Wednesday, June 10, 2009

...PPSMI vs WAJIB LULUS BI...


Assalamualaikum...
Salam Aspirasi...

>> ISU penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekali lagi mendapat perhatian kerajaan apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan subjek itu wajib lulus sebagai syarat lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sama seperti PPSMI, cadangan itu antara lain bertujuan mempersiapkan para pelajar untuk menguasai kemahiran berbahasa Inggeris dengan baik sebelum melangkah ke institusi pengajian tinggi (IPT).

>> Ini kerana hampir keseluruhan IPT di negara ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Begitu juga dengan buku-buku rujukan yang kebanyakannya dalam bahasa utama itu. Justeru, tanpa penguasaan bahasa Inggeris yang baik, pelajar akan berhadapan dengan masalah sewaktu di IPT. Perkara ini sebenarnya adalah sesuatu yang lazim dalam senario pengajian tinggi negara ketika ini.

>> Kesannya, mahasiswa ini gagal bergraduan dengan cemerlang meskipun merupakan antara pelajar dengan keputusan terbaik sewaktu di peringkat sekolah rendah dan menengah.Cadangan ini juga merupakan langkah jangka panjang untuk para pelajar menempuh alam pekerjaan dan membina masa depan yang lebih terjamin.

>> Mahu tidak mahu, kita perlu menerima hakikat bahawa untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi, kemampuan menguasai bahasa Inggeris adalah satu kewajipan. Peranan bahasa utama dunia itu semakin penting terutamanya apabila pasaran kerja tidak lagi bersifat domestik semata-mata, sebaliknya mula melalui proses liberalisasi.

>> MB bersetuju dengan niat disebalik cadangan wajib lulus subjek itu sebagai syarat lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tapi MB harap kajian yang menyeluruh haruslah dilakukan terhadap cadangan ini. MB bukan menolak perlaksanaannya cuma MB sekadar merujuk kembali konflik yang berlaku ketika perlaksanaan PPSMI dulu.

>> Salah 1 punca kenapa perlaksanaan PPSMI dibantah oleh kebanyakan masyarakat bukanlah hanya berdasarkan isu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara tetapi dikecam kerana perlaksanaannya yang kurang rasional atau dalam bahasa mudah MB adalah perlaksanaanya yang agak kejam tanpa mengira kebajikan pelajar2 yang dijadikan bahan eksperimen/ ujikaji. MB bersetuju dengan dasar PPSMI cuma MB tidak bersetuju dengan masa perlaksanaannya yang MB rasakan tidak adil dan bias. Kenapa MB mengatakan sedemikian??

>> Bayangkan anda sebagai pelajar Tingkatan 1 yang terpaksa mempelajari subjek sains dan matematik dalam BI walhal sepanjang anda berada di sekolah rendah, anda mempelajarinya dalam bahasa Melayu. Perlaksanaan sedemikian adalah tidak adil kerana menyebabkan para pelajar menghadapi krisis dalam diri yang sangat besar sehinggakan ada dalam kalangan mereka berputus asa dan tidak lagi meminati subjek tersebut walaupun subjek tersebut merupakan subjek feveret mereka ketika di sekolah rendah. 1 persoalan yang seringkali bermain di kotak fikiran MB, kenapa perlaksanaannya sedemikian?? Kenapa tidak dilaksanakan PPSMI itu bermula dengan darjah 1 dahulu walhal permulaan pendidikan formal negara adalah darjah 1 dan mungkin juga tadika??

>> Itulah antara kesilapan kerajaan yang MB rasakan sebagai 1 penganiayaan terhadap generasi pelapis. Perlaksanaan secara drastik menyebabkan eksperimen ini kurang berjaya dan isu ini terus menjadi kontroversi seolah-olah tiada kesudahan menyebabkan generasi pelapis terus dilanda konflik kekeliruan yang amat kronik dan terus menjadi mangsa penganiayaan keadaan.

>> Belum pun selesai isu PPSMI, isu wajib lulus subjek BI dalam SPM pula timbul.. MB tidak mahu mempertikaikan kerelevanan cadangan ini kerana MB pasti, ia selaras dengan tuntutan semasa cuma 1 je permintaan MB, janganlah dilaksanakan cadangan ini seperti PPSMI tadi.

>> MB mencadangkan agar kerajaan mengenalpasti dahulu kelompok pelajar yang mahu dijadikan sebagai perintis/sasaran dan barulah dilaksanakan cadangan ini. Walaupun isu ini tidaklah sebesar isu PPSMI tetapi wajarlah kita mengambil langkah berjaga-jaga. MB tidak mahu disebabkan kesilapan kecil dalam perlaksanaan seperti dilaksanakan dasar ini pada kelompok pelajar yang salah menyebabkan para pelajar makin keliru dan tertekan. Malah kemungkinan besar juga mereka yang lemah akan makin ketinggalan dan golongan yang cukup2 makan akan terus dinafikan hak mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Wassalam...

Renung2kan dan selamat berAMAL...


6 comments:

Anonymous said...

D universiti bahasa pengantarnya bahasa Inggeris? Di mana tarafnya bahasa kebangsaan yakni bahasa Melayu, ini yang perlu diperbetulkan. Patut pun beria-ia nak jadikan BI bahasa pengantar di uninersiti. Nah, sekarang dah tahu, rupanya SPM pun disyaratkan lulus BI. Mengapa tiada keberanian untuk tetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di universiti (?). Siapa yang pandai-pandai menetapkan bahasa pengantar di universiti bahasa Inggeris. Nah, Melayu sekali lagi ditipu hidup-hidup sebab tidak bijak berfikir. Kononnya apabila maju mesti tinggalkan bahasa sendiri. Begitukah cara berfikir.

MB said...

trimas atas komen yang diberi.
Cuma MB agak kurang bersetuju sedikit dengan anda..kadang-kadang kita kena realistik juga tanpa terlalu mengikut emosi..BM sbg bahasa kebangsaan Malaysia dan BI sebagai Lingua Franca dunia. Betapa besar jurangnya..Impian utk melihat BM gah dimata dunia hanya dapat dicapai sekiranya kita berjaya mendahului Barat dalam semua bidang ilmu dunia terutama dari segi sains dan ekonomi. Maju xbererti kita tinggalkan bahasa sendiri kerana pabila kita maju dan mampu berdiri atas kaki sendiri, barulah bahasa kita akan dipandang..1 persoalan, mampukah Malaysia menyaingi Barat dalam bidang keilmuan pada ketika ini sekiranya kita masih jauh ketinggalan di belakang mereka..??

Pepatah Melayu : berakit-akit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senanglah kemudian..fikir2kan lah..

Ahmed Fauzan said...

salam perpaduan....
saya bersetuju benar dgn pendapat cik MB....alangkah indahnya jika bangsa kita mampu bertutur dlm pelbagai bahasa terutamanya dalam BI...tetapi ini tidak membawa erti bahasa melayu dipinggirkn...selagi ada bangsa melayu di muka bumi ini,sy percaya BM masih lg akan ditutur...tujuan PPSMI dan lulus BI adalah bertujuan memperkasakan ilmu...rasional dlm pemikiran dpt membantu kita utk menerima perubahan yg akan membawa kebaikan...

Ahmed Fauzan said...

salam aspirasi...

PPSMI dh pn dimansuhkan..Pelaksanaan BM dlm sains dan metamatik akan diadakan secara penuh pada 2012..Harap cik Fadz dpt komen dari sudut pandangan sbgai Exco Mpp...

Ahmed Fauzan said...

salam aspirasi...

PPSMI dh pn dimansuhkan..Pelaksanaan BM dlm sains dan metamatik akan diadakan secara penuh pada 2012..Harap cik Fadz dpt komen dari sudut pandangan sbgai Exco Mpp...

Carldeon said...

isu PPSMI,
hurm kalau aku ckp pndgn ak, hopefully MB x marah lar erk. Just pndgn je pn. Yg btol mmg lar PPSMI dh dimnsuhkan, satu backstep dari kerajaan namun ap yg dapat dilihat skrg isu pendidikan telah dipolitikkan dan apabila sesuatu telah dipolitikan maka akn berlakulan kemunduran.
Tp jika nk trus menghukum pendidikan di malaysia mundur perlukan kajian yg ak x nk msuk ISA.
hehehehee,,
tp ahli politik secara suka2 je politikkn isu pendidikan tp anak2 mereka sume dihantar ke luar negara, sndiri mnidakkn pndidkan dlm negara.
Sket je ar,
mls nk pnjg lebar
hehehe