara2 nak update info la. Satgi xpasal2 lawan sengih kerang busuk dgn interviewer kang. Huhuhu...

Persiapan Interview??

Hurm..setakat ni dah prepare dah..(>50%)

- Resume + Gambar = siap
- Salinan surat beranak= siap ( sepatutnya kna bwk yg asal skali, tp dek umah jauh..dikecualikan..-org SPA tu yg ckp, so dh ada guarantee..heehee)
- salinan IC= esok br fotostat
- sijil2 lain = dah masuk fail.. (cnfirm interviewer tu terkejut tgk sijil aku..byk yg xberkaitan farmasi le..siap jd MPP lg..hu3x..mcm xberkaitan jer..aiyo)

******Apalagi ek???

Hurm..Owh..penampilan..!!

Antara syarat penampilan ialah: (fokus wanita jer sbb i'm a lady)

-Perempuan hendaklah berpakaian kemas, kalau bertudung, hendaklah nampak berkeyakinan dan comfortable
-Kalau tidak bertudung hendaklah memakai sut skirt panjang atau pendek (bawah sikit dari lutut satu inchi)..Don’t ever wear pants!!
-Kasut bertutup penuh but not sportshoes k..
-Rambut kalau panjang, kene tie dalam “bun”
-makeup yang profesional dan meyakinkan (tipis2 sudah..bak kata dr.Syed, 'mekap tebal2 ingat nak gi interview modelling ka???'..hahaha )
-blazer sekiranya bersesuaian

Apalagi ek??

yupp..get ready dgn soklan2 spot..
contonhya:

1. Kenapa pilih farmasi?? (b'coz i don want be a doc)
2. Peranan Farmasi?? (drug info, screesning presc.,monitoring, kaunseling, enforcement etc)
3. Kenapa saya harus memilih anda?? Kelebihan anda??
4. Pilihan posting??
5. Ceritakan tentang USM. Berikan pandangan.
6. Siapakan Menteri Kesihatan Malaysia? Pengarah Kanan Jabatan Farmasi? Pengarah Kesihatan?? VC USM?? TNC-TNC USM?? Dekan dan Timbalan Dekan??
7. Jika anda ......etc ( WHY..WHY..LOVE...-xpsl2 )

Wahh..banyak gak tuh soklannya..tp tu la, senior kata, ada susah..ada senang..bese lah, adat interview. HuHuHu..

So, hopefully i can face it. Hurm..
Ya Allah, moga segala urusanku dipermudahkan. Amiinn..!!

Bersedia untuk berjuang..!!!

Wslm..


Friday, January 7, 2011

Saman 8 juta..

Hurm...

Nway, berita ni dikira da lapuk actually..ye la, berlaku tahun lepas..31/12/2010. Hurm..kes HUSM kena saman 8 juta sebab kecuaian kakitangannya semasa menjalankan tugasan. Nsb bek kawan 1 skul upload video tu dlm Facebook, so br la sy dapat tahu.. Nway, kesian sgt2 kt keluarga mangsa dan simpati gak la kt HUSM, ye la..hospital kampus kami gak tuh..mestila sedikit sebanyak terasa gak impak tuh..

Sentuh pasal medical errors, ia merupakan sesuatu yang diluar jangkaan yg kita xdapat elak tp we can minimize it. Well, sebagai manusia biasa, kita akur akan kelemahan masing2..cuma, kadang2 nasib je tidak menyebelahi..dat's why, tragedi ni berlaku...

KOTA BHARU 30 Dis. - Seorang pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini mengemukakan saman RM8 juta terhadap Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan seorang doktornya kerana didakwa cuai sehingga menyebabkan isterinya meninggal dunia, tiga bulan lalu.

Dalam saman tersebut, Musa Abdul Kadir, 47, mendakwa isterinya, Aummil Khairy Abdul Razak, 44, meninggal dunia pada 21 September lalu akibat sakit teruk selepas menjalani tiga kali pembedahan mengeluarkan kain kapas yang tertinggal dalam rahimnya.

Writ saman itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Rosnelim Yusoff & Co. di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 10.30 pagi ini.

Selain Musa selaku plaintif pertama, empat lagi plaintif terdiri daripada empat anaknya iaitu Nurnabihah, 7; Noor Muhamad Firdaus, 6; Nur Nabilah, 4; dan anak bongsunya yang berusia empat bulan, Noor Muhamad Faiq.

Pihak Plaintif menamakan pegawai perubatan di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi HUSM, Dr. K. Bheena Vyshali; HUSM dan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai defendan pertama sehingga ketiga.

Musa turut hadir di mahkamah hari ini dengan ditemani peguamnya, Mohd. Syukran Mohd. Noordin.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif pertama mendakwa, isterinya dimasukkan ke wad bersalin hospital itu dan melahirkan bayi lelaki secara pembedahan oleh defendan pertama pada 17 Ogos lalu.

Selepas pembedahan tersebut, beliau mendakwa, isterinya masih merasai kesakitan yang amat sangat dalam perutnya selama beberapa hari secara berterusan sehinggalah beberapa doktor membuat pemeriksaan susulan pada 22 Ogos lalu.

Katanya, kumpulan doktor itu memberitahu bahawa satu pembedahan susulan perlu dibuat kerana mengesyaki terdapat kain kapas dalam rahim Allahyarham yang tertinggal semasa pembedahan untuk melahirkan bayi itu.

Dakwa Musa, beliau mengetahui mengenai kain kapas tersebut selepas dimaklumkan oleh defendan kedua melalui doktor yang melakukan ujian X-Ray ke atas isterinya.

Pada hari yang sama, pembedahan kedua dilakukan untuk mengeluarkan kain kapas tetapi ia semakin serius sehingga menyebabkan Aummil Khairy tidak dapat membuang air kecil atau besar.

Menurutnya lagi, Aummil Khairy kemudian telah koma dan ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan alat bantuan pernafasan.

Musa mendakwa, beberapa hari kemudian, isterinya telah dibawa untuk pemeriksaan imbasan (scan) ke atas perutnya selepas dipercayai ia semakin membengkak sebelum dimaklumkan pembedahan ketiga perlu dilakukan.

Pembedahan ketiga dilakukan pada 8 September lalu dan pakar perubatan yang menjalankan pembedahan itu memaklumkan terdapatnya jangkitan kuman serta kebocoran usus perut Allahyarham yang serius dan berada dalam keadaan kritikal.

Allahyarham meninggal dunia pada 21 September lalu akibat jangkitan kuman dan komplikasi kegagalan fungsi organ dalaman yang amat serius.

Tambahnya, akibat kecuaian pihak defendan, beliau bersama anak-anak menanggung kesedihan, terkejut, kehilangan orang yang tersayang dan mengalami kesusahan yang amat sangat sehingga sekarang.

Pihak plaintif memohon ganti rugi am RM5 juta, ganti rugi khas, ganti rugi teladan RM2 juta dan ganti rugi teruk RM1 juta.


* Harapan saya, kejadian ini tidak berulang lagi..dan kpd sume kakitangan yang mencurahkan bakti dlm ilmu kesihatan ini, sama2 la kita muhasabah diri dengan kejadian ini dan berjanji utk komited dgn tugas kita..=)

Saturday, January 1, 2011

1.1.11

Assalamualaikum...

Arini da 1.1.11..wahhh, da masuk tahun baru dah.. ( hurm, suke ke??) Bermula detik ini, bertambah lagi la umur Cik Fadz nih.. Ala, dh nk masuk 23 thn upenya. Hurm..azam baru?? ntah ler.. yg pasti nak wat yg terbaik dis semester. Okeh, utk pgtahuan korg sume, ni sem last aku kt USM nih. Xsabar rasanya nak grad. Bila di tenung2, di telek2.. 2010 ni meninggalkan 1001 kenangan manis+ pahit. Hurm..yang pasti, ia sudah berlalu.. memori2 yg membuatkan aku trauma dulu aku dah xnak ingat..( selagi xde mereka yg gatal2 mengungkit).

Hurm, sbg pelajar Tahun Akhir Pusat Pengajian Sains Farmasi USM, aku berasa sangat2 bersyukur sebab masih diberikan peluang untuk menebus masa2 lalu.. (Opss, itu kenangan pahit, usah diungkit-ungkit k..)

Alkisahnya, semester baru aku bermula pada 30hb Dis 2010..smpai2 je, ada taklimat untuk pelajr2 Final year kul 10am-12.30pm, pastu kuliah stat kul 2pm-7pm..pastu continue malam lak dar kul 8-10pm. Nasib bek lecture abes awal, kul 9.30pm da bleh balik..
Wahh, disebabkan ak br smpai kt USM dat day, byk la perkara2 yg aku missed..( err..xjugak actually, lab je yg missed 1). Hu2x..

Untuk pgtahuan korg2, dis sem aku sngt bz tau..jadual kelas mostly dr pagi smpai malam..yg xleh blah ialah, kelima-lima hari ( stat Isnin smpai Jumaat), ak ada kelas malam smpai kul 10pm. Fuyoo..mantap2x.. sape nkbangga dgn aku, sila angkat tangan..huahaa..

p/s: Selamat Pengantin Baru untuk mereka2 yang kawen pada tarikh ni..nnt aku nk booking 11.11.11 lak..err, smpat ke agak2..?? hi3x..