Assalamualaikum...
Salam Aspirasi...
>> Ini kerana hampir keseluruhan IPT di negara ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Begitu juga dengan buku-buku rujukan yang kebanyakannya dalam bahasa utama itu. Justeru, tanpa penguasaan bahasa Inggeris yang baik, pelajar akan berhadapan dengan masalah sewaktu di IPT. Perkara ini sebenarnya adalah sesuatu yang lazim dalam senario pengajian tinggi negara ketika ini.
>> Kesannya, mahasiswa ini gagal bergraduan dengan cemerlang meskipun merupakan antara pelajar dengan keputusan terbaik sewaktu di peringkat sekolah rendah dan menengah.Cadangan ini juga merupakan langkah jangka panjang untuk para pelajar menempuh alam pekerjaan dan membina masa depan yang lebih terjamin.
>> Mahu tidak mahu, kita perlu menerima hakikat bahawa untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi, kemampuan menguasai bahasa Inggeris adalah satu kewajipan. Peranan bahasa utama dunia itu semakin penting terutamanya apabila pasaran kerja tidak lagi bersifat domestik semata-mata, sebaliknya mula melalui proses liberalisasi.
>> MB bersetuju dengan niat disebalik cadangan wajib lulus subjek itu sebagai syarat lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tapi MB harap kajian yang menyeluruh haruslah dilakukan terhadap cadangan ini. MB bukan menolak perlaksanaannya cuma MB sekadar merujuk kembali konflik yang berlaku ketika perlaksanaan PPSMI dulu.
>> Salah 1 punca kenapa perlaksanaan PPSMI dibantah oleh kebanyakan masyarakat bukanlah hanya berdasarkan isu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara tetapi dikecam kerana perlaksanaannya yang kurang rasional atau dalam bahasa mudah MB adalah perlaksanaanya yang agak kejam tanpa mengira kebajikan pelajar2 yang dijadikan bahan eksperimen/ ujikaji. MB bersetuju dengan dasar PPSMI cuma MB tidak bersetuju dengan masa perlaksanaannya yang MB rasakan tidak adil dan bias. Kenapa MB mengatakan sedemikian??
>> Bayangkan anda sebagai pelajar Tingkatan 1 yang terpaksa mempelajari subjek sains dan matematik dalam BI walhal sepanjang anda berada di sekolah rendah, anda mempelajarinya dalam bahasa Melayu. Perlaksanaan sedemikian adalah tidak adil kerana menyebabkan para pelajar menghadapi krisis dalam diri yang sangat besar sehinggakan ada dalam kalangan mereka berputus asa dan tidak lagi meminati subjek tersebut walaupun subjek tersebut merupakan subjek feveret mereka ketika di sekolah rendah. 1 persoalan yang seringkali bermain di kotak fikiran MB, kenapa perlaksanaannya sedemikian?? Kenapa tidak dilaksanakan PPSMI itu bermula dengan darjah 1 dahulu walhal permulaan pendidikan formal negara adalah darjah 1 dan mungkin juga tadika??
>> Itulah antara kesilapan kerajaan yang MB rasakan sebagai 1 penganiayaan terhadap generasi pelapis. Perlaksanaan secara drastik menyebabkan eksperimen ini kurang berjaya dan isu ini terus menjadi kontroversi seolah-olah tiada kesudahan menyebabkan generasi pelapis terus dilanda konflik kekeliruan yang amat kronik dan terus menjadi mangsa penganiayaan keadaan.
>> Belum pun selesai isu PPSMI, isu wajib lulus subjek BI dalam SPM pula timbul.. MB tidak mahu mempertikaikan kerelevanan cadangan ini kerana MB pasti, ia selaras dengan tuntutan semasa cuma 1 je permintaan MB, janganlah dilaksanakan cadangan ini seperti PPSMI tadi.
>> MB mencadangkan agar kerajaan mengenalpasti dahulu kelompok pelajar yang mahu dijadikan sebagai perintis/sasaran dan barulah dilaksanakan cadangan ini. Walaupun isu ini tidaklah sebesar isu PPSMI tetapi wajarlah kita mengambil langkah berjaga-jaga. MB tidak mahu disebabkan kesilapan kecil dalam perlaksanaan seperti dilaksanakan dasar ini pada kelompok pelajar yang salah menyebabkan para pelajar makin keliru dan tertekan. Malah kemungkinan besar juga mereka yang lemah akan makin ketinggalan dan golongan yang cukup2 makan akan terus dinafikan hak mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Wassalam...
Renung2kan dan selamat berAMAL...