Sunday, November 8, 2009

Wajar saman atau tak??

Assalamualaikum dan salam aspirasi 1 Malaysia..


>> Wajar saman atau tak?? Itulah persoalan yang bermain di kotak fikiran MB sekejap tadi tatkala bersembang di laman maya bersama kenalan MB, Eric. Kami bersembang tentang akhbar kosmo yang telah menyelitkan dan memaparkan gambar kami serta hasil temuramah terhadap kami semasa berlangsungnya persidangan Meja Bulat Pemimpin IPT seluruh Negara yang berkisar tentang Peranan dan Harapan Generasi Muda dalam konsep 1Malaysia.

>> Walaupun program ini sudah lama berlangsung tetapi kenangan itu masih terpahat segar di memori kami.. dipendekkan cerita, Eric menanyakan MB, ‘apa pendapat MB akan tulisan wartawan tersebut?’. Lantas MB menjawab, ‘ huh..xsama r dgn apa yg kita cakap..lari dari fakta lak tu..’. lantas Eric mengiakan jawapan MB itu dan seterusnya menghantar cebisan ‘statement’ MB yang terdapat pada akhbar tersebut:

“Sebagai wakil pelajar tahun pertama IPT Awam yang mendapat 100 unit percuma Amanah Saham 1Malaysia, Fadzilah juga memandang ia sebagai satu usaha murni yang amat dihargai”

>> Hahaha..gelak je la yg MB mampu buat tme tu..tp dalam hati, geram jugak la kat wartawan tu, masa temubual ritu, MB ckp ‘ MB menghargai usaha kerajaan kerana memberikan 1 unit Amanah saham bernilai RM 100 kepada sume pelajar Tahun 1 sidang 2009/2010’..tapi lain yang MB ckp, lain yg wartawan tu tulis…xpasal2 MB jadi budak 1st year yang mendapat pemberian 100 unit saham walhal MB ni dah 3rd year dah.

>> Apa la… agaknya pasal ni la ahli politik kita asyik bergaduh je..disebabkan ketidaktepatan maklumat…akhirnya membibitkan salah faham dan ketidakpuasan hati..akhirnya, GADUH…sapa yg jadi mangsa?? Rakyat lah… Ish2x.. Pastu Eric tanya MB, ‘xnak saman ke?’ hurm..lama gak MB fikir..last skali MB kata, “ xpelah..xmau la saman2..nnt rosak nama university…mungkin lagi efektif kalo ita tegur je wartawan tu secara personal..lgpn statement tu xder lah memburukkan nama MB dan univesiti pun..Cuma salah fakta je..huhuhu”.. belum sempat Eric balas, tetiba tenet putus..aduuhh..tenet nih..wat hal lak time2 cmni… kalo student len, mesti dia komplen.. ‘apalah MPP nih..xwat keje ke?? Kata nak settlekan isu wayarless ni..tp xsettle2 gak’ .. huhuhu..

>> Well, untuk pengetahuan kalian, kami ni dah jenuh berulang-alik gi berbincang pasal wayarless je dgn PPKT tu tp nak wat cmne…blm membuahkan hasil…sesiapa yang menghadiri program anjuran MPP, ‘sesi Dialog bersama PPKT berkenaan isu wayarless ‘ pasti akan memahami permasalahan yang sedang dihadapi oleh semua pihak… tp tu r..yg mampu kita lakukan sekarang..menunggu je la utk penambahbaikkan…tetapi kami dibarisan MPP belum lagi berputus asa, InsyaAllah, next sem kami akan membuat pantauan dr bilik ke bilik bagi mengesan ‘blind spot’ yang kita boleh perbaiki untuk kemudahan bersama, malah kami sentiasa membuat ‘follow-up’ berkenaan isu ini bagi mengetahui perkembangannya dari masa ke semasa.
>> Okeh, berbalik pada isu di atas… jadi pada pendapat kalian, wajarkah keputusan MB itu?? Adakah wajar MB membiarkan sahaja wartawan tersebut ataupun MB menghubungi beliau untuk menegur secara personal dan professional atau MB brtindak drastic dengan menyaman akhbar dan wartawan tersebut?? Pilihan keputusan yang mana lagi baik dan berhemah??=)