Thursday, November 4, 2010

...MimPi OH miMpi...

Salam..
hurm..malam ni stay up cket.. study Therapeutic Drug Monitoring. Yeah..subjek ni byk kire2x..masalahnya aku xtau la nk study cmne utk exam nih..notes mcm cket, tp dr td..br abes 1 topic revise..hu3x..

Okeh..al-kisah kenapa aku bertekad nak stay-up malam ni ialah gara-gara tido aku mlm semalam dikacau oleh mimpi yang aku xsuka. Ada ke patut mimpi kena attacked dgn ikan pirahna?? Siap main lawan2 sembunyi2 lagi. Nama pun mimpi kan..tp yg aku xsuka tuh..mimpi tu telah memakan waktu tido aku...menyebabkan, even aku dh tido dlm jangkamasa yg sepatutnya tp tido aku stil xcukup. I have to cover my sleep if not, i will keep sleepy a whole day. Kesannya td, aku tido dalam kuantiti yang lebih dan aku kenalah berjaga malam ni untuk cover topik2 yg sepatutnya aku study pagi td. Hu2x.. ( saya masih kanak2..perlukan tido yg cukup Buu..)

Ntah pape kan...??!! apa itu mimpi sebenarnya..hurm.. xde definisi konkrit..ni definisi yg aku jumpa kat wikipedia Indonesia:

'Mimpi adalah pengalaman bawah sadar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, pikiran, perasaan dan indra-indra lain dalam tidur. Kejadian dalam mimpi biasanya mustahil terjadi dalam dunia nyata, dan di luar kuasa pemimpi. Pemimpi juga dapat merasakan emosi ketika bermimpi, misalnya emosi takut dalam mimpi buruk. Ilmu yang mempelajari mimpi disebut oneirologi.'

- Ada yang berpendapat bahawa mimpi merupakan mainan tidur, ada yang menganggap mimpi adalah mainan syaitan dan ada mimpi yang dianggap sebagai satu perkara yang akan berlaku.( aku menganggap mimpi aku semalam adalah gangguan syaitan>>> erm..lupe bce doa tido kot smlm tp mcm dh bce..Ya Allah, lindungilah hambaMu ini.)

Kenapa manusia bermimpi?? Saintis tidak dapat memberi kepastian. Ada berpendapat ia merupakan proses fisiologi badan manusia seperti bernafas dan bergerak. Ada berpendapat bahawa ia adalah proses manifestasi minda di bawah sedar. Ada juga yang berpendapat bahawa inilah masanya otak menyusun memori, membuang mana yang tidak perlu dan merekod mana yang perlu. ( kalo la mimpi lulus periksa dgn jayanya..kan best..!!)

Berikut ialah beberapa fakta menarik mengenai mimpi........( ni pun aku kebas kat blog sorang makhluk Allah ni..smga Allah merahmatinya sebab aku amek informasi dia..=) )

1: Orang buta juga bermimpi, tapi mereka tidak melihat visual, cuma bermimpi tentang suara, sentuhan dan emosi yang mereka rasakan..(mcm penah ku dgr psl ni..hurm...)

2: 90 peratus mimpi akan dilupakan setelah 5minit terjaga dari tidur, anda akan melupukan 50 peratus mimpi yang dilalui, 10 minit kemudian, 90 peratus jalan cerita mimpi anda akan lenyap..(ye ke?? tp asal aku masih ingat hmpir 40% contents mimpi tuh..??)

3: Rangsagan luar jugak mempengaruhi mimpi, ia disebut Dream Incorporation. Mungkin kadang-kadang kita bermimpi mendengar lagu dari radio atau suara yang keluar dari TV. Pernahkah anda alaminya...? ( betul2x, penah gak mengalaminya..hu2x..)

4: Hanya bermimpi apa yang anda ketahui. Kadang-kadang kita tak tahu atau tak kenal orang yang wujud dalam mimpi kita tu. Tapi yang sebenarnya, objek tersebut bukan diciptakan oleh otak tapi kita pernah lihat cuma kita jer yang tak ingat. ( Eaa??? xpenah tahu pown..)

5: Mimpi warna dan hitam putih. Mengikut kajian, 12 peratus orang normal mengalami mimpi hitan dan putih. Maksudnya tak ada warnalah...... Yang selebihnya bermipi berwarna penuh......(yg fakta ni aku xbpe paham).

huhuhu..itulah serba sedikit pasal mimpi nih.
So, hopefully korang dapat mimpi yang best2x..jgn la dpt mimpi merepek cam aku nih. Tp kalo itu petanda dr Yang Esa, aku mohon dipermudahkan untuk menafsirnya sebab aku ni mmg no idea psl ikan yg satu nih. Semoga Dia jauhkanku dr segala keburukan dan malapetaka. Amiinn..!!

*Petua orang tua2, basuh kaki sebelum tido. Dan amalan yg sepatutnya bg yg Muslim, bacalah doa sebelum tidur..ni peringatan utk diri sy jua..

WSLM...
Okeh..let's continue study...Gambatte..!!!

Sunday, October 31, 2010

Monolog Trauma Diri

salam..

Hurm..perlukah aku mengeluh untuk berkali-kali pada saat ini?? Saat ini datang lagi..
Aduhhh..saat yang mencipta ketraumaan dalam hidupku.. Hurm..kenapa aku agak benci ble saat ini berulang?? wlpn tahun len2x tp bg ku tetap sma..

Arghh..sangat xsuke.. aku ingin membantu tapi ada getir dihatiku. Bukan sedikit..tp cukup menggusarkan. Yeahh...sepatutnya aku tidak berfikiran begitu tp entahlah..aku tak bisa nyahnya dari kotak ingatan ku. Aku xsanggup menghadapi kepincangan lagi. Jenuh sungguh aku bangkit mencipta kembali diriku..menampal mana yang koyak..menguatkan mana yang rapuh...mencari kekuatan diri untuk bangkit setelah hancur terhenyak bukanlah sesuatu yang mudah.. Aku rela mempertaruhkan nyawa demi peluang yg satu ini..dan menggadaikan peluang yang satu ini adalah diluar kerelaanku..

Tidak memahami??? Usah memahami...kerana hanya aku yang memahami di sini. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Aku dalam kekeliruan lagi. Sungguh aku berasa sangat terganggu, berilah ketenangan kpd ku Ya Rabbi. Kenapa saat ini masih menghantuiku?? apakah aku tidak bisa lepas darinya...

Aku hanya ingin menjadi diriku yang baru... Aku ingin berbakti...tp dgn caraku.. Aku tidak mahu menangguhkan peluang yang sudah kukejari sekian lama.. Kerana peluang itu merupakan titik permulaan baktiku yang lebih besar.. Aku tidak mahu tersasar kali ini..cukuplah sekali.. Dan yang sekali itu sangat memeritkan. Ya..aku benci keperitan itu sama seperti aku membenci diriku yang lalu. Kekhilafan itu mmg memakanku lumat. Ia membuatkan aku dipandang lemah tiada daya. Aku benci eksperesi mereka. Mereka pandang rendah aku..aku sakit dgn perasaan itu. Betul..korang takkan faham. Sebab korang bukan diposisiku. Aku hampir mengecewakan mereka yang ku sayang. Tidak ku sanggup lagi...

Ples..aku ingin memilih kali ini...!! Tolong fahami aku.. Tolong jauhi aku kali ini. Aku ingin berada di dalam duniaku. Merencana detik kewajaran diri..Jangan selubungi aku lagi. Kerana aku sudah trauma dan tiada keyakinan diri... Aku sudah membentuk titik fokus ku..jadi hanya itulah yang akan ku kejari. Tiada lain...ingat itu kamu.

wassalam....

Thursday, October 28, 2010

DIS = PENAT

Minggu ni kleksyip DIS ( Drug Information Services)..
Last klerksyip kot...
What should i say..??

Arghh..cepatlaa hujung minggu..xlarat kot..hari2 dpt asegmen baru..wlpn simple, tp klo dah hari2x..stress gak la.. skrg br siap edit asegment grup..fuh, kepenatan otak..mata pun aku rse xlama lg dah boleh booking spectacles gak la aku ni..asyik ngadap laptop je, fuh..

Status skrg ialah, aku berusaha untuk menyiapkan tugasan individu lak..td tu grup punye..waduhh, hu2x..terasa kemalasan+kepenatan yang nyata...macam kena tido dlu kot..kmpul kekuatan.. Esok presentation asegmen grup yg aku wat td.. hu2x..wahh..hidupku begitu terisi dis week.. Owh..

Hurm..papepun, selain kebizian yg nyata itu, aku tetap bersyukur kpd Tuhan sbb tetap diberi kesenangan dalam kepayahan. Walaupun hidupku tgh rumit skrg, tp Dia tetap berikan aku peluang untuk menikmati kebahagiaan. * hanya aku yg mengerti statement td..=)

Dan aku bersyukur sebab hati aku tenang menghadapi liku-liku ini. Yeahh..aku sudah tidak tergadah wlpn diuji dengan permasalahan. Adakah itu petanda aku makin matang dalam kehidupan?? hurm..pelayaran hidupku bermula lagi..

Syukur ya Robbana...!!

Monday, October 25, 2010

Menjawab persoalan yang di 'TAG'

Hurm..menurut kata Elfa (bkn nama sebenar), aku kena jawab sejujurnya untuk kenal diri sendiri....tp soklan punya r panjang..wat sakit jiwa je..xpe2x..layan je la..huk2x.. So, aku telah menjawabnya dengan keskemaan maksima demi mengenali diri aku sendiri..dan inilah kesannya..hu2x..
Ntah pape gak…=)

1. Apa benda yang paling penting dalam hidup korang? bende?..

Hurm...Al-Quran+kelengkapan solat...money…buku2 aku…hnset....laptop....jam..
compact powder+olay....makanan..hurm..apa lagi ek?? cm banyak jer..

2. Benda yang terakhir korang beli menggunakan duit korang sendiri?

Hurm..ntah la..never plan yet..hu2x..

3. Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nanti?

Aku berangan nak wat majlis kawen aku kt kampung aku nun di sana…best sbb membayangkan suasana riuh-rendah penduduk kampung wat kenduri..syok2x..teringat zaman kecik2x… Tema?? Hurm..mana2 yg sesuai la.. klo la diriku ni spt Cinderella..kan best..hu2x..

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?

Owh..skrg tgh say NO to CINTA..saya tgh byk komitmen skrg.. No time for this cintan2x.. tggu grad dlu..hu2x..

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

Kalau term kekasih itu merujuk kpd bakal suami saya, yupp..saya akan mencintainya selagi mana Allah mahu saya mencintai beliau…

6. Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?

Hurm…dalam hati saya…saya selalu ketemu dan merindui kekasih hati saya wlpn imejnya tidak nyata…

7. Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?

Novel: Ungu Karmila, Salahuddin Al-Ayubi etc..
Buku: hurm..banyak gak r..mostly buku psl drugs…
Majalah: Rasanya Utopia kot..xpun Remaja.. hurm..dah lme xbeli..hu2x..

8. Apakah nama penuh korang?

Nor Fadzilah binti Mat Daud

9. Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?

Ayah..sebab ayah lebih sporting dan memahami kalau dilanda permasalahan..

10. Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?

Xtau nama..tapi saya sangat2 nak jumpa bakal suami saya sebelum umur saya mencapai 27 tahun..(InsyaAllah)…saya menanti dan merindui beliau wlpn saya tidak tahu siapa dia yang saya rindui..

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?

Yup..kadang2 guna tangan..kadang2 guna washing machine…he2x..

12. Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?

Hurm…tempat yang tenang, indah…gunung, pulau..ada bunga sakura..air terjun.. salji…apa lagi ek?? Hurm..

13. Pilih salah satu, peluk atau cium?

Saya nak dua2 bleh??…hu2x..

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang si ELFA (bkn nama sebenar)..
Elfa..?? Hurm…bdk ni sgt la berterus-terang…bertanggungjawab…sbnrnya mmg suka perkara2 yg romantic gak..dia gelak lawak.., sweettt mcm aku gak..dan one of my best fren kt USM ni..hu2x..

15. benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang?

Saya sangat sayang family saya..

16. lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?

Ikut mood..tp skrg sy suka lagu Opick..best2 sumenya….hu2x..

17. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?

Tarikh 10 mei 1988..as usual..celebrate kat umah…tp xde la wat majlis besar2x, just ucapan Hepi Besday dr family je..itu sudah mencukupi..=)

18. 5 orang blogger yang korang nk tag:

Jeng2x...Abang jaya, syahmi, cikwan, kak Eka dan kak Mahfuzah


Okeh, setakat itu sahaja yang dapat sy jawab..byk tul..hurm..ha3x.. Apakah kesan permainan ini?? Saya pun xtau..layan je la mak cik yang ngetag aku ni..hu2x..

Sunday, October 24, 2010

..Tinta rasa malam...

Salam..

Malam ni romantika de amour..lampu utama bilik rosak. So, aku dan rumet malam ni hanya bertemankan lampu meja je..hu2x..mmg romantik giler..silap2 ada yg tido awal..hu2x.. xpe, kami anggap malam ni kami wat kempen EARTH HOURS..hu2x..spe2 nak join, dipersilakanlah. Sama2 kita menyokong usaha ni. Sayangi BUMI anda..=)

Esok Isnin..so what???? hurm..ptg kuiz kanser..pagi briefing DIS (klerksyip aku dis week: Drug Information Services). Kawan ak dr previous grup kata, esok xyah bwk pape xpe..just pi dengaq je..tp asal aku rse ak kena bwk smting gak..at least BNF. Silap2 dia tnya, xke naye aku..huhu.. Esok malam lak aku ada praktis drama Jepun, hu2x..kena present hari Selasa petang tu..ayoyo, tme tu la gak bermasalah cket, silap2 kena turn aku dpt on-call, xke kes naye..mne la ak nak buka micromedec klo tgh berlakon tu..hu2x.. Wahai lecturers ku yang comel lg baik hati, ples jgn call aku tme kul 5-7pm..ples2..aku rela dapat call pg2 hari..hu2x.. (semoga Allah mempermudahkan segala urusanku..)

Yeah..exam week dah dekat..ala, rindu nak balik umah. Camne ek?? ak da plan jadual study, klo balik umah, abes r..mesti lari planning aku..nak cover tang mana lak agak2x?? Hurm..cara terbaik nak hilangkan rindu adalah selalu call rumah..yeahh!! Tapi kalo rindu nak makan masakan mak cmne?? alaaa..sabar2x.. Jangan ikut hati, nnt mati.. Hurm, sbg kakak sulung keluarga, aku akan bertahan hingga saat2 teakhir..Yeahhh!!! Gambatte!! chewahh..bg smgt utk diri sndri...=)

Adik aku no-3 yg laki dapat jadi antara 30 orang yg layak interview askar peringkat seterusnya. Perasaan aku?? Of cos aku bangga..wlpn kwn2 aku mcm memandang rendah cket. Yelaa..dua org adik bwh aku xminat cntinue study..knape dorg xnak ikut jejak aku ni. hu2x.. Hurm bg aku, itu hak dorang..aku xsuka paksa2x..aku hormat keputusan dorang. Kepada mereka yang xberpeluang jadi anak sulung, korang xkan dapat rase apa yang aku rasa. Harapan dan impian aku adalah untuk melihat adik2 aku berjaya dengan pilihan mereka dan mereka menjadi manusia yang berguna, yang tahu erti kehidupan dan tahu menbezakan antara kebaikan dan keburukan. AKu tidak mengharapkan adik aku untuk ikut jejak aku ( kalo dorg ikut, alhamdulillah).. aku xmengharapkan mereka untuk jadi jagoan dalam akademia. Aku tidak memaksa mereka menyanggupi sesuatu yang diluar keupayaan mereka. Aku dah cukup bangga sekiranya mereka tahu siapa ibu-bapa mereka, sape kakak mereka..spe adik mereka dan menghormati kami seadanya. Yeahh..i luv them very2 much. Tiap kali balik umah, aku dapat rasa bahawa mereka makin matang, bahkan mungkin sudah menjangkaui aku dalam berfikiran. Sesungguhnya aku sangat bersyukur. Di suatu sudut hatiku, aku mendoakan kebahagiaan mereka, smga mereka menemui jalan yang benar. Aku rela mengorbankan diri sebagai tukar ganti kebahagiaan keluargaku.

Wslm..

Sunday, October 17, 2010

Satelite farmasi-Finale

Salam..

OMG..never expected...

Sangat penat rupenya Kleksyip satelit nih..mmg xlarat wat asegmen. Luckily siap gak..
Xpenah rasenya aku fokus buat asegmen sampai xbergerak-gerak dari laptop..mmg kelas r penangan tu..hu2x..

Nway, td team aku menang lagi men futsal..2-0 beb, Do u know who scored the goals?? of cos me..first time in my life...mmg trase sgt hepi wlpn penat..

Dan sekarang aku terasa sangat2 lega sebab sume kerja2 aku dah siap..rse nk jerit kt sume org.. klo ada moto sendri, dah lama g makan ais-krim. Wahhhh..sangat2 hepi...

Syukur ya Allah..=)

Tuesday, October 12, 2010

Satellite Pharmacy part 2

Salam..

Arini tepat jam 9.30am bermulalah briefing berkaitan satelite farmasi kt HPP. Aku dapat satellite C under Mr.Chong. hu2x..sempoi ja.. after briefing, dia tnjuk cntoh2 borang yg bese digunakan bagi unit ni..after tu, kitorg dibawa melawat ward stocks. Abes je mlwt stok, mr.chong suh kami cuba check errors kat medication boxs for each patients before they supply it to the wards. Hurm.. cuak gak. Mula2 kami sume agak hati-hati dan takut-takut, after tu..ok la. Yang bestnya, kmi dpt detect medication errors tadi..rse best sgt. Pharmacist kat sana puji gak...hu2x.

Sesi ptg lak kami dpt satelite center. hu2x..xtau la nape tetiba, kmi satu grup mcm blurr gile ptg td..xtaulah, maybe sbb after lunch kot. Mostly soklan yg ditanya kami teragak2 nak jawab.. hu2x..nsb bek preceptor baik2, xde la kena marah..cuma kami sedar la kesilapan diri. Nway, 1st day dah lepas..2nd day lak esok kt spital utk satelite..Hopefully, everything go much better 2mrow..=)

Wslam....

Monday, October 11, 2010

Minggu Satellite Pharmacy (bhgn 1)

Salam..

Hari aku dah selamat menjalani hari 1st klerksyip aku untuk satellite pharmacy. Mula-mula ingatkan bahagian ni membosankan skali cam best la pulak. Nway, what is satellite pharmacy?? Ia merupakan salah satu cabang tanggungjawab farmasi dalam distribution medication to the patients in wards. Hurm..nmpk mcm simple tp susah dan leceh gak sebenarnya..

Ble doktor bagi prescription order..kena check satu2 untuk proses screening. Kena tengok prescription tu utk pesakit yang betul ke..dos ubat ok ke..ada drug related problem ke x...Hu2x..kerja yg memenatkan pabila kena check satu2..dan of cos, klinikal knowledge kena tip top r.

Sesi petang bersama Dr.Bala best je..blaja cmne nk screening prescription..pastu cmne nak distribute dalam box utk setiap inpatients dan blaja gak cmne nak bagi bedside kaunseling bg pesakit yg dah nk discharge.

Kesimpulannya, rini merupakan permulaan yang baik untuk bahagian ni..i hope 2mrow will be better than today..=)

Wassalam..=)

Sunday, October 10, 2010

Rasa Malam

Salam..

hurm..dis week..ada apa dgn dis week?? OMG..dua kuiz menanti + satellite clerkship ( clerkship yg paling byk kena wat report..manual je pun dah 23 mksrt ) + job interview BI.

Hu2x..klo dikira2..aku ni kire mantap gak..dah final year tp amek unit smpai 21. xkesah r, nak grad punya pasal..Smoga Allah memudahkan segala urusanku untuk Grad on time..=) Amiinn...!

Sejak akhir2 ni ak rasa mcm sgt pelik..mcm ada sumting yg ak kehilangan. Fikiran selalu dipersimpangan..hati selalu gusar dalam penilaian.. What's going on? Apa yang dah aku terlepas agaknya..mcm pelik..sgt pelik..hurm...

Ya Allah, berilah aku petunjuk. Noktahkanlah segala persoalan dan kegusaran akal fikiranku ini..Sesungguhnya aku tidak mengetahui apa yang Engkau sedang rencanakan..tapi aku bersedia menerima ketentuanMu ya Rabbi..=)

Tuesday, June 22, 2010

Kompetensi Graduan Satu KPI Universiti..

Yup...Universiti cenderung untuk melahirkan graduan yang kompeten dan unggul untuk memenuhi keperluan negara. Namun begitu, sejauh mana graduan kita mampu menjadi kompetitor yang produktif sekiranya teras pendidikan di Malaysia masih berorientasikan peperiksaan dan pointer akademik yang merangkumi kebanyakan peperiksaan teori masih menjadi penentu kejayaan seseorang graduan. Ini memang realiti...untuk melangkah ke alam pekerjaan, kunci utama seseoarang graduan adalah pointer mestilah melepasi hadnya....kalau tak..'just say good bye' dan balik rumah tanamlah pokok anggur banyak2..

Dilema dan keliru...bagi mereka bijak menyeimbangkan kehendak akademik dan kemahiran..ini bukanlah isu yang besar untuk diperbincangkan apatah lagi pabila kursus yang diambil seiring dengan persatuan yang disertai..namun bagaimana pula dengan mereka yang kurang bijak dalam membahagikan masa?? Berada dalam situasi sistem peperiksaan yang memerlukan ingatan dan hafalan yang tinggi terhadap teori yang dipelajari memaksa seorang pelajar kadang-kala berputus-asa untuk menyertai aktiviti berpesatuan secara aktif. Ya..pabila membabitkan kursus2 kritikal...lagilah...ia seperti tidak direstui...

Ya..ia seolah-olah tidak direstui..cth: anda mengambil jurusan perubatan..fokus anda adalah menghafal dan memahami semua nota2 yang diajarkan..dan sekiranya anda bergiat-aktif dan komited dlm politik kampus atau aktiviti berpesatuan, anda seperti mencipta nahas dan bersedialah untuk gagal dalam peperiksaan dan akibat2 yang lain sehingga menyebabkan anda merasakan diri tidak berguna untuk disandarkan harapan atau tanggungjawab...

MB sungguh keliru....kehendak hati untuk aktif berpesatuan kerana MB merasakan MB mempunyai kelebihan di situ tetapi akal rasional menghalang pabila result peperiksaan jatuh merudum sepanjang pembabitan MB dalam aktiviti persatuan disebabkan kesibukan yag terlampau..adilkah ini semua?? Akal logik mengatakan bahawa MB perlukan pembaharuan, kurangkan aktiviti luar dan maksimakan pelajaran teori..tolonglah mantapkan pointer anda demi cita2 dan impian anda...Keaktifan berpesatuan tidak menjamin kejayaan anda...apa yang penting ialah kejar impian dan berbakti kpd masyarakat kelak...Ya..itu realiti.. Namun, sungguh malang pabila langkah mengurangkan penglibatan dalam aktiviti itu menyinggung perasaan rakan2 sepersatuan..Huhh..memang menimblkan rasa serba-salah...

Berapa ramai pelajar2 yang aktif terpaksa extend demi memperbaiki pointer?? walaupun berkualiti tinggi namun masih dipandang rendah dek result akademik yang seadanya. Sungguh tidak adil..kenapa aktiviti luar kuliah tidak turut serta dalam pengiraan pointer akademik?? Jika ia dipraktikkan, nescaya, ramai graduan kompeten dapat dihasilkan oleh universiti malah kualiti graduan juga lebih terjamin dan seimbang. Negara tidak akan menghadapi masalah pekerja yang lesu dan kurang produktif..

Hurm.. well.. realiti2 tetap realiti.. So, kesimpulannya..bersederhanalah dalam keduanya... Utamakan yang perlu diutamakan dan jagalah yang mana penting.. Fikirlah untuk kebaikan diri demi membantu masyarakat di masa depan..


p/s: Pesanan utk diri, xguna aktif kalo xmencapai sasaran...kejarlah impian untuk masyarakat...Itu lebih penting sekarang untuk masa hadapan...

Sunday, June 20, 2010

Kebijaksanaan mendekati Yang Esa

Assalamualaikum...

Petang tadi MB sempat menonton siaran ulangan Program Imam Muda di Astro OASIS...mmg dah lama program ni ditayangkan tetapi br td MB berkesempatan tengok..Hurm..Program ni mmg menarik hati..macam Program Gadis Melayu jugak la cuma Program ni khas untuk lelaki sahaja. MB sangat tertarik akan pengisian program dan cara setiap calon Imam Muda dinilai..ia bukan lah seperti program2 realiti Astro yang lain seperti Akademi Fantasia yang memerlukan undian penonton 100% tetapi dinilai oleh hakim yang dilantik berserta kepakaran masing2.

Petang tadi, setiap Imam Muda diberi tugasan untuk mendekati golongan remaja yang bermasalah seperti Mat Rempit dan mereka yang melakukan kesalahan2 jalan raya dalam satu operasi lalu-lintas yang diadakan oleh polis trafik Malaysia. Di sini, setiap pendekatan yang mereka guna akan dinilai samada sesuai dengan situasi atau tidak. MB amat tertarik pabila mendengar komen setiap juri. Ada antara Imam Muda itu sangat bersungguh memberikan tazkirah tetapi malangnya, beliau terlupa bahawa golongan yang mendengar itu adalah mereka2 yang bermasalah dan memerlukan pendekatan yang lebih santai. Namun begitu, terdapat juga beberapa Imam Muda yang berjaya menawan hati golongan berkenaan dengan mengambil pendekatan yang lebih terbuka tetapi halus..ya, inilah yang sepatutnya yang ada dalam diri seorang Imam Muda dalam dunia sekarang..Ilmu penuh di dada belum menjamin keberkesanan dakwah yang disampaikan tanpa diselitkan dengan penyampaian yang baik lagi halus serta sesuai dengan situasi atau keadaan kelompok manusia yang dituju.

Kekadang kita memandang serong akan mereka yang petah berjenaka tetapi fahamilah, kekadang jenaka mereka turut mengandungi unsur dakwah..kekadang kita memandang serong akan kewujudan seorang penyanyi..namun fahamilah lirik nyanyian yang disampaikan mereka, kekadang lirik itu amat meruntun perasaan tatkala memperlihatkan bait2 memuji kebesaran Yang Esa...Kekadang kita turut tertipu akan penampilan seseorang yang kusut walhal dirinya penuh dengan iltizam untuk mendekati dan menyalurkan dakwah secara halus kepada rakan mereka yang lalai dengan urusan duniawi..

Ya, begitulah seterusnya..kehidupan ini memang selalu begitu...