Thursday, August 20, 2009

Meneruskan pelayaran ke destinasi maya..

Assalamualaikum & Salam Aspirasi..

>> Lambakan nota-nota yang xsempat di’cover’..makin hari makin banyak..Aduhai.. Orang len syok2 cuti..MB kena berkampung lagi kat USM nih..Kalo dulu pasal MPP dan ConVex’09, skrg lak pasal skol..ye r, kena qada’ 1st week yang kami kena kuarantin masa awal bukak sem..Ni sume gara2 H1N1..so, hari2 lah kelas MB berjalan seperti biasa.. Nasib badan..

>> Minggu ni plak dah start pose..Alahai..malangnye nasib MB nih..Sambut pose kat perantauan..Jauh dari keluarga..huhuhu..rindunya nak balik..teringin sangat nak sambut pose kat umah..tp apakan daya, xder rezeki MB kot tahun ni..Sambut je lah kat USM ni..janji pose gak..isk..isk..

>> Bulan Ramadhan ni menjanjikan gandaan pahala yang banyak sekiranya kita ikhlas dalam setiap amalan perbuatan kita. Jadi, kepada sume sahabat dan pembaca blog MB, jomlah kita gandakan amalan kebajikan kita..banyakkanlah berbuat kebaikan, elakkanlah perkara2 yang lara’ dan xberfaedah. Syaitan pun dah diikat, so xder alasan kenapa kita xboleh menjalani ibadah pose ini dengan aman dan tenang walhal musuh kita hanya 1 sahaja ketika ini iaitu nafsu.

>> So kepada sume sahabat..
Selamat menjalani ibadah puasa..Jom kita pakat gi bukak pose kat masjid Al- Malik Khalid USM nanti....Baru meriah cket kalau makan ramai-ramai.. pastu terawih berjemaah ramai-ramai.. Waa..bestnyer..xsabar lak nak tunggu 1st day Ramadhan.. Walaupun jauh daripada keluarga, kita tetap perlu bersyukur dan menghargai nikmat Ramadhan ini..Betul x kengkawan??

p/s : Ku rindukan masa lalu…



Bersama Pojie b4 main 'Pocket Bike'


Bersama adik-beradik under TP4 yang gempak...SD, TDF & Recsport..TQ abg Amin ya atas sume nasihat kat kitorang


Macam 'GANGSTER' lak...Kami 1 Malaysia..






ConVex’09 yang dah berlalu..

Assalamualaikum & Salam Aspirasi..

Convex’09 yang dah berlalu..

>> Kehidupan yang agak relax cket berbanding sebelumnya..Kelegaan yang dirasai sukar untuk diungkapkan..Pengalaman yang ditempuh amat berharga sehinggakan lebih mahal daripada intan permata.


>> Dalam Convex’09, MB mengenal erti kehidupan kampus yang lagi mendalam..cara pengurusan organisasi yang bagi MB kadang-kala memang mencabar keimanan dan kesabaran, erti persahabatan yang sukar dinilai..erti kepercayaan..kerjasama berkumpulan dan juga sengketa yang kian terpadam..Itulah lumrah kehidupan..perjalanan hidup yang mencakupi pelbagai rasa..manis, pahit, tawar, masin,kelat dan sebagainya.. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Ekspo Konvokesyen 2009 ini.. Jadikanlah pengalaman ini satu kenangan yang sukar dilupakan..

>> Kepada sume penyelaras Portfolio Pembangunan Lestari ( Sustainability Development a.k.a SD ) Convex’09 merangkap adik2 MB : Kim, Eina, Aisyah & Mr. K @ Kahlidas (Izzati pun skali lah wlpn dia kena kuarantin sepanjang minggu konvo..huhuhu )…Trimas atas sokongan korg kat MB..secara jujur, MB amat menghargai kalian..terima kasih kerana tegak berdiri mempertahankan MB walaupun kita hampir tersungkur di satu ketika itu. Kita tetap bangkit dengan idea2 baru demi merealisasikan impian dan halatuju Portfolio kita. Thanx a lot 2 all of u guys.. MB amat menghargai korang… ‘Maintain cool'..ya. Itu trademark kita..jangan lupe..huhuhu…

>> Kepada sume MT bahagian SD lak…Trimas byk2 gak kat korg..Sebagai seorang Pengurus, MB akui MB mempunyai banyak kelemahan, terima kasih kerana menerima kelemahan MB dan turut bersama-sama MB dalam portfolio ini. Kepada Fakarul yang menjadi timbalan pengurus MB secara tiba2 pastu slalu kena buli je dgn MB, Pojie S/U SD yang paling kelam-kabut dan tensen tetiba wlpn pengurus SD relax jer..dan kepada Afif, Si Bendahari yang nama je bendahari tp sume keje pn dia tolong wat gak…huhuhu..Thanx korg..MB hargai peranan, dorongan dan semangat korang untuk menjayakan program2 kita..Semoga kita dapat bekerjasama lagi di masa depan..


p/s : Walaupun minggu konvo baru je beberapa hari berlalu, tp MB dah merindui korang sume… Sayang korang sume..Muahh..


Antara kenangan manis yang sukar diungkapkan semasa kemeriahan Ekspo Konvokesyen 2009 ( ConVex'09 )


Bersama anak buah MB semasa melaksanakan kempen Kelestarian Di Pintu masuk Tapak Konvo


Bersama pelajar sekolah yang turut menyokong usaha kami


Maskot Desa Bakti Permai dan Saujana yang menjadi ikon kelestarian kami


Antara kempen bergerak yang kami jalankan..


Tuesday, August 11, 2009

ConVex'09..Detik yang hampir...

Salam Aspirasi dan salam lestari untuk semua..

>> Arini 11 Ogos, malam ni maka akan berlangsunglah majlis perasmian ConVex'09 kat dewan Budaya..Ramai yang heran, kenapa perasmian tahun ni wat malam..ye r, kesannya, kemungkinan besar Tunku Canselor xboleh pegi untuk melawat tapak gerai dan pameran..ramai gak r yang kecewa..Papepun, Bagi MB itulah kelainan yang cuba dibawa ConVex'09 tahun ini..Mungkin ia agak pelik kerana jarang dilakukan tetapi apa salahnya mencuba sesuatu yang baru..Betul x??

>> Huhuhu..dari semalam lagi dah start rehearsal..penat gak r. Portfolio Pembangunan Lestari conVex'09 juga dalam masa yang sama telah merancang beberapa aktiviti menarik bagi memeriahkan lagi pesta konvo tahun ini..malangnya kami xset up barang lg..petang ni baru start..aduhai..xper..masih sempat..
so, kepada ape2 yang free malam ni, silalah datang ke Dewan Budaya untuk turut serta memeriahkan suasana..

>> Lupe lak nak cakap, konsep ConVex'09 ialah 'No Plastic bags', 'No Polystyrene' dan 'say No' kepada semua unsur2 plastik yang tidak boleh terbiodegrasi dan boleh menyumbang kepada penambahan sampah yang banyak. Jadi, sebagai pengurus pembangunan Lestari, MB nasihatkan kat semua pengunjung, sila bawa beg anda sendiri atau membeli beg serbaguna sebelum 'shopping' di Tapak Konvo.

...Hari Ini Untuk Esok...


Assalamualaikum & Salam Aspirasi..

Hidup ini satu persinggahan..

8 Ogos- Portfolio Pembangunan Lestari Convex’09 telah mengadakan satu aktiviti Gotong-Royong lestari ‘Hari Ini Untuk Esok’ di Sekolah Kebangsaan Balik Pulau, Pulau Pinang. Selain aktiviti gotong-royong, kami juga mengadakan aktiviti tanam Pokok-pokok yang ditaja oleh Bahagian Korporat dan Lestari USM dan slot ceramah Kelestarian yang disampaikan oleh Cik Mahfuzah, Pegawai Penyelidik kelestarian BHEPP… Program ini diadakan bagi menerapkan nilai-nilai kelestarian dan juga menanamkan konsep kelestarian kepada para pelajar SK Balik Pulau, Ibubapa serta Guru-guru yang hadir.



Beginilah wajah baru taman herba sekolah setelah dikemaskan kami


Pelajar-pelajar sedang khusyuk mendengar ceramah kelestarian yang disampaikan oleh Kak Mahfuzah



Kebun sayur turut menjadi mangsa gotong-royong..

Futsal Tertutup P.P Sains Farmasi

Assalamualaikum & Salam Aspirasi...

2 ogos..Detik brtuah MB apabila dinobatkan sebagai juara wanita pertandingan futsal tertutup P.P Sains Farmasi...Wahh, kehidupan yang sukar dijangkakan..mungkin sudah rezeki team MB pada hari itu..Sapa cakap kami sume kaki bangku..hanya pandai mengadap ubat..sekarang dah terbukti k, kami pun terer gak bab2 sepak bola nih..


Huhuhu.. Ni lah antara gambar-gambar kenangan MB bersama kengkawan semasa detik bersejarah tu..